Kitab ini memiliki persamaan dengan Bulugh al-Maram karya al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, iaitu mengumpulkan hadis-hadis hukum yang menjadi pegangan ulama’ yang diambil daripada Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Ahmad, empat Sunan, Sunan ad-Daraquthni, Muwatto’ Malik, al-Mustadrak, al-Umm (?) dan lain-lain. Cuma perbezaan yang ketara kitab ini tidak dapat perhatian yang besar berbanding Bulugh al-Maram yang menjadi tumpuan ramai sehingga banyak syarah untuknya berbanding kitab yang ini. Semasa saya belek kitab ini, saya tertanya-tanya, apakah mungkin pembukuan Bulugh al-Maram itu adalah inspirasi daripada kitab ini? Menarik juga kalau dapat tahu.
Perbezaan yang lain ialah kitab ini mengumpulkan lebih banyak hadis berbanding Bulugh al-Maram. Dalam kitab ini, ada 3945 hadis, manakala Bulugh al-Maram ada 1569. Perbezaan yang lain ialah bab pentajukan (tarajim) bab hadis. Kitab ini mungkin mengikut cara al-Bukhari dalam Sahih-nya, iaitu menzahirkan pandangannya melalui tajuk bab. Kebanyakan tajuknya neutral, tetapi ada beberapa yang kita nampak bahawa pengarang berpegang dengan pendapat itu. Manakala, Bulugh al-Maram tidaklah begitu tampak sangat penzahiran pandangannya melalui tajuk bab.
Apapun, bagus juga kitab ini dimiliki bagi pengkaji fiqh. Memang bercadang juga selain merujuk Bulugh al-Maram atau Umdatul Ahkam, ini pun boleh dijadikan sebagai rujukan untuk mendapatkan hadis lebih banyak tentang hukum.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2373069726076940&set=a.2757481107635798&type=3&theater
No comments:
Post a Comment