Sunday, 18 April 2021

Syeikh Hišhām ʿAbdul Bārī ar-Rōjīḥ Kritik Habib Umar Dalam Isu Qiraat

 

Keterlaluan dalam membela golongan al-Habib.
 
Bayangkan disebabkan tidak mahu Habib Umar dikritik sebab isu qiraat, beberapa orang pengikutnya sewenang-wenangnya menuduh sesiapa yang mengkritik dianggap benci ahli bait atau benci zuriat Rasulullah SAW.

Sekarang, Syeikh Hišhām ʿAbdul Bārī ar-Rōjīḥ dari keturunan Rasulullah SAW sendiri pun kritik saudara sedarah. Apa? Nak tuduh Syeikh Hisyam benci ahli bait jugak macam tuduhan yang selalu dilemparkan sebarangan pada orang lain?

Bayangkan, Syeikh Hišhām perlu perkenalkan diri bahawa beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui jalur ar-Rōjīḥ sebab beliau cakna yang ada orang benak akal ini akan bermain tuduhan macam itu.

Kalau beliau tidak perkenalkan diri, mungkin beliau juga dituduh secara melulu sebagai benci keturunan Rasulullah atau memusuhi ahli bait sebab kritik Habib Umar! Atau barangkali kritikan beliau tidak dipandang langsung!

Sudah-sudahlah menjaja "keturunan Rasulullah" kerana mahu kekal berdegil.

Ok lah. Kalau halal untuk jaja dan main sebegini, saya akan katakan sesiapa yang kritik Syeikh Hišhām ʿAbdul Bārī ar-Rōjīḥ, maka saya anggap dia pembenci ahli bait dan tidak hormat keturunan Rasulullah. Amacam?

Baca penjelasan beliau di sini : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=4462026990493122&id=100000575950142

--------------------------------

Sebab itulah saya perkenalkan manhaj keluarga al-Ġhumāriyy, keturunan Rasulullah SAW yang ahli hadis lagi sufi.

Salah satu sebab saya memperkenalkannya adalah sebagai respons perangai bejat pentaksub al-Habib.

Berikut adalah beberapa yang saya telah perkenalkan :

(a) Keluarga al-Ġhumāriyy : Keturunan Rasulullah SAW Yang Menentang Ketaksuban, Taklid Buta Dan Sufi Yang Batil

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=489938465708194&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3

(b) Mengapa Saya Minat Mengkaji Manhaj Dan Pemikiran Keluarga Al-Ġhumāriyy?

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=491869708848403&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3

(c) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah Al-Ġhumāriyy Menarik Balik Karyanya Al-Kanz Aṯs-Ṯsamīn Kerana Terdapat Hadis Dhaif Di Dalamnya

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=493740805327960&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3

(d) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy Pernah Menarik Balik Pandangannya

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=495626441806063&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3

(e) Az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ Wa al-Aʿmāl al-Munkaroh : Karya Tokoh Berketurunan Rasulullah SAW Dalam Membasmi Sufi Yang Batil

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=497945734907467&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3 

Komen 

Saya di sini bukan nak ajak kritik golongan habib, apatah lagi membenci mereka. Saya nak menyeru supaya jangan lancang menuduh kritikan terhadap golongan habib sama seperti memusuhi ahli bait dan membenci keturunan Rasulullah. Itu sahaja.


Lihat, bagaimana pandangan Syeikh Hisham boleh dinilai semula. Maksudnya, saya bukan ambil bulat-bulat pandangan Syeikh Hisham, tetapi sekadar untuk mengingatkan jangan berlebihan dalam menuduh.

No comments:

Post a Comment