Nak jadi salafi pun perlu ada set pemikiran sistematik. Ya, pegangan kita adalah al-Quran dan as-Sunnah, tetapi bukan bermakna lepas baca satu artikel dan buku atau bab tentang kepentingan untuk berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah, terus jadi produk keluaran salafi. Tidak semudah itu.
Kenapa ilmu usul fiqh dibangunkan dan dibahaskan? Ini kerana pemahaman al-Quran dan hadis bukan semuanya hanya diambil daripada zahir sahaja. Ilmu usul fiqh membentangkan dan bahas bagaimana cara yang sebetulnya dalam mengambil faedah daripada teks yang sampai kepada kita. Mengaku ikut al-Quran dan as-Sunnah, tetapi tidak ada sistem yang betul, itu pun bukanlah manhaj al-Quran dan as-Sunnah yang sebenarnya. Al-Quran dan as-Sunnah itu suatu sistem. Jika mengabaikan sistemnya, maka anda tidak akan dapat adaptasi dengan dunia yang sebenarnya. Tinggal lagi pada diri kita bagaimana mahu fahami sistem yang ada dalam teks suci ini.
Ini kitab yang aku cadang untuk ditelaah sebagai permulaan supaya boleh membentuk satu kerangka pemikiran yang tersusun dan berdisiplin. Kalau tidak dapat hadam apa yang dibahaskan dalam kitab ini, bahasa kasar aku, orang itu sekadar salafi biul. Bahasa kasar lagi, tidak perlu mengaku salafi. Sama ada mengaku pentaqlid atau pemikir caca merba. Itu sahaja. Kalau dapat hadam pun, tahniah! Anda sudah berjaya melepasi satu tahap awal. Sekarang, bekalan anda telah mencukupi untuk ke tahap seterusnya.
Kitab ini bukan seperti usul fiqh biasa. Ia lebih kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah yang dibentuk atau formula yang dirumuskan dalam berinteraksi dengan teks yang suci dan dalil-dalil yang digunakan. Namun, kaedah yang digubal ini mungkin tidak ada dalam kitab usul fiqh yang lain, yang mana ia menjadikan kitab ini unik antara yang lain. Boleh jadi sebahagiannya adalah rumusan pengarang ini sendiri, tetapi ada sandaran daripada qaul ahli ilmu baginya. Sudah tentu banyak kutipannya daripada Ibn Taymiyyah dan Ibn Qaoyyim. Namun, ada daripada yang lain seperti Ibn Ḥazm, ašh-Šhāfiʿiyy, Ahmad bin Hanbal, ašh-Šhawkāniyy dan lain-lain. Memang ia sesuai untuk mereka yang mahu melangkah masuk ke manhaj salafi.
Kandungannya ada yang sama seperti pembelajaran usul fiqh seperti Ijmak, Qiyas, al-Amr, an-Nahy al-ʿĀm, al-Kẖōṣ, an-Nāsikẖ wa al-Mansūkẖ, hukum taklifi (wajib, sunat, harus, makruh dan haram), al-mafhūm, ijtihad dan taklid. Tapi, ada bab yang mungkin unik kerana masuk dalam ilmu hadis seperti cara pensahihan dan pendhaifan hadis, kaedah untuk af'al bagi Rasulullah dan penerimaan qawl aṣ-Ṣoḥābiyy. Ada juga sisip sedikit kaedah usul fiqh yang dikira penting baginya. Ada juga cara berinteraksi dengan dalil seperti kaedah jam’ dan tarjīḥ. Juga kaedah untuk memahami bid'ah dan pengamalan dalil. Itulah sebab aku bagitau yang kitab ini unik. Memang patut dibaca.
Kritikan? Ya ampun. Kau baca pun belum, tapi dah tanya yang ini? Duh. Ok lah. Ya, ada. Tapi, aku tak ada mood nak bahas dan wacanakannya di media sosial. Kau bacalah dulu, lepas tu kalau kau nak buat kritikan, kau terbitkanlah penulisan untuknya. Lepas tu, tengok mood kalau aku nak bahas bersama.
Terjemahan? Ya ada. Tapi, aku tak cadang sebab penterjemah tidak memasukkan beberapa inti perbahasan. Pudar nilai-nilai yang ada dalam kitab itu. Jujurlah. Aku rasa aku nak maki kat penterjemah tu. Aku tidak tahu pasal apa nak suka-suka tinggalkan teks yang asal untuk tidak diterjemah.
Lagipun, lebih baik kau belajar bahasa Arab dulu. Tinggalkan pendebatan dan polemik salafi-Aswaja. Tingkatkan ilmu dulu. Mantapkan diri dengan bekalan yang tersusun dan sistematik. Jangan nak masuk ke medan pergelutan tanpa persiapan. Malulah manhaj salaf yang totok dan agresif bertahun-tahun, tetapi masih tidak kenal lagi masdar, fi'il dan sebagainya.
Rasa nak belajar bahasa Arab? Boleh mohon untuk belajar bahasa Arab dengan aku secara personal atau cari guru di tempat yang berdekatan dengan anda.
Oh ya. Buku PDF boleh didapatkan di sini :http://waqfeya.com/book.php?bid=11451
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3056901991027040&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater
No comments:
Post a Comment