Sunday, 29 November 2020

Nasihat Untuk Pemula Agar Tidak Menyibukkan Diri Dalam Perdebatan Agama


Nasihat emas dari ustaz Solah Abdul Aziz :

Menjadi satu kerugian besar bilamana seorg yg baru mula belajar agama tapi disibukkan dgn perdebatan. Samaada dari kalangan aswj @ salafi. 

Sepatutnya masa itu digunakan olehnya utk menambah ilmu dan kefahaman terhadap agamanya. Mendalami ilmu alat dan juga ilmu maqasid.

Adapun salah faham agama yg dibawa oleh kumpulan sesat seperti salafi wahabi, maka elok diserahkan kpd guru2 pakar utk menjawab mereka. Para pelajar pemula hanya perlu ambik istifadah dari jawapan jawapan guru2 pakar tersebut.

Tambahan pula, mereka yg baru mula belajar ni rata2 nya anak muda yg tdk mampu mengawal emosi dgn baik. Boleh jadi bila dia mula berdebat, dia akan habiskan hari nya berfikir utk membalas pihak lawan nya dan perdebatan oleh nya akan bertukar kpd majlis caci memaki sesama kaum Muslimin.

Akhir sekali masa nya dihabiskan begitu sahaja tanpa melakukan perkara yg lebih penting utk hidupnya selaku pelajar pemula dlm bdg agama.

Sumber : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2434647860168972&id=100008713459406&__cft__[0]=AZWEOM8IZT24et6Sx4Miwf_pmq2YgDFOsk9V-7QnmE8YIVWIl9CsC5oTFjyE1gCKvR8e_ya3VYQBI0ijVYuDj8d5540Q2Yk9R7qvNsY0TZSkgJcrve1h6K28s2PlX9sYq7k3C8W1m0qCTg3ov_8uuL-hdqmvJpQWwpYGSv4vrzy9qIawUcImkTuC6RdHiqJBBs_RA1-vDL5DAaxECctfnLJ8&__tn__=%2CO%2CP-y-R

Benar. Ada pula yang dari dahulu sampai sekarang sibuk nak bantai orang lain dari aliran lain. Guna istilah Arab bukan main banyak dan diulang-ulang. Tapi, sampai sekarang masih tak tahu macam mana nak i'rab dan asas bahasa Arab pun tak tahu lagi. Apatah lagi nak harapkan orang ini sepanjang itu pernah untuk menelaah karya al-Jarḥ Wa at-Taʿdīl dan perbahasan ʿilal

Orang sebegini perlu merenung kembali. Malulah kalau dalam satu manhaj yang bertahun-tahun, tetapi langsung tidak pernah berkembang ilmunya. Yang diperuntukkan masa selama ini hanya menelaah karya yang untuk hentam orang lain, bukan meningkatkan kemahiran diri.

Cukuplah dari berdebat tidak berkesudahan. Biar yang selayaknya ambil peranan dan biarkan si bodoh luncai bersama labu-labunya. Tak perlu kita sibukkan masa yang menghalang kemajuan diri. Dapat menang dalam debat pun, terutamanya di laman sosial tak ubah seperti menang sorak kampung tergadai. Tidak bermanfaat untuk diri.

No comments:

Post a Comment