Ustaz Umar Mohd Nor memang cadang kepada aku untuk baca muqaddimah ar-Risalah demi menyelami minda pentahqiq. Tetapi yang ada pada aku adalah berbahasa Arab. Namun, aku tidak sangka di pasaran sudah ada yang terjemahan Melayu punya.
Aku cadang sesiapa yang ingin membeli ar-Risalah, karya al-Imam asy-Syafi'i, carilah yang ada muqaddimah pentahqiq. Tanda-tanda yang boleh diketahui adalah menyebut nama Zaki Mubarak. Semua ini adalah supaya kita semua belajar bagaimana kita ingin memantapkan keaslian perkhabaran dengan interaksi zaman moden. Sekaligus menghargai jasa para pentahqiq dalam curahan usahanya dan menabur bakti untuk kebaikan umat.
Setakat kebetulan yang terjumpa adalah penerbitan Jasmin. Yang lain aku tidak tahu.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1613976498652937&set=a.2757481107635798&type=3&theater
No comments:
Post a Comment