Sunday, 6 December 2020

Pernah Menyangka al-Bukẖōriyy Mengʿilalkan Sendiri Hadis Di Dalam Ṣoḥīḥnya? Baca Kitab Ini!

Saya dapat khabar bahawa terjemahan Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy bahasa Malaysia yang pertama di tanah air kita akan diterbitkan.

Izinkan saya berkongsi satu karya yang penting yang berkaitan dengan Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy.

Pernah menyangka bahawa al-Bukẖōriyy mengʿilalkan sendiri beberapa hadis yang beliau masukkan dalam Ṣoḥīḥnya?

Sejujurnya, saya pun tidak pernah menyangka bahawa sedemikian juga manhaj pembukuan al-Bukẖōriyy. Rupa-rupanya ada hadis yang maʿlūl dalam Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy dan beberapa daripadanya yang beliau sendiri yang mengʿilalkannya.

Selama ini, yang saya tahu bahawa apabila al-Bukẖōriyy mentaʿliqkan hadis, tujuannya adalah sama ada ringkasan atau ia adalah hadis mauquf atau kerana tidak mencukupi syarat dan tahap kesahihan atau ia adalah hadis dhaif untuk mutābaʿah atau hadis itu dhaif, tetapi sekadar menyebutkan ikhtilaf. Rupa-rupanya hadis muʿallaq juga berfungsi sebagai tarjih untuk riwayat yang lebih sahih.

Bacalah Manhaj al-Imām al-Bukẖōriyy Fī Taṣḥīḥ al-Aḥāḏiṯs Wa Taʿlīlihā karya Abū Bakr Kāfī untuk mendapat penerangan lanjut. 

Pasti pembaca akan terngaga tergamam kagum sebab banyak ilmu yang baru yang tidak pernah disangka dalam kitab ini.

Muat turun kitab di sini : https://ia800505.us.archive.org/29/items/FP45132/45132.pdf

Nota : Saya ada hajat untuk menterjemahkan kitab ini ke bahasa Melayu. Saya sudah berhubung dengan satu penerbit, cuma setakat ini belum ada respons balas. 

https://www.facebook.com/photo?fbid=4046117785438784&set=a.344595828924350

No comments:

Post a Comment