Monday, 4 January 2021

Penuntut Ilmu Dahulu Dan Sekarang

 


Sesiapa yang biasa membaca kitab klasik, dalam muqaddimah pentahkik, mesti akan lampirkan beberapa gambar manuskrip kitab yang ditahkik. Contohnya seperti ini. Kalau tidak ada, ia diragukan penisbahan pemilikannya.

Cuma, bila lihat penulisan yang dikarang oleh para ulama, kadangkala timbul di benak hati saya yang saya seperti rasa bersyukur pula bahawa penulisan saya masih cantik. Bagi yang mengeluh penulisannya buruk, sekarang cubalah mereka baca apa yang terkandung dalam manuskrip tersebut.

Apapun, ada sebab penulisan mereka kelihatan agak caca merba dan buruk. Sebabnya mereka menulis laju. Apatah lagi mereka yang terkenal menghasilkan karya-karya yang banyak dan berjilid-jilid. Sudah tentu mereka begitu mengejar masa. 

Kita tulis cantik sebab kita ini malas atau sememangnya tidak ada perancangan masa hadapan yang jelas yang boleh membuatkan kita sibuk atau kita mengambil sambil lewa terhadap masa yang diperuntukkan.

Tetapi penulisan yang buruk inilah yang direbut oleh para penuntut ilmu untuk menelaah dan menghadamnya. Mereka tidak pernah peduli pun sama ada buruk atau cantiknya penulisan. Yang penting, mereka dapat mengambil ilmu daripadanya.

Berbeza dengan penuntut ilmu hari ini. Hanya sebab content tak menarik atau tak cantik, terus tidak mahu mengambil pelajaran yang terkandung dalam video tersebut. Yang dipedulikan hanya pada gambar perhiasan, muzik latar belakang atau editan yang hebat-hebat. 

Saya tidaklah kata content tidak begitu penting. Pengajar pun seeloknya belajar teknik berucap dan mengajar serta mahir membuat bahan pengajaran supaya dapat mencetuskan minat pembelajaran pelajar dari semasa ke semasa. Cuma, kalau itu menjadi sebab untuk halangan dalam belajar, maka kasihanilah diri sendiri.

Bila semangat belajar berkurangan atau tiada, yang dilakukan hanyalah merungut. Asyik melihat kekurangan apa yang dibentangkan orang lain, tetapi diri sendiri kurang himmah dan ketekunan.

Benar kata petikan ini :

If you are not willing to learn # Nobody can help you.

If you are determine to learn # Nobody can stop you.

Bacaan Tambahan :

No comments:

Post a Comment