Namun, untuk menjalankan proses pembersihan sangat sukar kerana ia memerlukan seseorang skrol satu demi satu untuk menyemak seorang demi seorang untuk melihat status aktif seseorang. Malah, memerlukan masa yang banyak untuk menyemak satu demi satu.
Ia bertambah sukar apabila seseorang itu memiliki friendlist yang besar angkanya.
Di sini, saya ingin mengongsikan kepada semua cara yang saya gunakan untuk memudahkan penyemakan dan pembersihan friend yang menjimatkan masa.
Jika penggunaan telefon, ia tidak terpakai. Oleh itu, jika anda menggunakan telefon, tidak perlu teruskan pembacaan. Hanya yang menggunakan komputer atau laptop sahaja boleh meneruskan pembacaan.
Saya menggunakan sistem Friend List. Iaitu mengkategorikan friend dalam senarai yang kita kelaskan.
Caranya sebegini.
Pertama : Pergi ke Newsfeed kita. Di sebelah kiri kita ada pelbagai tab pilihan. Pilih tab Friend Lists.
Kedua : Di sebelah kanan atas, ada butang +Create List. Tekan itu.
Ketiga : Cipta List. Namakan apa sahaja yang anda mahu. Yang penting, mesti boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian. Kalau sebagai contoh dari saya, saya menamakannya sebagai Bahagian 1.
Tak perlu masukkan nama. Terus tekan butang Create. Tapi, kalau nak masukkan nama pun tak ada masalah.
Keempat : Selepas itu. Pergi ke profile friend kita yang selain dari yang kita masukkan tadi. Kalau tadi masukkan nama Abu, sekarang ini pergi ke profil Ali pula.
Kemudian, di sebelah kanan bahagian tengah, ada butang Friend yang sebaris dengan butang Message. Klik di situ dan pilih Edit Friend List.
Kelima : Klik tanda betul pada list yang kita namakan. Kalau tadi saya menamakan Bahagian 1, maka klik Bahagian 1.
Nota : Saya buat Bahagian 1 kerana ingin terhadkan jumlah. Setiap bahagian ada 300 orang. Jika sudah 300 orang, maka saya masukkannya ke Bahagian 2 pula. Ini terpulang kepada anda bagaimana anda ingin terhadkan jumlah dalam satu bahagian.
Nota : Contoh yang saya beri adalah seorang. Untuk anda, boleh ulang proses keempat dan kelima untuk beberapa friend yang lain. Dengan kata lain, anda boleh masukkan beberapa puluh atau ratus friend dalam list tersebut semahu anda dengan mengulang proses keempat dan kelima dengan pergi ke setiap profil friend anda yang berlainan.
Keenam : Kembali ke Newsfeed anda dan pergi semula ke Friend Lists. Kemudian, setelah masuk ke tab Friend Lists, di bawahnya ada beberapa senarai yang anda cipta. Maka, klik ke List yang anda cipta. Kalau saya tadi cipta Bahagian 1, maka saya klik Bahagian 1.
Ketujuh : Sekarang setelah anda klik, di list tersebut, anda boleh melihat aktiviti yang terhad kepada friend yang anda masukkan dalam list tersebut. Kalau anda masukkan nama Ali, Abu, Fatimah, Joyah dan Najib dalam list tersebut, maka hanya hantaran Ali, Abu, Fatimah, Joyah dan Najib sahaja yang akan terpapar di situ.
Menariknya, di sebelah kanan tersebut, ada bahagian On This List yang mana ia memaparkan kesemua friend yang dimasukkan nama tersebut. Di situ juga ada butang "See All". Jika kita tekan butang itu, ia akan memaparkan kesemua orang yang dimasukkan dalam list tersebut.
Sekarang, di mana mudahnya? Di sini, cukup anda boleh buat pemeriksaan secara berjadual, sistematik dan teratur.
Cukup 3 bulan sebagai contoh, cukup pergi ke list tersebut dan semak satu persatu. Tidak perlu susah payah untuk skrol satu persatu yang ada beribu-ribu friend. Contohnya, jika anda membuat 4 bahagian untuk list ,maka setiap 3 bulan, periksa setiap satu list yang anda buat.
Kemudian, perlu diingatkan lagi bahawa setiap kali anda approve friend yang baru, mesti lakukan proses keempat dan keenam sebaik sahaja setelah tekan butang approve supaya anda tidak terluput dan terlepas atau terlupa.
Ingat! Masukkan terus dalam list tersebut sebaik sahaja anda approve friend baru!
Apapun, selamat mencuba. Harap bermanfaat.
No comments:
Post a Comment