Kadang sampai 11 malam pun masih nak bincang hal ehwal syarikat. Sudah lah tu. Hari ahad dan cuti umum pun nak menyampuk lagi? Kalau kau workaholic pun, janganlah heret orang lain sama.
Memanglah kerja lebih mudah. Tak perlu hadap jalan sesak setiap pagi berjam-jam tersangkut di jalan, tetapi bukan bermakna kau boleh ambil kesempatan perah sampai kerja lebih.
Memanglah duduk rumah sahaja. Tapi, kau ingat aku duduk rumah tengok TV dan tido je ke? Banyak benda aku boleh buat kalau pun tiada internet di rumah untuk beberapa hari.
Kadangkala, ada surat MC dari doktor sebab demam pun kadang tak dilayan dan ia hanya sekadar sehelai kertas sahaja yang tak ada makna apa-apa. Tetap juga suruh buat kerja.
Memanglah sepanjang hari duduk rumah, tapi tahu tak bila dah demam teruk dan kepala pening, produktif kerja tak berjalan?
Nak fikir apa pun sakit kepala. Nak masak pun tak bermaya dan lemah. Nak tengok anime pun tak ada mood. Even, kalau nak solat pun, kalau boleh, rasa nak solat sambil duduk je.
Ini lagi nak suruh kerja dan kerja? Sial lah bos macam ni.
No comments:
Post a Comment