Dapat cerita yang ada orang terbeli Tārīkẖ Baġhdād karya al-Kẖoṭīb al-Baġhdādiyy sebab dia ingat tu buku sejarah Baghdad.
Memang sedih juga kalau dia tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam kitab tersebut.
Dalam ilmu hadis, khususnya rujukan al-Jarḥ Wa at-Taʿdīl, kalau kitab namanya ada tulisan "Tārīkẖ" (تاريخ), bukan semestinya kitab catatan sejarah, tetapi ia kitab hal ehwal atau biografi perawi hadis.
Saya beri beberapa contoh kitab al-Jarḥ Wa at-Taʿdīl yang menjadi rujukan penting yang bertajuk "Tārīkẖ" :
a) Tārīkẖ aṯs-Ṯsiqōt karya ʿAbdullah bin Ṣōliḥ al-ʿIjliyy
b) Tārīkẖ Ibn Maʿīn riwayat anak muridnya seperti ad-Dārimiyy, ad-Dawriyy, Ibn Ṭohmān, Ibn al-Junayd dan Ibn Muḥriz
c) Al-Bukẖōriyy ada mengarang at-Tārīkẖ al-Kabīr dan at-Tārīkẖ al-Awṣot
d) Al-Maʿrifah Wa at-Tārīkẖ karya Yaʿqūb bin Sufyān al-Fārisiyy
e) Tārīkẖ karya Abū Zurʿah ʿAbdul Roḥmān bin ʿAmr bin ʿAbdullah bin Ṣofwān ad-Dimašyqiyy
f) Tārīkẖ karya Abū Saʿīd ʿAbdul Roḥmān bin Aḥmad bin Yūnus.
g) Ibn Šyāhīn ada mengarang Tārīkẖ Asmāʾ aṯs-Ṯsiqōt dan Tārīkẖ Asmāʾ aḍ-Ḍuʿafāʾ Wa al-Kaḏzḏzābīn
h) Tārīkẖ ʿUlamāʾ al-Andalus karya Abū al-Walīd bin al-Faroḍiyy
i) Tārīkẖ Jurjān karya Abū al-Qōsim Ḥamzah bin Yūsuf
j) Tārīkẖ Aṣbahān atau dikenali sebagai Akẖbār Aṣbahān karya Abū Nuʿaym al-Aṣbahāniyy
k) Tārīkẖ Naysābūr karya al-Ḥākim an-Naysābūriyy
l) Tārīkẖ Baġhdād karya al-Kẖoṭīb al-Baġhdādiyy
m) Tārīkẖ Dimašyq karya Ibn ʿAsākir
n) Tārīkẖ al-Islām Wa Wafayāt al-Mašyāhīr al-Aʿlām karya aḏz-Ḏzahabiyy
Dan banyak lagi. Apa pun, yang disenaraikan ini yang pastinya bukan kitab catatan sejarah. Kalau ada lagi yang lain, disarankan semak jenis buku terlebih dahulu sebelum membelinya.
Cuma, saya doakan orang yang terbeli Tārīkẖ Baġhdād karya al-Kẖoṭīb al-Baġhdādiyy akan menjadi ahli hadis.
Bukannya tidak bermanfaat kitab tersebut. Sesiapa yang biasa dengan kajian hadis akan lihat betapa besarnya manfaat dalam kitab tersebut.
Kitab tersebut telah pun mengumpulkan perawi-perawi yang pernah sampai atau mendiami di Baghdad dan pengarang kitab tersebut mengumpulkan qaul ahli hadis terhadap perawi tersebut dalam pelbagai rujukan yang penting sama ada secara bersanad atau secara taʿlīq seperti al-Jarḥ Wa at-Taʿdīl karya Ibn Abī Ḥātim ar-Rōziyy, al-Kāmil Fī Ḍuʿafāʾ ar-Rijāl karya Ibn ʿAdiyy, Tārīkẖ Ibn Maʿīn, Tārīkẖ al-Kabīr dan Tārīkẖ al-Awṣoṭ karya al-Bukẖōriyy, aṭ-Ṭobaqōt al-Kubrō karya Ibn Saʿd serta pelbagai yang lain.
Maksudnya, memang puas juga kalau ada kitab ini. Pendapat-pendapat ahli hadis yang diperlukan sudah dimuatkan dalam kitab tersebut. Saya sendiri jika ada terjumpa perawi yang nisbahnya al-Baġhdādiyy atau saya tahu yang pernah sampai ke Baghdad, saya terus rujuk kitab ini dan saya seperti merasakan tidak perlu pun untuk rujuk yang lain sebab banyak termuat di sini.
Jika Tārīkẖ al-Islām karya aḏz-Ḏzahabiyy, lagi banyak pula rujukan dan sumber pengambilannya yang dikumpulkan dalam kitab tersebut.
Jangan dirasakan tidak bermanfaat atau rugi apabila membelinya. Ia bermanfaat dalam bidang yang diperlukan.

No comments:
Post a Comment