Berkata Abū Bakr Aḥmad bin Hārūn al-Bardījiyy al-Ḥāfiẓ :
إنه الحديث الذي ينفرد به الرجل ولا يعرف متنه من غير وجه روايته لا من الوجه الذي رواه منه ولا من وجه آخر
"Sesungguhnya ia adalah hadis yang perawi bersendirian padanya yang tidak diketahui matannya selain riwayatnya; tidak dari bentuk yang seseorang lain yang meriwayatkan hadis daripadanya serta tidak juga dari bentuk yang lain".
Ibn aṣ-Ṣolāḥ berkata :
فأطلق البرديجي ذلك ولم يفصل وإطلاق الحكم على التفرد بالرد أو النكارة أو الشذوذ موجود في كلام كثير من أهل الحديث
"Al-Bardījiy mengitlakkan definisi munkar itu tanpa mempericikannya. Dan pengitlakan hukum itu pada penyendirian itu bersama penolakan atau nakāroh atau syaz adalah wujud dalam kalam kebanyakan ahli hadis".
Ibn aṣ-Ṣolāḥ memperincikannya, lalu beliau membahagikan munkar kepada dua bahagian. Lalu, beliau menjadikannya dengan makna syaz. Beliau berkata :
المنكر ينقسم قسمين على ما ذكرناه في الشاذ فإنه بمعنى: الأول: هو المنفرد المخالف لما رواه الثقات. والثاني: هو الفرد الذي ليس في راويه من الثقات والإتقان ما يحتمل معه تفرده
"Munkar terbahagi kepada dua bahagian atas apa yang kami telah sebutkannya pada bab syaz. Sesungguhna ia dengan makna. Yang pertama adalah ia adalah hadis yang bersendirian yang menyalahi apa yang para ṯsiqoh meriwayatkannya. Yang kedua adalah hadis tunggal yang tidak ada tidak ada pada perawi dari kalangan ṯsiqoh dan itqōn apa yang bersendiriannya itu dibawa bersamanya".
وإن وقعت المخالفة مع الضعف فالراجح يقال له المعروف ومقابله يقال المنكر
"Jika terjadinya perlawanan terhadap perawi yang dhaif, maka yang rajih dipanggil al-Maʿrūf dan lawannya dipanggil al-Munkar".
Penulis menyimpulkan bahawa definisi munkar ada empat :
a) Bersendirian perawi pada hadis itu
b) Bersendirian perawi yang dhaif pada hadis itu.
c) Pertentangan perawi terhadap hadis para ṯsiqoh
d) Pertentangan perawi yang dhaif terhadap hadis para ṯsiqoh
Penulis berkata lagi bahawa melalui keseluruhan keadaan ini, terjadilah munkar itu dhaif melainkan istilah al-Bardījiy dan mereka yang bersepakat dengannya dari kalangan mutaqaddimin seperti al-Imām Aḥmad dan an-Nasāʾiyy. Munkar di sisinya adalah hadis yang perawi bersendirian padanya dan tidak diketahui matannya dari selain riwayatnya. Ini kadangkala sahih atau hasan atau dhaif yang bergauntung kepada kekuatan perawinya.
Tamat. Wallahuaʿlam.
P/S : Kes yang ni menjadikan al-Ašhʿariyy dan salafi bersatu. Dahsyat betul.

Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy mendefinsikan bahawa ia adalah apa yang perawi dhaif meriwayatakannya dalam keadaan menyalahi yang ṯsiqoh. Ia adalah lawan kepada "al-Maʿrūf". Katanya:
وإن وقعت المخالفة مع الضعف فالراجح يقال له المعروف ومقابله يقال المنكر
"Jika terjadinya perlawanan terhadap perawi yang dhaif, maka yang rajih dipanggil al-Maʿrūf dan lawannya dipanggil al-Munkar".
Penulis menyimpulkan bahawa definisi munkar ada empat :
a) Bersendirian perawi pada hadis itu
b) Bersendirian perawi yang dhaif pada hadis itu.
c) Pertentangan perawi terhadap hadis para ṯsiqoh
d) Pertentangan perawi yang dhaif terhadap hadis para ṯsiqoh
Penulis berkata lagi bahawa melalui keseluruhan keadaan ini, terjadilah munkar itu dhaif melainkan istilah al-Bardījiy dan mereka yang bersepakat dengannya dari kalangan mutaqaddimin seperti al-Imām Aḥmad dan an-Nasāʾiyy. Munkar di sisinya adalah hadis yang perawi bersendirian padanya dan tidak diketahui matannya dari selain riwayatnya. Ini kadangkala sahih atau hasan atau dhaif yang bergauntung kepada kekuatan perawinya.
Tamat. Wallahuaʿlam.
P/S : Kes yang ni menjadikan al-Ašhʿariyy dan salafi bersatu. Dahsyat betul.
No comments:
Post a Comment