Rentetan dari penulisan sebelumnya :
(a) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=482772013091506&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
(b) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=483345359700838&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
Kenapa penting dasar pembahagian nafkah dari suami?
Supaya apabila berlaku pertikaian antara bahagian perbelanjaan antara suami dan isteri, sekurang-kurangnya kita ada dasar yang jelas daripadanya.
Katakan keluar berita bahawa seorang suami tampar isterinya kerana enggan mengeluarkan duit untuk membayar ansuran rumah. Siapa yang bersalah dalam hal ini? Sudah tentu suami kerana penyediaan rumah adalah di bahu suami.
Kalau isteri enggan untuk bayar duit ansuran rumah, maka suami tidak berhak mendesak. Kalau isteri kata: "Saya tidak mahu duduk di rumah mentua. Saya mahu malam pertama dan hari pertama kita di rumah sendiri", suami pun tidak berhak membantah. Menyediakan rumah adalah bahagian nafkah wajib suami.
Katakan keluar hantaran di page KRT tentang isteri yang mengadu suaminya kedekut kerana tidak mahu belanja KFC, tetapi dia makan seorang diri dan suaminya tidak mahu belikan rantai emas walaupun duit di sebulan 5 angka.
Dari isu ini, adakah lelaki ini bersalah dan jahat? Tidak. Perbelanjaan semua itu bukan di bawah tanggungan nafkah suami. Apatah lagi jika ia termasuk keperluan tahsiniyyat atau hajiyyat yang bukan mendesak. Bahagian ini, suami ada hak untuk tidak mengeluarkan belanja dan isteri tiada hak untuk mendesak.
Sebab itulah penting untuk tahu dasar pembahagian nafkah. Apabila suami isteri ada pertikaian bahagian pembahagian duit untuk rumah tangga, kita ada bahagian asas.
Itu soal dasar.
Cuma, dalam soal isu "kedekut", "bakhil", "berkira", "tolong-menolong dalam nafkah" dan lain-lain, adakah Islam tidak ada langsung soal ihsan, toleransi, kasih sayang dan simpati?
Sudah tentulah ada.
Walaupun menyediakan rumah adalah tanggungjawab suami, apakah patut seorang isteri yang mengaku dia ada rasa kasih dan ihsan terhadap suami hanya lihat sahaja suami sengkek setiap hujung bulan kerana habis membayar nafkah? Pasti tidak. Apa salahnya jika hulur untuk tolong 1/3 atau separuh atau paling kedekut tahi hidung masin, bagi 10 sen demi suami tercinta?
Begitu juga dengan KFC. Sememangnya ini bukan bahagian nafkah suami. Tetapi, adakah padan seorang bapa yang pengasih hanya melantak KFC seorang diri, tetapi isteri dan anak di rumah hanya makan nasi dan ikan goreng? Apa salahnya belanja lauk pauk mahal dan makanan mewah sekali-sekala untuk kegembiraan keluarga bersama?
Firman Allah Ta'ala :
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ
"Sesungguhnya Allah menyuruh kepada keadilan dan ihsan". [Surah an-Nahl ayat 90].
Lihat Allah dahulukan "keadilan" sebelum "ihsan". Dalam soal nafkah, suami wajib bersikap adil dengan menunaikan tanggungjawab nafkahnya. Yang seadilnya bagi suami adalah cukup menyediakan makanan yang asasi seperti nasi dan air kosong.
Cuma jika ditimbang dari sudut "ihsan", sudah tentu tidak molek kalau menu harian isteri dan anak-anak cumalah nasi dan air kosong. Belanjalah kari ayam, ikan siakap 3 rasa, sup ketam, kambing bakar dan lain-lain.
Sebegitulah isteri. Sememangnya kedudukan hak yang adil untuknya adalah tidak membayar nafkah rumah. Itu adalah tanggungjawab suami.
Cuma, jika ditimbang dari sudut "ihsan" adalah apakah sampai tidak merasa apa-apa melihat suami stres yang duitnya selalu tidak cukup setelah selesaikan nafkah yang wajib?
Sebab itulah "adil" dan "ihsan" ini digandingkan dalam ayat ini. Kita cakna dan peka serta penuhi bahagian dasar untuk menegakkan keadilan, tetapi jangan dilupa untuk bersikap "ihsan" kerana kita ingin menyebarkan rasa kasih, cinta, simpati dan toleransi.

----------------------------
Daripada penjelasan ini, jelas bagaimana adilnya sistem patriarki dalam kekeluargaan Islam. Firman Allah :
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّـهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
"Lelaki adalah superior terhadap wanita dengan sebab Allah lebihkan (tanggungjawab) sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dengan sebab apa yang mereka infakkan daripada harta merkea". (Surah an-Nisa ayat 34).
Qowwamūn adalah bentuk mubalaghah (hiperbola) untuk Qōma (قَامَ) - Yaqūmu (يَقُومُ) yang jika diikatkan dengan harf jarr ʿAlā (عَلَى), ia boleh membawa makna mengemudi, melaksanakan dan seumpamanya.
Kenapa lelaki memiliki bahagian yang lebih untuk pembahagian pusaka, autoriti talak mutlak, keizinan untuk poligami, ada autoriti untuk mendesak isteri tidak berpuasa sunat dan ada autoriti untuk bersenggema dengannya apabila diajak? Sebab mereka memiliki tanggungjawab yang lebih dalam urusan nafkah.
Cuba bayangkan berapa kos harga rumah hari ini? Anusran? Sewa? Berapa harga? Berapa pula harga utliti seperti elektrik, air dan cukai tahunan? Bagaimana jika rumah menghadapi kerosakan seperti paip bocor, atap pecah, banjir, terbakar dan lain-lain? Berapa harga tanggungan? Ia adalah tanggungjawab suami. Isteri tidak perlu fikir tentang ini kecuali jika isteri ingin menolong.
Itu belum lagi kos sara hidup anak-anak. Seorang anak berapa ringgit? Belanja harian? Pakaian? Makanan? Itu baru seorang. Dan kita mungkin akan membesarkan anak sehingga usia 20 tahun lebih. Berapa kesemuanya?
Itu belum lagi jika yang berkenderaan. Berapa ansuran kereta? Insurans? Minyak untuk diisi? Kalau berlaku kerosakan, berapa kos? Setiap tahun pula perlu servis. Berapa kos?
Macam-macam lagi isu kewangan.
Itu baru urusan keluarga. Suami juga perlu iltizam untuk ke masjid. Sebahagian mazhab menyebutkan fardunya bagi setiap lelaki untuk tunaikan solat 5 waktu berjemaah. Sesiapa yang meyakini kebenaran dalil dan penghujahan untuk pendapat ini, maka itulah bebannya dalam hidup. Walaupun mazhab asy-Syafi'i yang menjadi mazhab rasmi kita cumalah sunat muakkad, tetapi lelaki perlu ada komited untuk urusan ibadah berjemaah.
Belum lagi perang untuk mempertahankan agama dan negara. Jika ia diperintahkan sesuai menurut pertimbangan maslahat pemerintah tertinggi, lelaki wajib taat dan sahut seruan.
Apabila besarnya tanggungjawab, maka besarlah pula ganjarannya. Sekarang faham mengapa lelaki mendapat lebihan daripada wanita?
Sekarang, bayangkan apabila tiadanya dasar dalam pembahagian nafkah. Apa jadi? Ia akan menjadi konflik apabila berlaku pertikaian. Saya sudah beri contoh dua kes tadi. Kalau kita tiada dasar, sudah pasti kita akan menyalahkan orang yang tidak berhak bersalah, kita menzalimi pihak yang terbebas daripada tanggungjawab dan masing-masing akan menuduh orang lain bakhil untuk mengeluarkan duit untuk keperluan, padahal masing-masing pun tidak ada dasar yang asas untuk pembahagian hak kecuali jika masing-masing membuat surat hitam putih untuk menjelaskan pembahagian nafkah.
Itu baru dua kes. Kita mungkin akan lihat pelbagai isu pertikaian suami dan isteri yang berkaitan dengan belanja dan nafkah. Jika kita ada dasar hitam putih, maka kita tahu tempat untuk merujuk.
Inilah keagungan sistem patriarki kekeluargaan Islam. Sudah pun tersedia perlembagaan dan undang-undangnya. Hanya tinggal untuk masing-masing melaksanakan sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul menurut jantina masing-masing.
Namun, jika suami culas untuk tunaikan tanggungjawab?
Apa lafaz taklik yang lelaki perlu baca ketika akad nikah? Ya. Wanita boleh tuntut khuluk atau fasakh jika suami gagal menunaikan kewajipannya dalam tempoh tertentu. Malah, boleh didakwa di mahkamah untuk tuntut pembelaan.
Jika di dunia terlepas, jangan lupa hari akhirat. Tiada siapa yang akan terlepas dari perbicaraan Allah. Sesiapa yang beriman dengan hari akhirat, ini sudah cukup menenangkan jiwanya.
Kalau tidak mahu fasakh atau khuluk, tidak perlu taat perintah suami yang mungkar.
No comments:
Post a Comment