Monday, 11 January 2021

Apa Yang Si Nora Yusof Ingin Bentangkan Pada Buku Sampahnya Yang Berharga RM 400 Lebih?

Apekebende penulis ini nak tunjuk kat rakyat Malaysia pada kehebatan buku yang harganya yang Yahudi pun boleh kena strok kalau tengok harganya?

Hadis palsu dan hadis yang tak betul nukilan. Ajaran menyeleweng. Kualiti apa yang nak dipersembahkan? Tisu tandas jauh lebih bermanfaat dari buku sampah macam ini.

Aku pun habiskan RM 600 untuk beli Lisān al-ʿArob karya Ibn Manẓūr yang ada 9 juzuk. Itu pun berguna juga sebagai rujukan aku dalam bahasa Arab. 

Kalau nak kira bestseller, semua pelajar bahasa Arab sangat mendambakan kitab Lisān al-ʿArob ini di tangan. Ia adalah rujukan no. 1 dalam mencari makna perkataan Arab.

Tadi tengok di Shopee, ada yang jual kitab Tadrīb ar-Rōwī karya al-Imām as-Suyūṭiyy yang ada 5 jilid dengan harga RM 446. 

Jadi, apa yang ingin dibanggakan sampai sanggup jual mahal sangat lebih dari kitab al-Imām as-Suyūṭiyy? Tak ada rasa segan ke letak harga sebegitu?

Aku pun pengumpul buku dan pembaca. Sebab itu aku persoal apa yang berbaloinya buku itu sampai boleh bersaing harga kitab al-Imām as-Suyūṭiyy 5 jilid?

--------------------------

Tak payah lah suruh orang lain beli dan baca. Bagi percuma pun aku campak ke tong sampah. Baca habis, kemudian nilai? Buku yang mengumpulkan hadis palsu dan salah nukilan hadis langsung tak berbaloi untuk habiskan baca.

--------------------------

Tegur secara PM atau bersemuka? Tak ada guna kalau jenis kaki block. PM pun tak dilayan, malah diblock, apatah lagi jumpa bersemuka. 

Banyak penulis sudah suarakan hal ini. Antara yang profilik adalah Suhaili Nain dan Masri Ramli. Sekarang, jangan buat tidak tahu lagi. Bentangkan jawab balas.

--------------------------

"Tak nak beli sudah!".

Janganlah komen sebegini yang menampakkan diri untuk berlepas diri dari tanggungjawab penyampaian. Dalam buku itu ada hadis yang jelas palsu dan tidak betul nukilannya. Ini adalah serius.

Tanggungjawab anda sama ada mengakui salah dan buat pembetulan atau kalau anda rasa betul, bawakan takhrij dan analisisnya. Jangan lepas bertanggungjawab apa yang disampaikan.

No comments:

Post a Comment