Tuesday, 6 April 2021

Kejelekan Zāhid al-Kawṯsariyy


Walaupun kedua-dua mereka ini berbeza aliran, malah bergaduh sesama sendiri, tetapi mereka berdua menghasilkan karya untuk mengkritik Zāhid al-Kawṯsariyy.

Zāhid al-Kawṯsariyy ini seorang yang taksub dengan mazhab Ḥanafiyy sampai digelar majnūn Abī Ḥanīfah (penggila Abu Hanifah).

Zāhid al-Kawṯsariyy ini juga kuat maki hamun ulama! Ya, maki hamun! Bukan sekadar kritik sahaja. Malah, sampai mencela sahabat Rasulullah SAW seperti Anas bin Mālik RA dan Ibn ʿAbbas RA!

Saya sudah senaraikan beberapa maki hamunnya di sini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=469472237754817&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3

Al-Ḥāfiz Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy, salah seorang keturunan Rasulullah SAW mendedahkan kebejatannya dalam karyanya yang berjudul Bayān Talbīs al-Muftarī Zāhid al-Kawṯsariyy. Di situ ada kutipan maki hamunnya.

Malah, disebabkan kontradiksinya, kitab ini juga dinamakan sebagai Rodd al-Kawtṣariyy ʿAlā al-Kawṯsariyy, iaitu bantahan al-Kawtṣariy terhadap al-Kawtṣariy dengan mengumpulkan kalamnya yang saling bercanggah.

Al-Albāniyy yang merupakan seteru keluarga al-Ġhumāriyy pun mendedahkan perkara yang sama dalam karyanya yang berjudul at-Tankīl Bimā Fī Taʾnīb al-Kawṯsariyy Min al-Abāṭīl. Ia karya kritikan yang lebih komprehensif sehingga mencecah dua jilid.

Hairan orang yang julang dia sebagai al-ʿAllāmah. Ya, dia ini al-ʿAllāmah untuk Jahmiyyah moden! Semoga Allah jelekkan lidahnya kerana menuduh anak Imam Aḥmad bin Ḥanbal, ʿAbdullah sebagai pendusta, riwayatnya tertolak dan membawa fahaman Ḥašhawiyyah kerana anutan akidahnya yang tidak menyebelahi si pengibar panji Jahmiyy dan tidak dapat menerima realiti celaannya terhadap imam sanjungannya.

Kalau mahu kenal Jahmiyyah atau tidak, cukup tengok macam mana respons seseorang apabila membaca kitab as-Sunnah karya ʿAbdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal. Sesiapa yang kebakaran jenggot seperti Zāhid al-Kawṯsariyy celaka ini, sah dia itu Jahmiyyah.

Kita bersyukur yang umat Islam tidak kutip dan menyebarkan maki hamunnya dalam memburukkan ulama meskipun masih mengutip penulisannya atas kempen lawan wahabi mujassim.

Namun, yang masih terlepas dan adalah tuduhan mujassim terhadap al-Imām Abū Saʿīd ad-Dārimiyy. Masih ramai orang mengutip dan menyebarkan penulisannya untuk memburukkan tokoh ahli sunnah yang terbilang ini. Tuduhan ini tidak pernah dibuat oleh mana-mana ulama pun, hatta dari aliran al-Ašhʿariyy pun sepanjang 1000 tahun kewafatannya!

Kalau mereka tahu yang kutipan mereka ambil ini adalah penulisan tangan dari sang pencaci maki ulama, pasti mereka sanggup muntah berdarah dari mengisi perut dengan makanan yang suka memburukkan ulama. Mereka pasti tidak akan sanggup menuduh al-Imām ad-Dārimiyy sepertimana si terkutuk ini lakukan.

Malang sekali, yang memburukkan al-Imām ad-Dārimiyy ini tidak tahu dari siapa mereka kutip kerana penulisan tersebut tersebar luas yang tidak dinyatakan penulis asalnya. Akhirnya, ia berjaya memperdaya dan mempengaruhi sebahagian al-Asḥʿariyy zaman kini. Mereka yang ambil bulat-bulat tidak akan segan silu melakukan sergapan jahat terhadap sarjana salaf yang terbilang ini.

Ada orang marah apabila wahabi tendang keluar al-Imām an-Nawawiyy dan al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy, hatta al-Ašhʿariyy secara keseluruhan daripada ahli sunnah. Namun, mereka ini juga tidak segan silu menendang keluar al-Imām ad-Dārimiyy daripada tokoh ahli sunnah. Apa beza mereka dengan wahabi kalau sebegini?

Bayangkan kalau Ibn Taymiyyah menyalahi sekalian ulama dalam beberapa perkara. Itu cukup membuatkan kecoh sehingga kalau bumi boleh pecah kerana menanggung kekecohannya, pasti meletup macam belon. Namun, mereka sendiri menyalahi sekalian ulama yang telah hidup 1000 tahun lamanya dengan merobek ketokohan imam ahli sunnah, al-Imām ad-Dārimiyy. Itu pun boleh rasa tidak bersalah lagi? Atau memang hipokrit?

Mana sanad perguruan dan pengajian dalam mengesahkan untuk memburukkan al-Imām ad-Dārimiyy ini? Dengan orang lain, mereka desak meminta sanad. Kalau boleh seseorang itu mati kerana mendesak agar lawannya membawakan sanad pengajian, pasti mereka sanggup lakukannya.

Dalam mengotorkan nama al-Imām ad-Dārimiyy, mereka sanggup berlaga dengan seluruh ulama walau dari al-Ašhʿariyy tanpa sanad langsung! Malah, tuduhan itu pun berasaskan dari kutipan sang pencaci maki ulama! Apakah ini?

Jangan sesiapa pun kata dia faham bagaimana manhaj salaf kalau seseorang itu pedih mata apabila membaca as-Sunnah karya ʿAbdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dan penulisan al-Imām ad-Dārimiyy. Patutkah seseorang itu kata di faham manhaj salaf, tetapi mengetepikan, malah mencela tokoh kebesaran salaf?

Nota : Al-Ḥāfiẓ Aḥmad al-Ġhumāriyy sekalipun sufi yang berketurunan Rasulullah SAW, beliau bukan al-Ašhʿariyy. Malah, agak keras penentangannya terhadap aliran ini. Kitab al-Imām ad-Dārimiyy yang berjudul an-Naqḍ ʿAlā Marīsiyy antara yang beliau cadangkan untuk pembacaan.

No comments:

Post a Comment