Cuma, kadang benda yang mengujakan sepanjang pencarian aku adalah ada beberapa yang bergerak solo dengan nama band dan dalam masa yang sama dia handle semua instrumen. Memang dahsyatlah.
Lead guitarist, bassis dan drummer memang wajib ada dalam band metal. Bayangkan tiga-tiga ini digalas oleh seorang sahaja. Kalau ada subgenre lain seperti progressive, symphonic, folk dan avant-garde, mesti tambah lagi.
Tapi, kemungkinan dia pun ada upah sesiapa untuk main instrumen untuk dia, tetapi tidak masuk dalam official nama band.
Apapun, sebenarnya tahun ini aku belajar sesuatu yang band metal ini boleh bergerak solo. Sejujurnya, aku baru tahu. Selama ini sangka band metal mesti berkumpulan.
Temple of Demigod ini salah satunya. Ada lagi beberapa yang solo, tetapi tak guna nama individu.

 
No comments:
Post a Comment