Wednesday, 25 November 2020

Maksud "Asyraf"

Jika ia adalah Ism at-Tafḍīl dari perkataan Šharufa (شَرُفَ) yang bermaksud ʿAlat Manzilatuh (عَلَتْ مَنْزِلَتُهُّ), ia adalah yang paling tinggi kedudukannya.

Jika ia dari fiʿl māḍī (past tense) pada perkataan Ašrofa (أَشْرَفَ), ia bermaksud :

a) Jika atas makna fi'l lāzim (kata kerja tidak transitif) ʿAlā Wa Irtafaʿa (عَلَا وَارْتَفَعَ), iaitu berada di atas

Jika Ašhrofa (أَشْرَفَ) + ʿAlā (عَلَى), ia bermaksud :

b) Iṭṭolaʿa Min Fawqu (اطَّلَعَ مِنْ فَوْقُ), iaitu melihat dari atas.

c) Tawallā Wa Taʿahhada (تَوَلَّا وتَعَهَّدَ), iaitu menyelia.

d) Qōroba (قَارَبَ), iaitu mendekati.

e) Ašhfaqo (أَشْفَقَ), iaitu mengasihi.

f) Jika Ašhrofa (أَشْرَفَ) + Li (لِ), ia bermaksud Amkana (أَمْكَنَ), iaitu boleh (sesuatu untuk seseorang)

g) Jika atas makna fiʿl mutaʿaddī (kata kerja transitif), ia bermakna ʿAlāhā (عَلَاهَا), iaitu menaiki.

Rujukan : Al-Muʿjam al-Wasīṭ

https://www.facebook.com/photo?fbid=4015803318470231&set=a.3168297873220784



No comments:

Post a Comment