Scammer ini kenal siapa anak muridnya yang terdekat dan rapat untuk dia dekati.
Maksudnya, bukan guna nama ustaz Kazim Elias atau Ebit Lew atau nama-nama pendakwah terkenal, kemudian pancing siapa-siapa yang dia mahu.
Tetapi, mereka terus kepada kontak rapat orang itu. Dia kenal siapa kawan baiknya, siapa anak murid kesayangan dan lain-lain untuk dia scam.
Dahsyat sungguh. Ini terjadi pada kelas-kelas agama yang tidak formal. Aku tak hairan lepas ini mungkin kelas matematik, biologi, ekonomi dan perundangan pun ada yang buat taktik sedemikian rupa.
Berjaga-jagalah. Yang hadir ke kelas kita ini atau yang mengikuti kelas kita ada scammer yang menyamar.
Kalau ada sorang mamat tu tiba-tiba hilang dari kelas tersebut selepas ada yang menyuarakan scammer dari kalangan mereka, barangkali dia suspeknya. Ye lah. Takkanlah dia nak stay lama-lama untuk benda yang dia takkan dapat atau tak ada harapan lagi.
No comments:
Post a Comment