Kritik al-Ḥabīb = Benci ahli bait dan keturunan Rasulullah SAW.
Kritik sufi = Wahabi
Macam itu je lah formula yang ada.
Agaknya mereka tidak pernah membaca az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ Wa al-Aʿmā al-Munkaroh yang dikarang oleh Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq yang merupakan keturunan Rasulullah SAW dari keluarga al-Ġhumāriyy yang sufi.
Walaupun beliau adalah zuriat baginda dan sufi, itu tidak bermakna beliau menyetujui semua yang ada dalam sufi. Malah, menentang bidaah dan mungkar yang ada pada pengamalan sufi yang jahil.
Malah disebabkan kerasnya penentangannya terhadap sufi yang batil secara khususnya sehinggakan para sufi tersebut mengherdik, mencemuh dan memboikot beliau sepertimana yang beliau cerita dalam kitab tersebut. Padahal, beliau adalah sufi. Hanya sahaja giat aktif menentang bidaah dan kemungkaran yang ada dalam sufi.
Bahkan, dalam karya ini memuatkan teguran terhadap abangnya, al-Ḥāfiẓ Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy dan zawiyah kelolaan abangnya!
Boleh baca di pautan ini pada penulisan saya yang berkaitan dengan ini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=497945734907467&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
Lihat sendiri bagaimana tokoh dari zuriat baginda mengkritik amalan bidaah dan mungkar yang ada dalam sufi dengan tegas dan keras, malah mengkritik abangnya Tidak perlu pun tuduh menuduh benci ahli bait atau tidak perlu pun bermain falasi Argumentum Ad Verecundiam: "Fulan berketurunan Rasulullah" semata-mata untuk membenamkan nilai hujah orang lain, menebalkan kedegilan, pengingkaran dan kepala batu serta mengkultuskan dan mengkuduskan segalanya daripada keturunan baginda.
Yang tinggal cuma celikkan mata dan gunakan akal berbekalkan ilmu yang dipelajari. Tinggalkan ketaksuban yang tidak tentu pasal.
Keluarga al-Ġhumāriyy ini walaupun sufi, tetapi mereka tidak sama seperti sufi kebiasaan. Mereka semua ini adalah tokoh yang menentang kepada taklid yang tercela, ketaksuban mazhab dan menyaring pengamalan sufi dengan neraca ahli hadis. Tradisi ilmu hadis dan pembentangan hujah ilmiah menyubur dalam manhaj dan karya keluarga ini.
Malang sekali sufi yang hanya ambil daripada mereka kerana zuriat baginda yang ahli hadis lagi sufi serta menentang al-Albāniyy dan wahabi, tetapi manhaj dan prinsip keilmuan mereka langsung tidak dipedulikan. Orang yang memperjuangkan manhaj keluarga al-Ġhumāriyy ini mesti digelar Aswaja berbaju wahabi atau sufi berbulu wahabi kalau yang membawanya adalah bukan daripada zuriat baginda.
Mencari label sememangnya lebih mudah untuk lepas tangan berbanding untuk meneliti dan mengamati hujah ilmiah.
Sejujurnya, saya tidak mahu berkonflik dengan al-Ḥabīb dan juga pengikutnya. Saya juga menyayangi dan menghormati zuriat baginda. Persembahan penulisan saya yang berkaitan dengan manhaj keluarga al-Ġhumāriyy yang berketurunan Rasulullah SAW diharapkan menjadi bukti dan saksi terhadap kecintaan dan kekaguman saya terhadap manhaj yang telah mereka tonjolkan. Saya usahakan sedaya upaya untuk memperkenalkan kepada masyarakat nusantara untuk memperkenalkan ketokohan zuriat baginda ini yang agak terpencil dari pengetahuan masyarakat.
Cuma, saya agak terkilan dengan para pengikutnya secara khususnya yang semudah melempar tuduhan "wahabi" sehingga "pembenci ahli bait" semata-mata kerana tidak mahu menerima teguran kesilapan yang sememangnya nyata atau sudah berada di kod merah. Menganggap zuriat baginda sebagai lesen untuk membenarkan segala-galanya, malah mengkultuskan dan mengkuduskannya dan membenamkan nilai penghujahan ilmiah daripada orang lain. Saya hanya benci pada mereka yang suka bermain falasi Argumentum Ad Verecundiam seolah-olah zuriat baginda ini bebas daripada hak-hak ilmu yang wajib diikuti oleh sekalian Muslim.
Jika rasa ada pemisah nyata antara praktis al-Ḥabīb dan manhaj keluarga al-Ġhumāriyy, silakan telaah beberapa penulisan saya yang lalu tentang manhaj keluarga al-Ġhumāriyy dan nilailah sendiri :
(a) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=489938465708194&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
(b) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=491869708848403&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
(c) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=493740805327960&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
(d) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=495626441806063&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
No comments:
Post a Comment