Wednesday, 25 November 2020

Mengapa Saya Suka Buku Penulisan Stephen Hawking?

 image


Sebab utama aku suka baca buku mendiang Stephen Hawking adalah penulisannya mesra pembaca untuk setiap lapisan. Penceritaannya mudah dan jurang aku yang level bodoh piang dengan pakar seperti dapat didekatkan. 

Aku tak ada rasa macam buku ini ditulis untuk syok orang yang berkeahlian sahaja. Yang jahil pekat pun boleh rasa kesedapan yang ada pada buku ini.

Aku boleh telusuri pembacaan dengan lancar. Kadang tersangkut jugak, tapi sekejap, tak lama. Kemudian perjalanan pembacaan sampai tak boleh berhenti. Memang mengasyikkan. Sekali baca, memanng tak boleh nak berhenti. 

Seolah-olah aku dibantu oleh pengemudi bot untuk meneroka hutan melalui jalan sungai. Cuma, ye lah, sebab aku ni bukan berkemahiran fizik, walaupun aku dah dibantu untuk meneroka hutan, aku tak tahu apa yang aku nampak. Ye lah, bila sebut istilah yang ada dalam bidangnya, aku tak tahu apa. Perlu buat rujukan silang. 

Aku tak ada masalah pada cara penerangan bila baca buku ini, cuma masalah istilah teknikal sahaja aku kena kerahkan sikit supaya penerokaan aku dapat melihat sesuatu yang aku impikan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2971409339576306&set=a.3012013212182585&type=3&theater

No comments:

Post a Comment