Kita pun memang sudah biasa dengar cerita generasi lama tentang bagaimana keperitan yang mereka lalui dalam hidup mereka.
Cuma, kadangkala mereka yang dari generasi lama ini apabila melihat generasi hari ini atau sesudah mereka nampak mereka menikmati lebih banyak kesenangan berbanding generasi lama, mereka dari generasi lama ini ingin menyindir dan mempersenda mereka seolah-olah .
Walhal, sebenarnya masalah-masalah yang timbul ini kadangkala pun berpunca dari generasi yang lama juga. Antara contohnya isu kebejatan akhlak dari kalangan anak muda. Adakah ini kebetulan? Siapa lagi kalau bukan dari didikan generasi yang lama? Apakah bukan ibu bapa yang mencorakkan bagaimana perilaku anak-anak mereka?
Ini baru salah satunya. Belum lagi sikap rakus generasi lama yang meratah alam sekitar sehingga gondol hutan dan berleluasa pencemaran sehingga sumber semulajadi menjadi terhad untuk generasi terkemudian.
Kemudian, negara dibelenggu hutang yang tinggi akibat ketamakan, salah laku dan ketidakcekapan dalam pengurusan negara sehingga pengganti mereka yang seterusnya perlu menanggung rekahan-rekahan yang di ambang keruntuhan akibat tangan mereka?
Kadang, entah apa keperluan membandingkan generasi dahulu dan sekarang dari segi susah dan senang?
Kenapa engkau mahu negara ini aman? Sebab engkau tidak mahu tengok anak kecil jadi yatim piatu, tengok mayat bergelimpangan kerana dibom dan dibakar. Engkau tidak mahu mereka menjadi kudung dan cacat kerana dibom, dibakar, disembelih dan diseksa. Engkau tidak mahu rakyat hidup dengan kebuluran serta jenayah merebak serta berlakunya ketidakadilan sosial dalam negara dan lain-lain. Bukankah itu perjuangan engkau?
Jadi, buat apa sindir generasi kemudian ini "lemah" dan "manja"? Engkau mahu sangatkah mereka ini hidup dalam suasana perang macam engkau?
Untuk apa engkau menciptakan telefon? Mahu generasi terkemudian ini mahu rasa keperitan untuk berhubung keluarga, rakan dan kenalan yang jauh tatkala berlakunya kecemasan sepertimana engkau?
Dan lain-lain.
Betul. Kemudahan dan kemakmuran yang kita nikmati ini akan mengubah banyak benda atau secara signifikan sama ada alatan hinggalah pemikiran.
Namun, adakah "kemudahan" dan "kemakmuran" ini sebenarnya mengurangkan masalah untuk generasi terkemudian?
Hakikatnya, tidak sebegitu. Mereka sebenarnya menghadapi masalah dengan bentuk yang lain dan berbeza. Dengan kata lain, kemudahan dan kemakmuran melahirkan genetik masalah yang berlainan daripada originnya. Ia berevolusi dan bermutasi.
Hanya sahaja kita perlukan cerapan dari sudut yang berbeza dan tidak boleh terlalu bergantung dengan cara kita memandang masalah itu dengan pandangan lama.
Seiring dengan perubahan zaman, maka lensa teleskop pun akan berlainan. Mengapa masih di pemikiran lapuk dan kolot?
Sememangnya gajet telah menawarkan banyak kemudahan dari dahulu, tetapi tahukah apa masalah yang terbaru untuk mereka?
Gajet bukan hanya mengubah pendawaian elektronik, tetapi juga mengubah cara fikir generasi. Malah, mengubah bentuk masalah untuk generasi yang terkemudian yang genetiknya barangkali berbeza dengan ibu kandungnya.
Selagimana kita cuba mengenal pasti masalah yang ada pada gajet dengan lensa telegraf, selagi itu kita tidak akan dapat cakna, hadam dan meneliti masalah yang dilalui generasi terkini.
Itu baru gajet. Bagaimana pula dengan isu-isu yang lain?
Apa yang saya ingin tegaskan adalah tidak perlulah membanding-bandingkan susah dan senang generasi. Masing-masing ada bentuk masalah dan hala tuju perjuangan hidup. Rupa dan tahap cabaran pun tidak akan sama. Saiz kasut masing-masing pun berbeza.
Anda ejek keluarga sekarang tidak berani untuk lahirkan berbelas-belas anak seperti dahulu, tetapi pernahkah ambil tahu mengapa mereka memilih sedemikian?
Betul. Kita pun membenci generasi yang lembik, lemah dan manja. Namun, lembik atau tidak lembik, gunakan piawaian yang betul dalam menilai.
Takkanlah sebab engkau rajin basuh baju guna tangan, engkau mahu kata generasi sekarang yang hantar basuh baju ke kedai dobi sebagai lembik? Takkanlah engkau ingin mengejek generasi sekarang sekarang merengek tidak dapat kerja yang diimpikan setelah belajar tinggi-tinggi dan menganggap mereka manja kerana merungut dalam memilih-milih pekerjaan, sedangkan zaman engkau, belajar sampai sijil SRP boleh dapat jawatan apa yang generasi sekarang hari ini memerlukan sijil Bachelor untuk mendapatkannya? Takkan engkau ingin samakan nilai kesusahan berpendapatan RM 1200 sebulan pada tahun 1987 dengan 2021?

No comments:
Post a Comment