Kalaulah Ibn Qoyyim al-Jawziyyah ada Facebook, maka apa yang terkandung dalam kitab ini, al-Fawāʾd boleh dikatakan ia adalah koleksi hantaran Facebook beliau yang berupa penulisan pendek dan merangkumi pelbagai bab, topik dan tema perbahasan dalam bab akidah, tafsir, penyucian jiwa dan lain-lain.
Kitab ini boleh dibaca secara rawak tanpa perlu menelaah mengikut secara tertib. Maksudnya, boleh buka mana-mana muka surat dalam kitab ini, kemudian, baca mana-mana fasal yang ditemukan dalam muka surat yang kita buka.
Satu fasal tidaklah panjang dan tidak terlalu berat. Ia memang pembacaan yang pendek dan santai. Sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.
Nota : Kalau ttanya saya sama ada sudah ada terjemahan Indonesia atau belum, saya tidak tahu.
No comments:
Post a Comment