Antara kisah romantis yang terkenal di tanah Asia tengah dahulu sebelum kemunculan Romeo dan Juliet.
Majnun Layla ini macam anime Fate. Ada beberapa route. Ada banyak beberapa penceritaan yang berbeza mengikut naratif dan penggubahan cerita yang dimahukan penulis. Dengan kata lain, saya sendiri pun boleh reka sendiri route cerita Majnun Layla.
Cuma, asas cerita tidak berubah. Contohnya, kalau dalam anime Fate, semestinya asas cerita adalah perseteruan untuk mendapatkan Holy Grail. Namun, route yang berbeza ada plot dan penceritaan yang berbeza.
Majnun Layla ini pun ada asas cerita yang sama, tetapi ada beberapa plot dan penceritaan yang berbeza mengikut penulis yang berlainan.
Cuma, yang sadisnya adalah ia adalah genre NTR. Si Majnun atau nama sebenarnya Qais dari kanak-kanak lagi sudah bersama dan bermain dengan Layla. Sehingga usia remaja, bertunas cinta si Qis terhadap Layla dengan cinta yang mendalam. Punyalah mendalam dia punya cinta sehingga dia menghasilkan puisi-puisi yang memujanya dan menjadi terlalu fanatik sehingga digelar "Majnun" (sang gila).
Namun, percintaan ini dihalang oleh bapa Layla sebab bagi bapanya, tidak patut Layla berkahwin dengan orang yang mentalnya tidak stabil.
Ya, akhirnya Layla di-NTR oleh seseorang bangsawan. Setelah si Majnun dapat tahu perkahwinan Layla, si Qais menjadi gila dan tidak waras. Dia pun berawang-awangan di padang pasir sehingga keluarganya sudah putus asa untuk mencari dia semula. Bagaimana pengakhirannya? Ini bergantung kepada route penulis masing-masing.
Pun begitu, cerita Majnun Layla ini bukan novel sepenuhnya. 10% adalah penceritaan berbentuk karangan, tetapi 90% adalah syair dan gurindam. Ini adalah cara persembahan cerita daripada mana-mana penulis pun.
Jangan tanya macam mana dahsyatnya syair Arab. Walaupun saya mengajar nahu dan sorof serta menulis karangan dalam bahasa Arab serta menterjemah, saya belum pernah hasilkan satu syair setakat ini.
Jadi, katakan kalau ada orang Melayu ingin hasilkan route Majnun Layla ini, sememangnya perlu mahir untuk berpuisi, bergurindam dan seumpamanya. Tidak ngam kalau tulis cerita sama seperti novel.
No comments:
Post a Comment