Sebahagian sufi dan mungkin pecinta al-Ḥabīb ini secara umumnya meraikan keluarga al-Ġhumāriyy kerana mereka adalah zuriat Rasulullah SAW, ahli hadis, sufi serta melawan al-Albāniyy dan wahabi.
Akan tetapi, manhaj mereka dalam menentang ketaksuban, taklid yang tercela, kritis dalam praktis kesufian dan menghidupkan tradisi ilmu hadis tidak begitu diambil perhatian, malah dipinggirkan dan tidak dipedulikan.
Walaupun mereka adalah sufi, bukan bermakna kesemua pandangan sufi arus perdana memihak kepada mereka. Mereka juga mengkritik dan menentang bidaah yang ada dalam sufi.
Rasanya sesiapa sahaja yang cuba membawa perjuangan keluarga al-Ġhumāriyy akan digelar sufi berbaju wahabi atau Aswaja berbaju salafi. Barangkali apabila membaca pandangan mereka yang menyalahi sufi arus perdana, barangkali ia menyebabkan pedih ulu hati.
Ada rasa ingin tahu juga bagaimana para sufi rasa jika kritikan Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, salah seorang adik-beradik keluarga al-Ġhumāriyy mengkritik sufi dalam karyanya yang berjudul "Az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ Wa al-Aʿmāl al-Munkaroh".
Apapun, saya telah memperkenalkannya sedikit sebanyak daripadanya di sini :
(a) Keluarga al-Ġhumāriyy : Keturunan Rasulullah SAW Yang Menentang Ketaksuban, Taklid Buta Dan Sufi Yang Batil
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=489938465708194&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
(b) Mengapa Saya Minat Mengkaji Manhaj Dan Pemikiran Keluarga Al-Ġhumāriyy?
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=491869708848403&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
(c) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah Al-Ġhumāriyy Menarik Balik Karyanya Al-Kanz Aṯs-Ṯsamīn Kerana Terdapat Hadis Dhaif Di Dalamnya
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=493740805327960&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
(d) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy Pernah Menarik Balik Pandangannya
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=495626441806063&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
(e) Az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ Wa al-Aʿmāl al-Munkaroh : Usaha Tokoh Berketurunan Rasulullah SAW Dalam Membasmi Sufi Yang Batil
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=497945734907467&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
No comments:
Post a Comment