Monday, 17 May 2021

Jihad Di Palestin : Penerangan Dan Penjelasan

Oleh : Dr. Aḥmad Muḥammad aṣ-Ṣōdiq an-Najjār 

الجهاد في فلسطين توضيح وبيان
 
إن العداء مع اليهود عداء عقدي دائم إلى قيام الساعة, سببه الكفر الواقع من اليهود, وهذا العداء مما تقتضيه كلمة التوحيد.
فليس العداء على أرضٍ ولا على عرقٍ كما صوره بعض من ينتسب إلى بعض الجماعات الإسلامية, وإنما عداء تقتضيه العقيدة الإسلامية...
 
وإن الجهاد في فلسطين واجب على كل مسلم بما يستطيعه وفق ما تقتضيه الشريعة بالنظر إلى كلياتها وجزئياتها ومقاصدها, فيجب على كل مسلم أن يجاهد في سبيل الله - بمفهومه العام وكل ما يدخل تحت هذا المفهوم- ضد الغاصبين المعتدين, ومن ترك الجهاد الذي في قدرته فإنه يعاقب؛ لترك ما يجب عليه, وهؤلاء التاركون المثبطون مضرة مخالطتهم والسماع لقولهم عظيمة وخطر على دين الإسلام, ولذا الواجب هجرهم, ومن لم يهجرهم كان تاركا للمأمور فاعلا للمحظور؛ ذلك أن المتقرر من قواعد الشريعة أن الإنسان يعاقب بقدر ما ترك مما يدخل تحت قدرته, فمن لم يقدر على جهاد اليهود بالسيف وقدر على أن يجاهدهم بما دونه عوقب على تركه ما يستطيع وكان داخلا تحت قدرته مما يحقق المصلحة الشرعية. ولذا تأثم الأمة إذا تركت ما تستطيعه.
 
ومن الخطأ البين: إلزام الأمة كلها بالجهاد بالسيف إذا لم تكن مهيأة له ولا في مصلحتها ولا هو داخل تحت قدرتها؛ إذ إن من شرط التكليف أن يدخل تحت قدرة الإنسان وأن تكون مصلحة فعله أعظم من المفسدة, فالشريعة جاءت بتحصيل المصالح وتكميلها وتعطيل المفاسد وتقليلها, فالقليل من الخير خير من تركه, ودفع بعض الشر خير من تركه كله. 
 
وما يقوم به المعتدي الغاشم هذه الأيام على غزة وسائر فلسطين يدعو جميع المسلمين للقيام بما يجب عليهم مما هو داخل تحت قدرتهم ويحقق المصلحة الشرعية, كما يوجب عليهم مناصرة أهل غزة بما يدفع عنهم ظلم العدوان وتحرير أرضهم, وهذا يجب ألا يكون فيه خلاف بين المسلمين.
 
فإن قيل: مناصرة أهل غزة يلزم منه مناصرة أهل الظلم من المسلمين ومناصرة المخالفين لأهل السنة, وهلم جرا.
قيل: استيلاء الكفار على بلدان المسلمين واحتلالها أعظم جرما وأشد خطرا من ظلم الظالمين وابتداع المبتدعين, والمتقرر شرعا في كليات الشريعة ومقاصدها: أن الأقل شرا يعان على الأكثر شرا؛ تقليلا للشر, فالأقل ظلما يعان على الأكثر ظلما, والأقل بدعة يعان على الأكثر بدعة, والفاسق يعان على الكافر, وهكذا...
 
قال ابن تيمية في منهاج السنة النبوية (6/ 118): (...فالأقل ظلما ينبغي أن يعاون على الأكثر ظلما؛ فإن الشريعة مبناها على تحصيل المصالح وتكميلها، وتعطيل المفاسد، وتقليلها بحسب الإمكان، ومعرفة خير الخيرين وشر الشرين، حتى يقدم عند التزاحم خير الخيرين ويدفع شر الشرين).
 
وهذا النظر الكلي المقاصدي يوجب على المسلم ألا يلتفت إلى من وقع في بدعة ومخالفة للشريعة من أهل فلسطين إذا كان في مقابل من هو أشد منه, ومع ذلك يكون المسلم متقيظا لمن يستغل قضية فلسطين لمآرب أخرى إذا تحقق من ذلك, لا أن يعتمد على الشك والظنون, والتحليلات الوهمية, فالمعركة بين الإسلام والكفر, وهذا يستدعي نظرا مصلحيا مقاصديا, فيقلل الشر بما لا يمكن الكفار على المسلمين ولا يكون سببا لظهورهم وانتصارهم على المسلمين.
 
والحذر الحذر من الفرح بظهور اليهود على المسلمين, فهذا خلل عظيم وجرم كبير, ولو كنت تريد ظهورهم على من هم من أهل الظلم.
فإن قيل: أليس نصر الله مبنيا على التزام المسلمين بدين الإسلام وعدم ظهور الفسق والعصيان؟
 
قيل: بلى, وهو واجب على الأمة كلها, لكن ما نراه اليوم من الاعتداء الغاشم على حرمات المسلمين يستدعي من المسلمين تقاة وفجارا أن يدفعوا هذا العدوان بما يستطيعون؛ إذ إن مما أوجب الله عليهم نصرة أهل الإسلام, فمن فرط في بعض الواجب ليس مطلوبا منه شرعا ترك جميع الواجب.

Sesungguhnya permusuhan bersama Yahudi adalah permusuhan akidah yang kekal sehingga hari kiamat disebabkan kekufurannya yang nyata daripada Yahudi. Permusuhan ini adalah daripada apa yang kalimah tauhid telah menetapkannya.

Bukanlah ia permusuhan kerana suatu negeri atau ras sepertimana sebahagian orang yang bernisbahkan kepada jemaah Islam gambarkannya, tetapi ia adalah permusuhan yang akidah Islam telah menetapkannya.

Sesungguhnya jihad di Palestin wajib bagi setiap Muslim mengikut kemampuannya bertepatan dengan apa yang syariat ini menetapkannya melalui pemerhatian kepada keseluruhannya, juzuknya dan maqasidnya. Wajib bagi setiap Muslim berjihad untuk berjihad di jalan Allah melalui mafhumnya yang umum dan setiap apa yang masuk di bawah mafhum ini. Hal ini berlawanan dengan pencabul yang pelampau. Sesiapa yang meninggalkan jihad yang dalam kemampuannya, maka dia dihukum kerana meninggalkan apa yang wajib ke atasnya.

Orang yang meninggalkan secara berlarutan ini memberi mudarat pencampuran mereka dan mendengar pendapat mereka adalah malapetaka serta berbahaya kepada agama Islam. Kerana itu wajib mengucilkan mereka. Sesiapa yang tidak mengucilkan mereka, dia adalah orang yang meinggalkan apa yang diperintahkan dan melakukan apa yang ditegah.

Ini kerana ketetapan daripada kaedah syariat adalah seseorang itu dihukum berkadaran dengan apa yang dia tinggalkan di bawah kemampuannya. Maka, sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan untuk jihad melawan Yahudi dengan pedang, tetapi berkemampuan untuk berjihad melalui apa selainnya, maka dia dihukum atas sebab meninggalkan apa yang dia berkemampuan padanya dan itu masuk di bawah kemampuannya untuk merealisasikan maslahat syar'iyyah. Kerana itu, umat ini berdosa jika mereka meninggalkan apa yang dia berkemampuan.

Antara kesalahan yang jelas adalah kemestian umat keseluruhannya berjihad dengan pedang apabila ia tidak mempunyai bahan persiapan, tidak mempunyai maslahat dan tidak masuk di bawah kemampuannya memandangkan sebahagian daripada syarat taklif adalah masuk di bawah kemampuan manusia, mempunyai maslahat pada perbuatannya yang lebih besar daripada kerosakannya. Syariat ini datang dengan menggapai kemaslahatan-kemaslahatan, melengkapkannya, membatalkan kerosakan dan mengurangkannya. Sedikit lebih baik daripada meninggalkannya dan menolak sebahagian keburukan lebih baik daripada meninggalkan keseluruhannya.

Apa yang dilakukan oleh pelampau penganiaya pada hari ini ke atas Gaza dan sekalian Palestin memberi dampak kepada sekalian Muslim untuk melaksanakan apa yang diwajibkan ke atas mereka melalui apa yang di bawah kemampuan mereka dan merealisasikan maslahat syar'iyyah sepertimana diwajibkan ke atas mereka untuk saling menolong penduduk Gaza dengan sebab apa yang menolak kezaliman permusuhan dan membebaskan tanah mereka. Kerana ini wajib agar tidak berlakunya penyelisihan ke atas Muslimin padanya.

Jika dikatakan: "Saling menolong penduduk Gaza menyebabkan saling membantu pelaku zalim dari kalangan Muslimin dan saling membantu mereka yang menyalahi ahli sunnah" dan seterusnya.

Dijawab: Penguasaan orang kafir ke atas negeri Muslim dan pengawalannya adalah sebesar-besar jenayah dan sedahsyat-dahsyat bahaya daripada kezaliman orang yang zalim dan bidaah pelaku bidaah. Yang menjadi ketetapan secara syarak pada keseluruhan syariat dan maqasidnya adalah yang paling sedikit kejahatan dibantu berbanding yang paling banyak kejahatan, iaitu proses pengurangan unsur kejahatan dan yang paling sedikit zalim dibantu berbanding yang paling banyak kezaliman, yang paling sedikit bidaah dibantu berbanding yang paling banyak bidaah dan yang fasik dibantu berbanding yang kafir. Seperti inilah...

Berkata Ibn Taymiyyah dalam Minhāj as-Sunnah an-Nabawiyyah (6/118): "Yang paling sedikit kezaliman seyogianya dibantu berbanding yang paling kezaliman. Sesungguhnya syariat ini, tempat binaannya adalah gapaian maslahat dan melengkapkannya, membatalkan kerosakan, mengurangkannya berdasarkan kebolehannya, mengenal yang paling balik antara dua kebaikan dan yang paling antara dua kejahatan sehingga didahulukan yang terbaik antara dua kebaikan pada persaingan dan ditolak yang paling jahat antara dua kejahatan".

Pemerhatian yang menyeluruh bermaqasid ini mewajibkan setiap Muslim supaya tidak mengambil berat terhadap mereka yang terjebak pada bidaah dan penyalahan terhadap ahli sunnah dari kalangan penduduk Palestin apabila dalam berhadapan dengan orang yang lebih teruk daripadanya. Pun demikian, ada Muslim yang berwasapada terhadap orang yang memonopoli isu Palestin untuk sasaran yang lain apabila terpastinya daripada hal itu, bukan bergantung pada syak dan persangkaan serta analisis yang membingungkan. Pertempuan ini adalah antara Muslim dan kafir. Ini memerlukan pemerhatian maslahat bermaqasid, lalu mengurangkan kejahatan dengan sebab apa yang orang kafir tidak mungkin lakukannya terhadap Muslim dan bukanlah itu menjadi sebab kemenangan mereka dan pengalahan mereka terhadap Muslim.

Awas dan awasilah daripada bergembira dengan kemenangan Yahudi terhadap Muslim. Ini adalah kepincangan yang dahsyat dan jenayah yang besar walaupun engkau mahu kemenangan mereka terhadap orang yang terdiri daripada pelaku zalim.

Jika dikata: "Bukankah bantuan Allah terbina atas iltizam Muslim dengan agama Islam dan ketiadaan wujudnya kefasikan dan kemaksiatan?". Dijawab bahawa benar sekali. Ia wajib ke atas setiap umat keseluruhannya. Akan tetapi, apa yang kita melihatnya pada hari ini adalah daripada kemelampauan penganiaya terhadap kehormatan Muslim yang orang yang bertakwa dan pelaku fajir memerlukan penolakan permusuhan ini dengan apa yang mereka mampu memandangkan Allah mewajibkan untuk menbantu warga Islam ke atas mereka. Sesiapa yang keterlaluan dalam sebahagian yang wajib, ia bukan dituntut dalam syarak daripadanya untuk meninggalkan keseluruhan kewajipan.

Diterjemahkan daripada : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3957418584307924&id=447195418663609

No comments:

Post a Comment