Sunday, 29 November 2020

Mengapa Aku Yakin Menjadi Ahli Sunnah Akan Dituduh Sebagai Musyabbihah?


Sekarang, aku sudah faham kenapa menjadi ahli sunnah akan dituduh sebagai musyabbihah. 
Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamāʿah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah muʿaṭṭilah". [Šharḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda Jahmiyyah adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šharḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588].

Abū ʿUṯsmān aṣ-Ṣōbūniyy berkata :

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم، واحتقارهم لهم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Tanda-tanda bidaah terhadap ahlinya adalah terang dan nyata. Sejelas-jelas petanda-petandanya adalah kerasnya permusuhan terhadap pembawa khabar Nabi SAW, meremehkan mereka, menamakan mereka dengan Ḥašwiyyah, puak jahil, literalis dan musyabbihah kerana beriktikad pada khabar-khabar rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari kalangan mereka". [ʿAqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ,s m/s 109].

Abū al-Qōsim Ismāʿīl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy berkata :

وَإِذا رَأَيْت الرجل يُسَمِّي أهل الحَدِيث حشوية، أَو مشبهة، أَو ناصبة فَأعْلم أَنه مُبْتَدع

"Apabila engkau melihat seseorang menamakan ahli hadis sebagai Ḥašwiyyah atau musyabihhah atau Nāṣibah, maka ketahuilah bahawa dia ahli bidaah". [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah, jilid 2, m/s 540].

Tergamak sang pelampau mutaakhirin menuduh al-Imām ad-Dārimiyy dan al-Imām Abū Bakr al-Kẖollāl yang tidak pernah dituduh sebegini jahat oleh sesiapa pun sepanjang sejarah Islam. 900 tahun berlalu selepas pemergian mereka berdua dan beribu ulama telah lahir. Mereka semua agaknya terlupa untuk ingatkan kedua-dua mereka ini adalah mujassim sepertimana pelampau terkebelakangan ini lakukan! Semoga Allah celakakan dan hancur leburkan sang celupar yang membuat tuduhan sebegini!

Seiapa yang menyokong tuduhan ini, terjaminlah bahawa dia langsung tidak faham manhaj salaf (bukan salafi ya!)! Sesiapa yang baca karya mereka, tetapi tidak dapat menghadam dengan jiwa yang aman, terjaminlah bahawa dia ada kecelaruan dalam manhajnya!

Kalau ada yang terasa aku cakap ini, aku tidak peduli. Aku dan lain-lain lagi terasa sakit kalau ada orang palitkan nama mereka dengan tuduhan yang tidak berasas dan mereka yang menyokong dan menyebarluaskan kalam ynag jijik terhadap mereka. Akibatnya sesiapa yang berkata atau faham seperti al-Imām ad-Dārimiyy akan dituduh mujassim secara semberono. Inilah akibat tidak faham manhaj salaf sebenar dan dalam masa yang sama ghuluww.

Ibn ʿAbdil Barr pula dituduh bercelaru, tidak mendalami ilmu tauhid dan hampir kepada mujassimah. Betapa sedap tangan menulis sebegini, tidak begitu?

Padahal, jika bandingkan apa yang dibawa oleh al-Imām ad-Dārimiyy, terutamanya kitab an-Naqḍ ʿAlā al-Marīsiyy dengan beliau dalam kitab at-Tamhīd, tidak ada perbezaan ketara sangat. Begitu juga yang menuduh Ibn Qudāmah sebagai mujassim. Bandingkanlah apa yang tertera dalam as-Sunnah karya ʿAbdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-Kẖollāl dan Kẖolq Afʿāl al-ʿIbād karya al-Bukẖōriyy.

Dan lain-lain yang mungkin aku tidak tahu. Harap tidak ada lagi senarai lebih banyak.

Aku semakin yakin di mana jalan yang menujunya para salaf. Bacalah karya salaf (bukan salafi ya!) yang telah disebutkan. Kemudian, lihat juga apa yang disebutkan Ibn ʿAbdil Barr dan Ibn Qudāmah, lalu bandingkan dengan apa yang disebutkan salaf (sekali lagi, bukan salafi ya!). Lihatlah keseragamannya, keharmoniannya dan keselariannya. Tidak ada siapa yang bercelaru atau melakukan tajsim.

Mereka yang berkata seperti ini sama ada tidak baca karya salaf yang telah disebutkan tadi atau apabila baca, pedih ulu hatinya sebab realitinya menyalahi apa yang dia pegang dan menjadi manhajnya.

Maaflah. Ada orang buat kecoh, sebar satu dunia apabila ada wahabi mengeluarkan al-Imām an-Nawawiyy dan al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy daripada ahli sunnah, tetapi senyap dan tidak rasa apa-apa apabila ada pelampau sesuka hati melemparkan gelaran mujassim kepada tokoh ternama ahli sunnah, al-Imām ad-Dārimiyy dan al-Imām Abū Bakr al-Kẖollāl.

Apa beza kedua-dua pelampau ini?

Adakah sebab dari sama aliran, maka tidak ada masalah mendiamkan perlakuan melampau oleh pihak pelampau?

No comments:

Post a Comment