Berbuih jugak mulut nak cakap banyak kali.
Nak tanya bab fiqh atau apa, tanya mufti atau ustaz lain yang ada pengkhususan dalam fiqh. Mungkin cikgu bahasa Arab tahu jawapan untuk soalan yang ditanya, tetapi dari segi kepakaran, mungkin itu bukan bidangnya.
Bila masuk i'rab ayat al-Quran tentang faraid, ditanya pula ilmu faraid. Aiyoo.. Kita sedang belajar i'rab tuan-tuan dan puan-puan, pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian serta dato'-dato' dan datin-datin sekalian, bukan belajar fiqh. Maaf ya.
Kadang dilema cikgu bahasa Arab ni selalu sahaja orang anggap ustaz, padahal diorang sekadar ajar bahasa je. Bukan ajar agama sangat.
Tapi, itulah, mengajar bahasa Arab ini memang tak lekang dari al-Quran dan hadis atau topik agama. Sebab memang itu tujuan orang mahu belajar dan memang tidak dapat dipisahkan antara bahasa Arab dengan agama.
Nak ajar kemahiran membaca tanpa baris pun perlu cari buku agama. Pertama, sebab itulah pembacaan yang biasa dari kalangan pengajar. Kedua, sebab itu yang paling banyak di pasaran dan mudah diperoleh. Ketiga, mahu memenuhi kehendak masyarakat yang ingin fokus kepada pembelajaran agama.
Apapun, kelebihan juga apabila berhadapan dengan situasi masyarakat sebegini. Kita pun akan mula belajar bidang lain dan mula dalami ilmu yang lain. Contohnya, kita mahu mengajar i'rab dalam ayat al-Quran, semestinya dalam masa yang sama kita perlu belajar dan kaji tafsir.
Pun begitu, elok jangan panggil ustaz. Mahal kedudukan itu dan besar tanggungjawab orang yang membawa gelaran itu. Nak jaga reputasi menjadi seorang ustaz itu payah. Penanggung bukan semestinya boleh sangat untuk menjaga nama baik.

No comments:
Post a Comment