Monday, 11 January 2021

Salafi Yang Sial Menggunakan Nama Tahqiq Untuk Mengotorkan Kitab Yang Ditahqiq

Ni kadang aku marah sangat dengan kitab yang ditahqiq salafi.

Kau tahqiq kitab yang penulisnya adalah bermanhaj al-Ašhʿariyy, tetapi di muqaddimah pentahqiq, kau kutuk mereka yang bermanhaj al-Ašhʿariyy.

Sial kau! Memang sial! Malas aku nak lapik lagi dah. 

Sial kau kotorkan kitab imam agung yang bermanhaj al-Ašhʿariyy dengan kau ambil kesempatan atas nama tahqiq untuk bantai al-Ašhʿariyy!

Baik kau tak payah tahqiq kitab ini. Bagi sahaja al-Ašhʿariyy buat kerja ini. Macamlah tak ada al-Ašhʿariyy yang berkompeten untuk buat kerja tahqiq.

Kau pentahqiq, cukuplah takhrij hadis, beri status hadis, bariskan perkataan atau terangkan kalimah yang dikira agak sukar difahami oleh orang Arab secara umum. 

Kau ada apa-apa pandangan peribadi, kau buat kitab lain. Tak kisahlah nama syarah atau naqd atau al-al-Muntaqō atau ringkasan atau apa sahaja. Lantak kau. Yang penting jangan guna nama tahqiq untuk kau buat kitab orang lain macam kitab kepunyaan kau. Orang bukan kisah sangat pun pandangan kau. Buat semak dan tebalkan kitab dengan sesuatu yang tidak penting. 

Orang nak pure pandangan asli penulis kitab tersebut. Terpulang pada mana-mana individu yang membaca untuk memahaminya. Jangan nak monopoli kefahaman sendiri.

Apa perasaan kau bila orang al-Ašhʿariyy tahqiq kitab Ibn Taymiyyah, kemudian di muqaddimah pentahqiq, dia buat satu slot khas untuk mengutuk Ibn Taymiyyah? Kemudian, di nota kakinya ada macam-macam pandangan untuk sanggah Ibn Taymiyyah seolah-olah kitab Ibn Taymiyyah yang asal menjadi kitab ar-Rodd (sanggahan) terhadap Ibn Taymiyyah. Apa perasaan kau?

Macam tu lah kau sedang buat. Kau nak bentangkan apa sebenarnya? Kitab karya al-Bayhaqiyy atau kitab sanggahan kau terhadap al-Bayhaqiyy?

Lainlah kalau kitab Muktazilah atau aliran sesat yang lain. Terpulang pada kau untuk buat macam tu. Tapi, kalau memberi layanan al-Ašhʿariyy macam aliran sesat yang lain, lebih baik tak payah buat kerja tahqiq ini. Buat sakit hati kau dan buat sakit hati orang lain yang membaca hasil kerja kau.

Ini bukan di satu kitab ini sahaja dibuat sebegini. Kitab Abū Naṣr as-Sijziyy (beliau bukan al-Ašhʿariyy) yang menafikan jisim dan tempat bagi Allah dan kitab Abū Bakr al-Ismāʿīliyy (tidak diketahui sama ada beliau al-Ašhʿariyy atau tidak) yang menafikan Allah dari anggota pun dikotorkan dengan pandangan-pandangan peribadi pentahqiq. Semua benda kau nak comply kepada pemikiran salafi seperti kau. 

Memang sial.



No comments:

Post a Comment