Cuma ada beberapa kelemahan. Pertama, ada sebahagian teks Arab tidak diterjemah langsung sehingga ini mungkin menyebabkan orang yang tidak tahu bahasa Arab sukar nak dapat gambaran penjelasan. Kedua, bahagian dan bentuk tasybih dalam subjek at-Tasybih tidak dijelaskan secara terperinci walaupun buku ini mendedahkan istilah-istilahnya dan klasifikasinya, namun tiada penjelasan mengenainya. Maka, ini memang mendesak untuk telaah bacaan lain mengenai at-Tasyibh secara lanjut.
Namun, saya kira kelemahan ini atas sebab mungkin penulis membukukan ini dalam keadaan yang tidak larat untuk leretkan lebih banyak kerja.
Ketiga, kita tidak dapat gambaran mengenai keindahan sastera Arab melalui buku ini secara realiti sebenar melainkan pengetahuan tersebut hanya berdasarkan teks informatif dan hanya sekadar tunjuk contoh bagi kupasan pembelajaran, bukan melihat sisi sebenar keindahan secara realiti. Dengan kata lain, teks-teks sastera ada dibentangkan, tetapi penjelasan mengenai keindahannya tidak ada. Cuma hanya ditampal menjadi contoh bagi kupasan akademik. Mungkin penulis ada justifikasinya dalam menghasilkan karya. Tetapi, nilai pembelajaran untuk bagi penuntut yang baru mula atau yang tidak berasosiasi dengan bahasa Arab diperoleh secara universal. Mungkin atas dasar ini justifikasi pembukuan, yakni berkenalan sahaja, bukan untuk terus berpencak bahasa.
Dari segi penyusunan laras bahasa, buku ini agak lebih baik daripada buku “Cara Belajar Bahasa Arab Balaghah”, karya Mukhlas asy-Syarkani, terbitan al-Hidayah Publication yang mempunyai unsur kebelitan laras. Cuma, disebabkan ada sebagian informasi yang terkurang pada buku “Ilmu Balaghah Lengkap” ini, lebih baik dipasangkan sekali dengan karya Mukhas asy-Syarkani ini supaya dapat saling melengkapi.
Untuk para pemula, saya cadangkan utnuk skip bab Isti'arah (pinjaman) kerana itu agak berat sedikit. Tetapi, kalau nak baca juga, itu atas risiko masing-masing
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1663794667004453&set=a.3012013212182585&type=3&theater
No comments:
Post a Comment