Kelakar. Dia kutuk orang itu di pentas ceramah atau hantaran di laman sosial pun bukannya pernah jumpa orang yang dia kutuk secara bersemuka.
Bila kena kritik kaw-kaw, baru terhegeh-hegeh mahu cari siapa yang boleh beri sokongan ilmiah untuk kutukannya terhadap orang itu. Masa bercakap kat ceramah, tak ada pulak nak study, kaji dan cari sokongan. Main lepas cakap bila sudah duduk atas kerusi ceramah.
Dah kena kritik, baru mahu guna otak dan guna metodologi. Itu pun dia sendiri tidak mahu jumpa orang yang dia kutuk sebab ego sangat.
"Jumpa dia secara bersemuka"..?? Ini kata-kata macai yang mahu mendiamkan kritikan.
Dia buat kenyataan bodoh secara terbuka, tiba-tiba mahu mahu dikritik secara tertutup?
Dia sendiri buat kenyataan tanpa bersemuka, tiba-tiba mahu orang kritik dia secara bersemuka?
Jumpa bersemuka? Apa guna kalau suka padam komen dan memblokir orang lain? Kalau di media sosial pun suka menjauhkan dan menutup kritikan, apatah lagi di luar.
No comments:
Post a Comment