Tuesday, 8 December 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 22 : Aoba Usami

Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Aoba Usami

>Aoba. Ada tiga punca akar kata.  Pertama, dari ism al-Jāmid (non-derivative noun). Ia bermaksud :

a) As-Surʿah (السُّرْعَةُ), iaitu # kesegeraan #

b) Ar-Rīḥ (الرِّيحُ), iaitu # angin #

c) As-Saḥāb (السَّحَابُ), iaitu # awan #

d) Jamāʿah an-Naḥl (جَمَاعَةُ النَّحْلِ), iaitu # sekawanan lebah #.

e) Al-Qoṣd Wa al-Istiqōmah (القَصْدُ والْاسْتِقَامَةُ), iaitu # hasrat yang berterusan #

f) Aṭ-Ṭorīqoh Wa al-ʿĀdah (الطَّرِيقَةُ وَالْعَادَةُ), iaitu # tatacara kebiasaan #

g) al-Jihah Wa an-Nāḥiyah (الْجِهَةُ والنَّاحِيَةُ), iaitu # sudut #

h) Jika disebut Awbā an-Nahr (أَوْبَا النَّهْرَِ), ia bermaksud Šhāṭiʾāh (شاَطِئَاهُ), iaitu # dua tebing sungai #.

Kedua, maṣdar (gerund) dari perkataan Āba - Yaʾwubu (آبَ - يَأْوُبُ). Ia bermaksud :

a) Ġhybah (غَيْبَةٌ), iaitu # tenggelam (matahari) #

b) Ar-Rujūʿ(الرُّجُوعُ), iaitu # pulang #

c) Rojaʿa ʿAn Ḏzanbih Wa Tāba (رَجَعَ عَنْ ذَنْبِهِ وَتَابَ), iaitu # bertaubat #

d) Wurūd al-Māiʾ Laylan (وُرُودُ الْمَاءِ لَيْلًا), iaitu # mengambil air pada waktu malam #

e) Al-Majīʾu Laylan (الْمَجِيئُ لَيْلًا), iaitu # pertemuan (dengan seseorang) pada waktu malam #

Ketiga, ejaan terdekat dengan perkataan Awaba (أَوَبَ), iaitu maṣdar (gerund) dari perkataan Awiba - Yaʾwubu (أَوِبَ - يَأْوَبُ). Ia bermaksud :

a) Al-Ġhoḍob (الْغَضَبٌ), iaitu # marah #

b) Ar-Rujūʿ(الرُّجُوعُ), iaitu # kembali #

c) Tarjīʿ aṣ-Ṣowt (تَرْجِيعُ الصَّوْتِ), iaitu # mengulang-ulangkan bunyi #

d) At-Tabārī Fī as-Sayr (التَّبَارِي فِي السَّيْرِ), iaitu # perlumbaan (sesuatu kelompok) dalam perjalanan #

e) As-Sayr an-Nahār Kullah Ilā al-Layl (السَّيْرُ النَّهَارَ كُلَّهُ إِلَى اللَّيْلِ), iaitu # berjalan tanpa henti sehingga malam #

> Usami. Ada dua punca akar kata. Pertama, Usāmiyy (أُسَامِيٌّ), iaitu jamak (plural) kepada al-Ism (الاسْمُ), iaitu # nama-nama #. 

Yang kedua adalah fiʿl muḍōriʿ (present tense), iaitu Usāmī (أُسَامِي) yang pelakunya adalah "saya / aku". Ia bermaksud # aku bersaing (dengan seseorang) (dalam hal kemegahan) #.

Rujukan : Al-Maany Online Dictionary

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

No comments:

Post a Comment