Sunday, 29 November 2020

An-Naqḍ ʿAlā al-Marīsiyy : Hakim Kepada Citra Manhaj Salaf Dalam Isu Sifat Allah


Sejujurnya, kalau ada kitab yang saya sangat fanatik dengannya, maka kitab inilah.

Naqḍ al-Imām Abī Saʿīd ʿUṯsmān bin Saʿīd ad-Dārimiyy ʿAlā al-Marīsiyy al-Jahmiyy al-ʿAnīd Fī Mā Iftarō ʿAlā Allah ʿAzza Wa Jalla Min at-Tawḥīd (نَقْضُ الْإِمَامِ أَبِي سَعِيدٍ عُثْمَانَ بْنِ سَعِيدٍ الدَّارِمِيِّ عَلَى الْمَرِيسِيِّ الْجَهْمِيِّ الْعَنِيدِ فِيمَا افْتَرَى عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنَ التَّوْحِيدِ).

Maksudnya: "Perobohan al-Imām Abī Saʿīd ʿUṯsmān bin Saʿīd ad-Dārimiyy Terhadap al-Marīsiyy al-Jahmiyy Sang Penyimpang Terhadap Pengada-adaan Terhadap Allah ʿAzza Wa Jalla Pada Tauhid".

Karya ini ditulis untuk membantai kepala besar bagi penganut Jahmiyyah, Bišhr al-Marīsiyy secukup-cukupnya dengan penjelasan yang mudah, tetapi padu, tajam dan padat dengan kebijaksanaan. Kitab ini memang tidak beri diskaun atau belas kasihan langsung dalam melanyak dan membenamkan al-Marīsiyy serta fahaman Jahmiyyah yang lain yang menafikan sifat-sifat Allah dengan melakukan penakwilan yang menyimpang dari jalan para salaf yang soleh dan kaedah ilmu yang benar.

Sebab utama saya mengangkat tinggi kitab ini adalah kerana walaupun karya ini terfokus untuk menyanggah, tetapi ia menerangkan secara terperinci yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana tokoh sebelumnya atau semasanya tentang bagaimana pemahaman dan pendirian salaf dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah dan mendepani fahaman Jahmiyyah. Boleh dikatakan kesemua apa yang dibahaskan tentang manhaj salaf dalam isu sifat Allah telah terkumpul dalam ini.

Malah, isu yang menjadi pergulatan antara al-Ašhʿariyy dan salafi juga ada terkandung dalam ini. Seolah-olah sama ada al-Imām ad-Dārimiyy telah menjangkakan hal ini akan berlaku -tetapi, ini pasti tidak mungkin- atau apa yang terjadi pada hari ini adalah pengulangan pada zaman beliau. Isu tasybih, isu takwil dan isu pemahaman secara zahir pada lafaz naṣ yang berkaitan dengan sifat semuanya telah terangkum dalam kitab ini.

Sekarang fahamlah kenapa saya menjadikan kitab ini sebagai pegangan, malah saya angkat sebagai hakim dalam pergelutan isu salafi dan al-Ašhʿariyy. Sejujurnya, saya tidak akan percaya mana-mana yang tidak menelaah dan menghadam karya ini mempunyai citra manhaj salaf yang lurus. Malah, saya sama sekali tidak ingin libatkan diri dalam diskusi tentang manhaj salaf dalam berinteraksi dengan naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah selagimana seseorang itu tidak menelaah dan menghadam karya ini tidak kira sama ada dari salafi datau al-Ašhʿariyy.

Saya tidak berlebih-lebihan dalam kenyataan ini. Demi umurku! Bacalah dan hadamkan karya ini. Semua atau boleh dikatakan kebanyakan isu yang salafi dan al-Ašhʿariyy bertelagah telah tersemat dalam karya ini. Jurang yang menjadi pemisahan telah dipaparkan di dalamnya dan beliau menjelaskan apa yang realitinya dan apa yang sebenarnya. Kemusykilan telah dihuraikan di sini dan perbalahan telah dihakimi di sini.

Sebab utama yang lain saya memilih al-Imām ad-Dārimiyy kerana beliau hidup pada zaman keemasan salaf. Beliau tidak hidup di zaman yang terjadinya perebutan antara al-Ašhʿariyy dan salafi dalam mengukuh dan memperluas dominasinya. Tidak perlu ragu lagi jika saya menjadikan karya tokoh yang terkebelakangan atau kontemporari sebagai hakim, sudah tentu karya tersebut akan diskredit hanya kerana ia dari sesuatu aliran. Sesungguhnya al-Imām ad-Dārimiyy merentasi segala aliran. Bukankah lebih baik menjadikan beliau ini sebagai hakim dan penentu salah atau benarnya citra manhaj salaf?

Disebabkan keagungan kitab ini, saya sampai tidak peduli apa yang Ibn Taymiyyah atau mana-mana salafi atau sesiapa pun selain mereka ingin berbicara tentang naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. Saya tidak peduli siapa pun yang mahu menyalahi al-Imām ad-Dārimiyy. Seolah-olah seperti mendapat perasaan yang dirasai oleh ʿAmr an-Nāqid yang berkata :

إذا وافقني أحمد بن حنبل على حديث فلا أبالي من خالفني.

"Apabila aku bersepakat dengan Aḥmad bin Ḥanbal dalam hadis, maka aku tidak peduli sesiapa yang menyelisihku". [Al-Jarḥ Wa at-Taʿdīl, karya Ibn Abī Ḥātim ar-Rōziyy, 1/292].

Saya tidak perlu hirau langsung apa yang orang mahu berkata tentang Ibn Taymiyyah atau tokoh salafi dan al-Ašhʿariyy. Bukan bermaksud saya kata saya tidak mengambil faedah daripada mereka ini atau tidak mahu membela mereka apabila jelas ia adalah fitnah atau mengungkapkan kebenaran yang terkandung daripada semua itu, cuma kitab ini telah mencukupkan apa yang penting dan signifikan sehingga tidak perlu lagi berhajat dengan kitab lain atau perlu serabut dengan pelbagai yang berselerakan. Cukup kita ada kitab yang boleh menjadi asas pegangan dan panduan, maka apa sahaja yang lain tidak membebankan.

Saya katakan sebegini bukan kerana saya hanya baru sahaja baca kitab ini, terus saya tidak mahu berganjak yang lain. Demi Allah saya bersumpah! Saya sudah teliti dan mencari pelbagai kitab, karya dan penulisan yang boleh menjadi neraca yang adil untuk pergelutan ini, sama ada dari al-Ašhʿariyy atau pun salafi atau campuran kedua-duanya atau yang tidak berasosiasi dengannya. Perjalanan jauh saya menemukan kitab ini yang mampu merungkai dan menjawab permasalahan yang berkaitan dengan mudah dan tegas. Segala puji bagi Allah. Semoga ia berada di atas kebenaran.

Saya tidak ada masalah untuk berbeza pendapat dalam hal ini. Namun, saya katakan ini adalah yang menjadi dakapan saya. Bagi sesiapa yang ingin memahami manhaj salaf dalam isu sifat Allah, bukankah sepatutnya kita menekuni karya mereka, qaul mereka dan kalam mereka? Al-Imām ad-Dārimiyy adalah seorang daripadanya. Keilmuannya, kedudukannya dan kesarjanaannya tidak diragui oleh sesiapa pun. Sepatutnya karya salaf yang akan menjadi hakim kepada mana-mana pertelingkahan tentang isu salaf. Tidakkah begitu?

Tuduhan Jahat Terhadap al-Imām ad-Dārimiyy

Saya bukan tidak tahu ada yang menuduh al-Imām ad-Dārimiyy sebagai mujassim kerana kitab ini. Saya membaca kitab beliau ini dalam keadaan saya cakna terhadap hal itu. Saya katakan semoga Allah celakakan mereka yang menuduh sedemikian dan menyokong tuduhan tersebut! Semoga Allah hancur leburkan mereka yang memalitkan nama buruk beliau dengan lidah yang nista!

Tidak pernah sepanjang 1000 tahun selepas kewafatan beliau dan telah lahirnya ramai ulama sepanjang tempoh itu membuat tuduhan sedemikian! Tidak pernah! Tiba-tiba si pelampau yang hidup di zaman terkebelakangan dan kontemporari ini membuat tuduhan yang menjijikkan sebegini. Seolah-olah para ulama yang telah lahir sepanjang tempoh itu mendiamkan kebatilannya dan memandang remeh terhadap fahaman tajsim daripadanya. Sepanjang hayat mereka tidak pernah dihabiskan sisa umurnya untuk mengingatkan bobrok "mujassim" ini sepertimana para pelampau hari ini lakukan! Seolah-olah para ulama sepanjang zaman menyembunyikan fakta dan toleransi dengan mujassim! Saya tidak tahu sama ada penuduh ini membuat tuduhan tersebut tanpa menyemak biografinya atau sememangnya sudah pekat dengan keekstrimannya.

Sekarang faham mengapa saya katakan bahawa sesiapa yang tidak menghadam karya beliau ini, maka saya tidak mempercayai manhajnya dan mengapa saya tidak bermain-main dalam kenyataan ini? Apabila seseorang tidak benar-benar mapan kefahamannya dalam manhaj salaf dalam isu sifat, tengoklah betapa beraninya seseorang melemparkan tuduhan yang jelek terhadapnya dan mencemarkan namanya dengan penyelewengan. Akhirnya orang berkata seperti beliau atau berfahaman seperti beliau, terus automatik dituduh sebagai mujassim. Sangat parah dampak tuduhan seperti ini. Sebab itu saya sangat marah terhadap orang yang buat tuduhan sebegini.

Sebab itu saya tidak hairan kalau Abū Bakr al-Kẖollāl juga dituduh sedemikian yang tidak pernah dituduh sedemkian sepanjang 900 tahun sejarah Islam. Sebab itu saya tidak hairan pelampau ini juga menuduh Ibn ʿAbdil Barr tidak mendalami ilmu akidah, keliru dan mendekati fahaman tajsim. Saya tidak hairan juga jika al-Lālikaʾiyy dan Ibn Qudāmah juga dituduh sebagai mujassim. Mereka semua ini yang keliru atau sang pelampau ini?

Sekarang faham mengapa menjadi ahli sunnah dituduh musyabbihah, bukan muʿaṭṭilah?

Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamāʿah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah muʿaṭṭilah". [Šharḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda Jahmiyyah adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šharḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588].

Abū ʿUṯsmān aṣ-Ṣōbūniyy berkata :

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم، واحتقارهم لهم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Tanda-tanda bidaah terhadap ahlinya adalah terang dan nyata. Sejelas-jelas petanda-petandanya adalah kerasnya permusuhan terhadap pembawa khabar Nabi SAW, meremehkan mereka, menamakan mereka dengan Ḥašwiyyah, puak jahil, literalis dan musyabbihah kerana beriktikad pada khabar-khabar rasul SAW dari kalangan mereka". [ʿAqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯs, m/s 109].

Abū al-Qōsim Ismāʿīl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy berkata :

وَإِذا رَأَيْت الرجل يُسَمِّي أهل الحَدِيث حشوية، أَو مشبهة، أَو ناصبة فَأعْلم أَنه مُبْتَدع

"Apabila engkau melihat seseorang menamakan ahli hadis sebagai Ḥašwiyyah atau musyabihhah atau Nāṣibah, maka ketahuilah bahawa dia ahli bidaah". [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah, jilid 2, m/s 540].

Sekarang, jelas mana jalan yang ditempuhi salaf dan di mana kebenarannya di sebalik tuduhan tersebut. Kalau rasa tidak senang dengan kenyataan ini, telitilah semula karya salaf yang unggul seperti ar-Rodd ʿAlā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya al-Imām Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya ʿAbdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-Kẖollāl, Kẖolq Afʿāl al-ʿIbād karya al-Imām al-Bukẖōriyy, al-Ikẖtilāf Fī al-Lafẓ Wa ar-Rodd ʿAlā al-Jahmiyyah Wa al-Mušhabbihah karya Ibn Qutaybah dan yang paling penting dua karya al-Imām ad-Dārimiyy, iaitu ar-Rodd ʿAlā al-Jahmiyyah dan seperti yang disebutkan tadi. Kemudian, bandingkanlah dan tanyalah diri masing-masing.

Para pelampau ini juga yang bising apabila mendapat tahu al-Imām an-Nawawiyy dan al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy disingkirkan oleh salafi dari ahli sunnah. Namun, mereka tidak rasa apa-apa menuduh atau melihat tuduhan yang jahat terhadap tokoh-tokoh yang disebutkan tadi. Apa beza pelampau kedua-dua ini?

Mereka berang apabila tokoh mereka dituduh Qubūriyyūn, Muʿaṭṭilah dan ahli bidaah, sekarang mereka juga tidak segan silu menuduh tokoh salaf dan pengikut salaf sebagai mujassimah. Apa beza pelampau kedua-dua ini?

Maaflah kalau terasa. Saya tidak peduli. Saya dan yang lain-lain lebih terasa pedih jika al-Imām ad-Dārimiyy dituduh secara serampangan. Fahamkah apabila seseorang itu dituduh sebagai mujassim? Ia sama seperti menuduh kafir! Kalau beliau masih hidup pada zaman atau penuduh hidup pada zaman itu, maksudnya tidak sah solat belakang mereka dan tidak halal makan sembelihannya! Malah, periwayatan hadisnya dan periwayatan qaul al-Jarḥ Wa at-Taʿdīl dari Yaḥyā bin Maʿīn juga tertolak kerana beliau terkeluar dari syarat Islam!

Sebab itulah tidak perlu untuk kata-kata lunak di sini dan tidak perlu lagi bertapis. Mereka sendiri yang celupar terhadap salaf yang agung, sekarang mereka mahu mengharapkan kita berbicara dengan adab?

Benar yang al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy pernah menyatakan bahawa al-Imām ad-Dārimiyy adalah ultra-ahli isbat. Katanya :

وَفِي كِتَابه بحوث عَجِيبَة مَعَ المريسي يُبَالغ فِيهَا فِي الْإِثْبَات وَالسُّكُوت عَنْهَا أشبه بمنهج السّلف فِي الْقَدِيم والْحَدِيث

"Dalam kitabnya terdapat perbahasan yang menghairankan bersama al-Marīsiyy yang berlebih-lebihan pada isbat di dalamnya. Padahal, diam terhadapnya lebih menyerupai ikutan dengan manhaj salaf dalam yang Qodīm dan baharu". [Al-ʿUluww Li al-ʿAliyy al-Ġhoffār, m/s 194].

Namun, adakah kenyataan ini menunjukkan bahawa beliau adalah sesat dan mujassim sepertimana para pelampau menuduhnya? Malah, kenyataan al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy ini tidak didahului oleh sesiapa sama ada dari al-Imām Ibn ʿAsākir, al-Imām Ibn al-Jawziyy, Ibn al-Aṯsīr atau mereka yang lain yang beraliran al-Ašhʿariyy atau selainnya. Kenyataan ini belum tentu muktamad dan masih terbuka untuk perbincangan.

Kita perlu tahu apa yang dimaksudkan berlebihan oleh al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy. Kita ambil contoh kisah Abū Masʿūd ʿAbdul Jalīl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy atau dikenali sebagai Kūtāh yang beliau bawakan dalam biografinya:

كَانَ شَيْخُهُ إِسْمَاعِيْلُ الحَافِظُ هَجَرَهُ، وَمَنَعَهُ مِنْ حُضُوْرِ مَجْلِسِهِ لِمَسْأَلَةٍ جَرَتْ فِي النُّزَولِ، وَكَانَ كُوتَاهُ يَقُوْلُ: النُّزُولُ بِالذَّاتِ، فَأَنْكَرَ إِسْمَاعِيْلُ هَذَا، وَأَمرَهُ بِالرُّجُوْعِ عَنْهُ، فَمَا فَعلَ

Syeikhnya, Ismāʿīl al-Ḥāfiẓ menjauhkannya dan menegahnya daripada menghadiri majlisnya kerana isu yang berlaku pada an-Nuzūl. Kūtāh berkata: "Nuzūl dengan zat". Ismāʿīl mengingkari ini dan menyuruhnya untuk menarik balik, tetapi dia tidak melakukannya. [Siyar Aʿlām an-Nubalāʾ, 15/116].

Namun, setelah itu aḏz-Ḏzahabiyy memilih untuk tidak menyebutkan "dengan zat-Nya":

وَمَسْأَلَةُ النُّزَولِ فَالإِيْمَانُ بِهِ وَاجِبٌ، وَتَرْكُ الخوضِ فِي لوازِمِهِ أَوْلَى، وَهُوَ سَبِيْلُ السَّلَفِ، فَمَا قَالَ هَذَا: نُزُولُهُ بِذَاتِهِ، إلَّا إِرغَاماً لِمَنْ تَأَوَّلَهُ، وَقَالَ: نُزولُهُ إِلَى السَّمَاءِ بِالعِلْمِ فَقَطْ. نَعُوذُ بِاللهِ مِنَ المِرَاءِ فِي الدِّينِ. وَكَذَا قَوْلُهُ: {وَجَاءَ رَبُّكَ} [الفجرُ: 22] ، وَنَحْوُهُ، فَنَقُوْلُ: جَاءَ، وَيَنْزِلُ، وَننَهَى عَنِ القَوْلِ: يَنْزِلُ بِذَاتِهِ، كَمَا لَا نَقُوْلُ: يَنْزِلُ بِعِلْمِهِ، بَلْ نَسكتُ وَلَا نَتفَاصَحُ عَلَى الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلم بعبارات مبتدعة، والله أعلم.

Untuk isu an-Nuzūl, maka iman kepadanya adalah wajib dan meninggalkan mendalaminya dalam menyimpulkannya adalah lebih utama. Ia adalah jalan salaf. Tidaklah mereka ini berkata: "Nuzūl-Nya dengan zat-Nya" melainkan ia menggusarkan orang yang menakwilkannya. Dia berkata: "Nuzūl-Nya ke langit dengan ilmu-Nya sahaja". Kami berlindung kepada Allah daripada perdebatan dalam agama. Demikian juga firman-Nya: {Datang tuhanmu} [Surah al-Fajr ayat 22] atau seumpamanya. Kita berkata: "Dia datang dan nuzūl" dan kita menegah daripada berkata: "Dia nuzūl dengan zat-Nya" sepertimana kita tidak mengatakan "Dia Nuzūl dengan ilmu-Nya". Bahkan, kita diam dan membebankan diri untuk menjadi bicara fasih terhadap rasul SAW dengan ibarat yang bidaah. Allah lebih mengetahui. [Siyar Aʿlām an-Nubalāʾ, 15/116].

Melalui sini, penambahan "dengan zat-Nya" adalah ibarat yang bidaah dan berlebihan baginya, sedangkan ia sabit daripada pendahulunya dari kalangan ahli ilmu. Baginya ini berlebihan. Namun, mungkin tidak pada orang lain. Allah lebih mengetahui tentang kebenarannya. Kenyataan beliau tentang "berlebihan" adalah umum. Tidak diketahui yang mana satu.

Malah, al-Imām Tājuddīn as-Subkiyy yang merupakan tokoh besar aliran al-Ašhʿariyy dalam Ṭobaqōt ašh-Šhāfiʿiyyah al-Kubrō dalam mengkritik sikap gurunya, al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy terhadap golongan al-Ašhʿariyy yang keterlaluan peremehannya dan menganggapnya mengagungkan tokoh mujassimah serta terpengaruh dengan mujassim, langsung sama sekali tidak menuduh al-Imām ad-Dārimiyy sebagai mujassim. Begitu juga al-Imām as-Subkiyy dalam rujukan sama yang menyatakan bahawa Abū Ismāʿīl al-Harowiyy sebagai pendukung fahaman mujassimah dan musyabbihah serta mencerca ahli sunnah langsung sama sekali tidak menyinggung al-Imām ad-Dārimiyy sedemikian. Malah, al-Imām as-Subkiyy juga menyatakan bahawa al-Imām ad-Dārimiyy yang menghalau syeikh mujassim Sijistan dari bandar Herat!

Sekarang jelas siapa yang sebenarnya berlebih-lebihan dan melampaui batas. Dan jelas siapa yang berada di manhaj yang keliru.

Pendirian Utama al-Imām ad-Dārimiyy

Saya ingin kongsi sedikit beberapa pendirian utama al-Imām ad-Dārimiyy dalam kitab ini yang menjadi pegangannya. Mungkin ada yang belum ada kemampuan untuk membaca teks Arab -semoga Allah mempercepatkan mereka ini untuk sampai kepada hajatnya yang membawa redha kepada Allah - tetapi ingin tahu apa yang terkandung di dalamnya. Mungkin juga ada yang ingin membaca tetapi ingin dapatkan gambaran asas terlebih dahulu tentang pendiriannya supaya tidak berlaku kejutan yang lain daripada biasa. Saya fikir elok saya kongsi serba sedikit dapatan saya dalam hal ini untuk manfaat bersama.

Pertama : Beliau Sangat Keras Dengan Takwil

Sebenarnya, boleh dikatakan 3/4 kandungan kitab ini sebenarnya mahu membantah takwil al-Marīsiyy dan golongan Jahmiyyah yang sesat. Takwil mereka ini sebenarnya telah menjadi sebab untuk membatalkan sifat-sifat Allah dengan menukarkan makna yang tidak selayaknya dengan kaedah bahasa.

Perlu kita tahu al-Imām ad-Dārimiyy adalah orang yang berkebolehan dalam bahasa. Beliau menimba ilmu bahasa daripada Ibn al-Aʿrōbiyy yang merupakan imam dalam ilmu bahasa. Maksudnya, pemahaman beliau dalam bahasa boleh diambil kira. Jika sesiapa yang membaca karya ini, dalam membantah takwil, beliau menerapkan kemahiran ilmu bahasanya. Tidak hanya bergantung kepada aṯsar semata-mata.

Punyalah hebat al-Imām ad-Dārimiyy dalam mempertahankan ayat ini daripada ditakwil :

يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ

"Wahai Iblis! Apakah yang menghalangimu daripada bersujud kepada apa yang Aku ciptakan dengan kedua-dua tangan-Ku?". [Surah Ṣod ayat 75].

Sesiapa yang membaca penerangannya, entah berapa banyak lembaran yang memuatkan dalam menegaskan penegahan ayat ini dipalingkan dari makna asalnya dan menghentam sehabis-habisnya mereka yang ingin menafikannya. Dapat dikatakan 7% daripada lembaran kitab ini hanya mahu mempertahankan ayat ini daripada ditakwil.

Kedua : Beliau Menafikan Jisim Dan Anggota Bagi Allah

Kata beliau :

وَإِنَّهُ لَا يُقَاسُ رُوحُ اللَّهِ، وَبَيْتُ اللَّهِ، وَعَبْدُ اللَّهِ الْمُجَسَّمَاتُ الْمَخْلُوقَاتُ الْقَائِمَاتُ الْمُسْتَقِلَّاتُ بِأَنْفُسِهِنَّ اللَّاتِي كُنَّ بِكَلَامِ اللَّهِ وَأَمْرِهِ لَمْ يَخْرُجْ شَيْءٌ مِنْهَا مِنَ اللَّهِ. كَكَلَامِهِ الَّذِي خَرَجَ مِنْهُ؛ لِأَنَّ هَذَا الْمَخْلُوقَ قَائِمٌ بِنَفسِهِ وعينه، وحليته وجسمه. لايشك أَحَدٌ فِي شَيْءٍ مِنْهَا أَنَّهُ غير الله. وَأَنه لَيْسَ مِنْهُ لِلَّهِ صِفَةً.

"Sesungguhnya Dia tidak disamabandingkan dengan roh Allah, rumah Allah dan hamba Allah yang jisim lagi makhluk yang berdiri secara bersendiri pada dirinya yang berada di kalam Allah dan keadaan-Nya. Tidak keluar sesuatu daripadanya daripada Allah sepertimana kalamnya yang keluar sesuatu daripadanya kerana makhluk ini berdiri dengan dirinya, entitinya, bentuknya dan jisimnya. Tidak ada seorang pun syak pada sesuatu daripada ini bahawasanya ia bukan Allah dan ia bukanlah sifat untuk Allah daripadanya". [m/s 211].

Di sini jelas bahawa beliau menegaskan bahawa jisim adalah makhluk, ia bukannya Allah dan tidak ada sesuatu pun dari ciri tersebut pada sifat Allah.

Beliau berkata lagi :

فيُقال لِهَذَا المُعَارِضِ: أَمَّا مَا ادَّعَيْتَ أَنَّ قَوْمًا يَزْعُمُونَ أَنَّ للهِ عَيْنًا فَإِنَّا نَقُولُهُ؛ لِأَنَّ اللهَ قَالَهُ وَرَسُولَهُ، وَأَمَّا جَارِحٌ كَجَارِحِ العَيْنِ مِنَ الإِنْسَانِ عَلَى التَّرْكِيبِ؛ فَهَذَا كَذِبٌ ادَّعَيْتَهُ عَلَيْنَا عَمْدًا، لِمَا أَنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ أَحَدًا لَا يَقُولُهُ، غَيْرَ أَنَّكَ لَا تَأْلُو مَا شَنَّعْتَ، لِيَكُونَ أَنْجَعَ لِضَلَالَتِكَ فِي قُلْوبِ الجُهَّالِ، وَالكَذِبُ لَا يَصْلُحُ مِنْهُ جِدٌّ وَلَا هَزْلٌ، فَمِنْ أَيِّ النَّاسِ سَمِعْتَ أَنَّهُ قَالَ: جَارِحٌ مُرَكَّبٌ؟ فأشِرْ إِلَيْهِ، فَإِنَّ قَائِلَهُ كَافِرٌ، فَكَمْ تُكَرِّرُ قَوْلَكَ: جِسْمٌ مُرَكَّبٌ، وأَعْضَاءٌ وَجَوَارِحُ، وَأَجْزَاءٌ، كَأَنَّكَ تُهَوِّلُ بِهَذَا التَّشْنِيعِ عَلَيْنَا أَنْ نَكُفَّ عَنْ وَصْفِ اللهِ بِمَا وَصَفَ نَفْسَهُ فِي كِتَابِهِ، وَمَا وَصَفَهُ الرَّسُولُ. وَنَحْنُ وَإِنْ لَمْ نَصِفِ اللهَ بِجِسْمٍ كَأَجْسَامِ المَخْلُوقِينَ، وَلَا بِعُضْوٍ وَلَا بِجَارِحَةٍ؛ لَكِنَّا نَصِفُهُ بِمَا يَغِيظُكَ مِنْ هَذِهِ الصِّفَاتِ الَّتِي أَنْتَ ودُعَاتُك لَهَا مُنْكِرُونَ، فَنَقُولُ: إِنَّهُ الوَاحِدُ الأَحَدُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، ذُو الوَجْه الكَرِيم، والسَّمْعِ السَّمِيع، والبَصَرِ البَصِير، نُورُ السَّمَاواتِ وَالأَرْضِ، وَكَمَا وَصَفَهُ الرَّسُولُ صلى الله عليه وسلم فِي دُعَائِهِ حِين يَقُول: «اللهمَّ أَنْتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ»، وَكَمَا قَالَ أَيْضًا: «نُورٌ أَنَّى أَرَاهُ؟»، وَكَمَا قَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ رضي الله عنه: «نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ مِنْ نُورِ وَجْهِهِ». وَالنُّورُ لَا يَخْلُو مِنْ أَنْ يَكُونَ لَهُ إِضَاءَةً واسْتِنَارَةً ومَرأَى ومَنْظَرًا، وَأَنَّهُ يُدْرَكُ يَوْمَئِذٍ بِحَاسَّةِ النَّظَرِ، إِذَا كُشِفَ عَنْهُ الحِجَابُ، كَمَا يُدْرَكُ الشَّمْسُ وَالقَمَرُ فِي الدُّنْيَا.

Dikatakan kepada penyangkal ini: Adapun dakwaan engkau bahawa suatu kaum yang mendakwa bahawasanya bagi Allah ada mata, maka sesungguhnya kami mengatakan sedemikian kerana Allah dan rasul-Nya berkata sedemikian. Adapun anggota seperti anggota mata daripada manusia atas susunan, maka ini adalah dusta yang engkau dakwakannya ke atas kami secara sengaja kerana engkau mengetahui bahawa tiada seorang pun yang mengatakannya melainkan engkau bersungguh dalam cemuhanmu supaya ia menjadi yang paling laku dalam kesesatan engkau dalam jantung orang yang jahil dan pendustaan yang tidak elok usaha dan igauan daripadanya. Orang yang mana satu engkau mendengar bahawa dia berkata anggota yang tersusun? Tunjukkan kepadanya. Jika dia mengatakannya, maka dia adalah kafir. Betapa banyak kami ulang kata-kata kamu pada jisim yang tersusun, tubuh, anggota dan bahagian. Seolah-olah engkau berlebih-lebihan dalam menegah kami daripada menyifatkan Allah dengan apa yang Dia sifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya dan apa yang rasul sifatkan-Nya melalui cemuhan ini terhadap kami.

Kami walaupun tidak menyifatkan Allah dengan jisim seperti jisim makhluk, bukan juga dengan tubuh dan bukan juga dengan anggota, tetapi kami menyifatkannya dengan apa yang engkau berang terhadap sifat-sifat ini yang engkau dan pendakwah engkau mengingkari terhadapnya. Lalu, kami berkata sesungguhnya Dia adalah satu yang esa, tempat bergantung, tidak beranak, tidak diberanakkan, tidak ada satu pun yang setara dengannya, memiliki wajah yang mulia, pendengaran yang mendengar, penglihatan yang melihat, cahaya langit-langit dan bumi serta sepertimana rasul SAW sifatkan-Nya: "Ya Allah! Engkau cahaya langit-langit dan bumi" dan sepertimana juga yang baginda berkata: "Cahaya mana aku melihatnya?". Sepertimana juga kata Ibn Masʿūd RA berkata: "Cahaya langit-langit dan bumi dari cahaya wajah-Nya". Dan cahaya tidak asing daripada terjadinya sinaran, pancaran, lihatan dan pandangan apabila tersingkap hijab daripadanya sepertimana dicapai mentari dan rembulan di hari akhirat. [m/s 321-323].

Melalui kenyataan ini, sangat jelas yang beliau mengkafirkan sesiapa yang mengatakan adanya anggota bagi Allah.

Beliau berkata lagi :

وَاللَّهُ أَعْلَى وَأَجَلُّ لَا يُحِيطُ بِهِ شَيْءٌ، وَلَا يَحْتَوِي عَلَيْهِ شَيْءٌ.

"Allah yang tertinggi dan teragung. Tidak diliputi sesuatu dengan-Nya dan tidak ada sesuatu yang mengandungi-Nya". [m/s 127].

Ini jelas menunjukkan bahawa dia tidak menisbahkan Allah dilingkungi makhluk yang terdiri daripada tempat. Al-Imām ad-Dārimiyy dalam ar-Rodd ʿAlā al-Jahmiyyah secara terang-terangan mengatakan bahawa Allah menciptakan tempat. Bermaksud tempat itu adalah makhluk dan tidak ada sesuatu pun yang meliputi-Nya. Maka, jelas ini menunjukkan penafian adanya tempat bagi Allah.

Mengapa saya menyatakan ini? Saya sebenarnya cukup pedih melihat tahqiq ke atas kitab Abū Bakr al-Ismāʿīliyy yang berjudul Iʿtiqōd Ahl as-Sunnah dan tahqiq Risālah as-Sijziyy serta kajian perbandingan akidah ke atas Ibn ʿAbdul Barr yang memaparkan komentar yang tidak diperlukan apabila mereka semua ini menyebutkan penafian Allah daripada jisim, anggota dan tempat. Tidak bolehkah sekurang-kurangnya hormat pandangan mereka dan tidak menyerabutkan tahqiq kitab dengan komentar yang tidak diperlukan dan meletakkan nukilan daripada mereka ke tempat untuk mencalarkannya?

Seolah-olah mereka yang berkata sedemikian tidak tahqiq terhadap pandangan ahli ilmu sebelumnya atau semasanya sehingga mengatakan tiadanya jisim, anggota dan tempat bagi Allah adalah kata-kata yang semberono dan bertindak sendiri. Adakah mereka mahu berkata sama sedemkian ke atas al-Imām ad-Dārimiyy, pemuka besar dalam pembela mazhab salaf? Malah, ketiga-tiga nama ini langsung tidak ada kaitan dengan aliran al-Asḥʿariyy, malah Risālah as-Sijziyy itu adalah karya khas untuk menyelisihi al-Ašhʿariyy! Adakah tergamak kita mengatakan bahawa as-Sijziyy tidak teliti dalam penafian Allah daripada jisim, anggota dan tempat?

Malah, kadangkala apabila dengar adanya penyebutan penafian Allah dari jisim, aradh, ruang dan tempat, terus dikata ini daripada pengaruh ilmu kalam dan kadangkala ia menjadi modal untuk diskredit pendapat tokoh tersebut, khususnya daripada al-Ašhʿariyy. Apakah al-Imām ad-Dārimiyy yang sangat tegas dengan ilmu kalam ini terpengaruh daripadanya apabila menafikan jisim daripada Allah, mengkafirkan yang mengatakan adanya anggota bagi Allah dan menafikan tempat baginya? Saya harap apabila salafi membaca karya al-Imām ad-Dārimiyy ini, kita lebih bersikap lapang dan mengerti perjalanan ahli sunnah dalam mendepani polemik yang berkaitan dengan sifat Allah.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin paparkan bahawa al-Imām ad-Dārimiyy bebas daripada apa yang dituduhkan. Kenyatan-kenyataan ini jelas bahawa beliau bukan membawa fahaman tasybih atau tajsim.

Ketiga : Mengisbatkan Zahir Makna Bagi Lafaz Kepada Allah Di Samping Menafikan Elemen Makhluk Daripada Makna Zahir Seperti Jisim, Anggota Dan Bertempat

Ini juga sesuatu yang jelas dalam karya ini. Mana-mana bab pun kalau baca, inilah pendiriannya. Namun, mengisbatkan makna zahir bagi lafaz tersebut tidak menatijahkan bahawa beliau menerima makna-makna yang membawa kepada elemen makhluk seperti jisim, anggota dan dilingkungi tempat.

Sama seperti apabila beliau mengisbatkan sifat kalam Allah. Ia adalah makna yang hakiki, tetapi bukan bermakna beliau menerima adanya lidah dan mulut bagi-Nya untuk Dia berbicara. Samalah seperti apabila dikatakan "al-Yadd" atau terjemahannya adalah "tangan". Beliau sama sekali tidak memaksudkan ia adalah anggota yang berjisim walaupun beliau menetapkan makna zahirnya. Namun, makna yang selayaknya bagi Allah yang bukan beranggota dan jisim.

Samalah juga apabila beliau mengatakan orang beriman dapat melihat Allah di hari akhirat kelak. Bukan bermakna beliau menyatakan bahawa adanya jisim, aradh dan tempat bagi Allah apabila dilihat sekalipun lihatan itu adalah hakiki dan sejati pada biji mata kepala makhluk. Jika tidak timbul kemusykilan pada hal ini, maka kita tidak akan musykil apabila membaca karyanya.

Samalah seperti apabila dikatakan Allah beristawā di atas Arasy. Bukan bermakna beliau menisbahkan adanya lingkungan tempat bagi-Nya. Ia bukan seperti jisim atas jisim dalam jisim. Beliau berkata :

وَأَمَّا قَوْلُكَ: كَجِسْمٍ عَلَى جِسْمٍ، فَإِنَّا لَا نَقُولُ: إِنَّهُ كَجِسْمٍ عَلَى جِسْمٍ. لَكِنَّا نَقُولُ: رَبٌّ عَظِيمٌ، وَمَلِكٌ كَبِيرٌ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِلَهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ عَلَى عَرْشٍ مَخْلُوقٍ عَظِيمٍ فَوْقَ السَّمَاءِ السَّابِعَة دون مَا سواهَا مِنَ الْأَمَاكِنِ. مَنْ لَمْ يَعْرِفْهُ بِذَلِكَ كَانَ كَافِرًا بِهِ وَبِعَرْشِهِ.

Adapun katamu: "Seperti jisim atas jisim". Sesungguhnya kami tidak berkata: "Sesungguhnya Dia seperti jisim atas jisim", tetapi kami berkata: "Tuhan yang agung, Penguasa Yang Maha Besar. Cahaya langit-langit dan bumi. Tuhan langit dan bumi atas Arasy, suatu makhluk yang besar di atas langit yang tujuh lapisan tanpa apa selain-Nya yang berupa tempat. Sesiapa yang tidak mengenalinya dengan itu, maka dia kafir terhadap-Nya dan Arasy-Nya". [m/s 165].

Ia adalah istawā yang selayaknya dengan kebesaran-Nya, kemuliaan-Nya serta keagungan-Nya. Seperti itulah naṣ-naṣ yang lain. Inilah pegangan beliau dan juga sekalian salaf.

Ingat! Jangan menuduh beliau mengisbatkan sifat-sifat makhluk apabila beliau mengambil makna zahir daripadanya. Beliau sendiri menjawab tuduhan al-Marīsiyy ini ke atas para salaf :

وَأَمَّا تَشْنِيعُكَ عَلَى هَؤُلَاءِ الْمُقِرِّينَ بِصِفَاتِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا قَالَ اللَّهُ: أَنَّهُمْ يَتَوَهَّمُونَ فِيهَا جَوَارِحَ وَأَعْضَاءً، فَقَدِ ادَّعَيْتَ عَلَيْهِمْ فِي ذَلِكَ زُورًا، بَاطِلًا، وَأَنت من أعلم النَّاس بِمَ يُرِيدُونَ بِهَا، إِنَّمَا يُثْبِتُونَ مِنْهَا مَا أَنْتَ لَهُ مُعَطِّلٌ وَبِهِ مُكَذِّبٌ، وَلَا يَتَوَهَّمُونَ فِيهَا إِلَّا مَا عَنَى اللَّهُ تَعَالَى وَرَسُولُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَا يدعونَ جوارح، وَلَا أعطاء كَمَا تَقَوَّلْتَ عَلَيْهِمْ، غَيْرَ أَنَّكَ لَا تَأْلُو فِي التَّشْنِيعِ عَلَيْهِمْ بِالْكَذِبِ، لَيَكُونن أَرْوَجَ لِضَلَالَتِكَ عِنْدَ الْجُهَّالِ.

"Adapun cemuhan engkau terhadap mereka yang memperakui sifat Allah ʿAzza Wa Jalla lagi yang beriman dengan apa yang Allah firmankan bahawasanya mereka menggambarkankan padanya ada anggota dan tubuh. Engkau benar-benar mendakwa kedustaan dan kebatilan pada hal itu, sedangkan engkau antara orang yang paling mengetahui tentang apa yang mereka maksudkannya. Sebenarnya mereka mengisbatkan apa yang engkau membatalkannya dan mendustainya dan mereka tidak membayangkan di dalamnya melainkan apa yang Allah Taʿālā dan rasul-Nya maksudkan. Tidak mereka menyeru pada anggota atau tubuh sepertimana yang engkau reka terhadap mereka, tetapi engkau bersungguh dalam mencemuh mereka dengan dusta supaya menjadi yang paling laku dalam penyesatan engkau di sisi orang yang jahil". [m/s 135].

Ingat lagi kata-kata al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy yang menisbahkan beliau berlebih-lebihan dalam isbat? Jika dtanya saya secara peribadi, sememangnya ada. Namun, ia tidaklah sampai kepada tuduhan tajsim. Jika kita baca penerangan al-Ḥāfiẓ Ibn ʿAbdil Barr dalam at-Tamhīd yang berkaitan dengan sifat Allah, sebenarnya tidak jauh berbeza. Cuma, penggunaan ungkapan al-Ḥāfiẓ Ibn ʿAbdil Barr lebih ringan sedikit berbanding beliau.

Keempat : Beliau Juga Melakukan Takwil

Walaupun hampir keseluruhan naṣ-naṣ yang menjadi pertikaian dipertahankan daripada takwil, tetapi ada tempat juga beliau sendiri melakukan takwil. Maksudnya, bukanlah pintu takwil ini tertutup rapi sehingga tidak dimungkin adanya takwil. Jika ada petunjuk yang membolehkan ia difahami dengan makna selain makna zahir, maka ia boleh ditakwilkan. Pun begitu, tidak banyak takwil yang dilakukan kerana beliau bukan orang yang bersikap luas terhadap takwil. Beliau bersikap sedemikian kerana atas dasar ilmu bahasanya dan pemahamannya dengan manhaj salaf.

Sebab itu saya menyarankan aliran al-Ašhʿariyy untuk membaca kitab ini. Kita melihat bagaimana syarat-syarat yang sangat ketat perlu dilepasi supaya adanya ruang takwil baginya. Persembahan beliau adlah melalui kemahiran ilmu bahasa beliau dan keteguhannya dengan nukilan salaf dalam mebicarakan naṣ yang yang berkaitan dengan sifat Allah. Pembacaan karya ini dapat memberikan kita kesedaran betapa bukan mudahnya untuk melakukan takwil.

Dalam kitab ini, hanya tiga tempat secara jelas yang beliau lakukan takwil. Yang pertama, hadis tentang Allah memperlihatkan diri-Nya untuk menguji manusia di akhirat sama ada mereka benar-benar kenal Allah yang disembah ataupun tidak. Daripada Abū Huroyroh RA :

أَنَّ نَاسًا قَالُوا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، هَلْ نَرَى رَبَّنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هَلْ تُضَارُّونَ فِي رُؤْيَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ؟ قَالُوا : لَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : هَلْ تُضَارُّونَ فِي الشَّمْسِ لَيْسَ دُونَهَا سَحَابٌ ؟ قَالُوا : لَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : فَإِنَّكُمْ تَرَوْنَهُ ، كَذَلِكَ يَجْمَعُ اللَّهُ النَّاسَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَقُولُ : مَنْ كَانَ يَعْبُدُ شَيْئًا فَلْيَتَّبِعْهُ ، فَيَتَّبِعُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الشَّمْسَ الشَّمْسَ ، وَيَتَّبِعُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الْقَمَرَ الْقَمَرَ ، وَيَتَّبِعُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الطَّوَاغِيتَ الطَّوَاغِيتَ ، وَتَبْقَى هَذِهِ الْأُمَّةُ فِيهَا مُنَافِقُوهَا ، فَيَأْتِيهِمُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي صُورَةٍ غَيْرِ صُورَتِهِ الَّتِي يَعْرِفُونَ ، فَيَقُولُ : أَنَا رَبُّكُمْ ، فَيَقُولُونَ : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ ، هَذَا مَكَانُنَا حَتَّى يَأْتِيَنَا رَبُّنَا ، فَإِذَا جَاءَ رَبُّنَا عَرَفْنَاهُ ، فَيَأْتِيهِمُ اللَّهُ تَعَالَى فِي صُورَتِهِ الَّتِي يَعْرِفُونَ ، فَيَقُولُ : أَنَا رَبُّكُمْ ، فَيَقُولُونَ : أَنْتَ رَبُّنَا فَيَتَّبِعُونَهُ

Orang ramai berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, adakah kami melihat tuhan kami pada hari kiamat?". Rasulullah SAW berkata: "Adakah kalian terbeban dalam melihat bulan pada malam purnama?". Mereka berkata: "Tidak wahai Rasulullah". Baginda berkata: "Adakah kalian terbeban melihat matahari yang tidak ada awan di bawahnya?". Mereka berkata: "Tidak wahai Rasulullah". Baginda berkata: Sesungguhnya kalian akan melihatnya. Seperti itulah Allah mengumpulkan manusia pada hari kiamat, lalu Dia berfirman: "Sesiapa yang dahulu menyembah sesuatu, maka ikutilah ia. Sesiapa yang dahulu menyembah matahari, maka ikutilah matahari. Sesiapa yang dahulu menyembah bulan, maka ikutilah bulan. Mereka yang dahulu menyembah ṭōġhūt, maka ikutilah ṭōghūt". Yang berbaki dalam umat ini adalah golongan munafik. Lalu, Allah Tabāroka Wa Taʿālā pun datang kepada mereka dalam suatu bentuk yang bukan bentuk-Nya yang bukan mereka kenali. Lalu, Dia berfirman: "Aku tuhanmu". Mereka berkata: "Kami berlindung kepada Allah daripada engkau. Ini adalah tempat kami sehinggalah datangnya tuhan kami yang kami kenal". Lalu, Allah pun datang kepada mereka dengan bentuk-Nya yang mereka kenal, lalu Dia berfirman: "Aku tuhanmu". Mereka berkata: "Engkau tuhan kami", lalu mereka pun mengikutinya. [Ṣoḥīḥ Muslim].

Beliau berkata tentang teks yang menunjukkan perubahan bentuk Allah ini ketika membantah al-Marīsiyy :

وَيْلَكَ! إِنَّ اللهَ لَا تَتَغَيَّرُ صُورَتُهُ وَلَا تَتَبَدَّلُ، وَلَكِنْ يُمَثَّلُ فِي أَعْيُنِهِمْ يَوْمَئِذٍ، أَوَلَمْ تَقْرَأْ كِتَابَ اللهِ: {وَإِذْ يُرِيكُمُوهُمْ إِذِ الْتَقَيْتُمْ فِي أَعْيُنِكُمْ قَلِيلًا وَيُقَلِّلُكُمْ فِي أَعْيُنِهِمْ لِيَقْضِيَ اللَّهُ أَمْرًا كَانَ مَفْعُولًا} [الأنفال: 44]. وَهُوَ الفَعَّالُ لِمَا يَشَاءُ، كَمَا مَثَّلَ جِبْرِيلَ ء عليه السلام ء مَعَ عِظَمِ صُورَتِهِ وَجَلَالَةِ خَلْقِهِ فِي عَيْنِ رَسُولِ الله ء صلى الله عليه وسلم ء صُورَةَ دِحْيَةَ الكَلْبِيِّ، وَكَمَا مَثَّلَهُ لِمَرْيَم بَشَرًا سَوِيًّا، وَهُوَ مَلَكٌ كَرِيمٌ فِي صُورَةِ المَلَائِكَةِ، وَكَمَا شَبَّهَ فِي أَعْيُنِ اليَهُودِ أَنْ قَالُوا: {إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ} [النساء: 157] فَقَالَ: {وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ} [النساء: 157]

"Celaka engkau! Sesungguhnya Allah tidak berubah bentuk-Nya dan tidak menggantikannya, tetapi Dia memisalkannya pada mata-mata mereka pada hari itu. Adakah engkau tidak membaca kitab Allah: {Ingatlah! Ketikamana Dia memperlihatkan kalian kepada mereka ketikamana kalian bertembung dalam keadaan sedikit menurut pandangan mata kalian dan Dia menyedikitkan kalian pada pandangan mata mereka supaya Allah menetapkan suatu urusan yang dilaksanakan}? [Surah aal-Anfāl ayat 44]. Dia Maha Pelaku terhadap apa yang Dia kehendaki. Sepertimana jua diserupakan Jibrīl AS meski besarnya bentuknya dan mega ciptaan-Nya pada mata Rasulullah SAW dengan rupa Diḥyah al-Kalbiyy, sepertimana Dia menyerupakannya seorang lelaki yang serupa saiz dengan Maryam, sedangkan dia adalah malaikat yang mulia dalam bentuk malaikat dan sepertimana Dia menyerupakan pada mata-mata Yahudi. Mereka berkata: {Sesungguhnya kami membunuh al-Masīḥ} [Surah an-Nisāʾ ayat 157], lalu Dia berfirman: {Tidaklah mereka membunuhnya dan tidak mereka menyalibnya, tetapi diserupakan untuk mereka} [Surah an-Nisāʾ ayat 157]". [m/s 141-142].

Yang kedua, hadis tentang Hajarul Aswad adalah tangan kanan Allah di bumi. Katanya :

وَرَوَى المُعَارِضُ أَيْضًا عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: «الرُّكْنُ يَمِينُ الله فِي الأَرْضِ، يُصَافِحُ بِهِ خَلْقَهَ»، فَرَوَى عَنْ هَذَا الثَّلْجِيِّ مِنْ غَيْرِ سَماع مِنْهُ أَنه قَالَ: يَمِينُ الله: نِعْمَتُهُ وَبَرَكَتُهُ وَكَرَامَتُهُ، لَا يَمِينُ الأَيْدِي. فيُقال لِهَذَا الثَّلْجِيِّ ألَّذِي يُرِيدُ أَنْ يَنْفِيَ عَن الله بِهَذِهِ الضَّلَالَاتِ يَدَيْهِ اللَّتَيْنِ خَلَقَ بِهِمَا آدَمَ. وَيْلَكَ أَيُّهَا الثَّلْجِيُّ! إِنَّ تَفْسِيرَهُ عَلَى خِلَافِ مَا ذَهَبْتَ إِلَيْهِ، وَقَدْ عَلِمْنَا يَقِينًا أَنَّ الحَجَرَ الأَسْوَدَ لَيْسَ بِيَدِ الله نَفْسِهِ، وَأَنَّ يَمِينَ الله مَعَهُ عَلَى العَرْشِ غَيْرُ بَائِنٍ مِنْهُ، وَلَكِنْ تَأْوِيلهُ عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ: كَأَنَّ الَّذِي يُصَافِحُ الحَجَرَ الأَسْوَدَ وَيَسْتَلِمُهُ كَأَنَّمَا يُصَافِحُ الله، كَقَوْلِهِ تَعَالَى: {إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ} [الفتح: 10]. فَثَبَتَ لَهُ اليَدُ الَّتِي هِيَ اليَدُ عِنْدَ ذِكْرِ المُبَايَعَةِ، إِذْ سَمَّى اليَدَ مَعَ اليَدِ، وَاليَدُ مَعَهُ عَلَى العَرْشِ، وَكَقَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الصَّدَقَةَ تَقَعُ فِي يَدِ الرَّحْمَنِ قَبْلَ يَدِ السَّائِلِ». فَثَبَتَ بِهَذَا اليَدَ الَّتِي هِيَ اليَدُ، وَإِنْ لَمْ يَضَعْهَا المُتَصَدِّقُ فِي نفس يَدِ اللهِ. وَكَذَلك تَأْوِيلُ الحَجَرِ الأَسْوَدِ، إِنَّمَا هُوَ إِكْرَامٌ لِلْحَجَرِ الأَسْوَدِ، وَتَعْظِيمٌ لَهُ وتَثْبِيتٌ لِيَدِ الرَّحْمَن وَيَمِينِهِ، لَا النِّعْمَةُ كَمَا ادَّعى الثَّلْجِيُّ الجَاهِلُ فِي تَأْوِيلِهِ، وَكَمَا يَقْدِرُ أَنْ يَكُونَ مَعَ كُلِّ صَاحِبِ نَجْوَى مِنْ فَوْقِ عَرْشِهِ، كَذَلِكَ يَقْدِرُ أَنْ تَكُونَ يَدُهُ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ مِنْ فَوْقِ عَرْشِهِ.

Penyangkal ini juga meriwayatkan daripada Ibn ʿAbbās: "Hajarul Aswad adalah tangan kanan Allah di bumi yang Dia bersalaman dengan makhluk-Nya melaluinya". Dia meriwayatkan daripada aṯs-Ṯsaljiyy tanpa mendengar daripadanya bahawasanya dia berkata: "Yamīn Allah adalah nikmat-Nya, berkat-Nya dan kemuiaan-Nya, bukannya yang kanan pada tangan". Dikatakan kepada aṯ-Ṯsaljiyy ini yang dia berkehendak untuk menafikan dua tangan-Nya yang Dia menciptakan Adam dengannya daripada Allah melalui kesesatan-kesesatan ini: Celaka engkau wahai aṯs-Ṯsaljiyy! Sesungguhnya tafsirnya menyalahi apa yang dia berpendapat padanya. Kami sudah pun tahu secara yakin bahawa Hajarul Aswad bukan tangan Allah itu sendiri dan bahawasanya tangan Allah itu bersama-Nya di atas Arasy tanpa terpisah daripadanya. Akan tetapi, takwilnya di sisi ahli ilmu adalah bahawa seakan-akan orang yang bersalam dengan Hajarul Aswad dan memberi salam kepadanya seperti dia bersalaman dengan Allah sepertimana firman-Nya Taʿālā: {Sesungguhnya mereka yang berbaiah dengan engkau, sebenarnya mereka berbaiah dengan Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka} [Surah al-Fatḥ ayat 10]. Sabitnya al-Yadd bagi-Nya yang ia adalah tangan menurut penyebutan baiah memandangkan Dia menamakan tangan bersama tangan dalam keadaan tangan itu bersamanya atas Arasy.

Dan juga seperti sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya sedekah itu meletak di tangan Yang Maha Pengasih sebelum tangan peminta". Sabitnya pada al-Yadd ini yang ia adalah tangan walaupun orang yang bersedekah itu tidak meletakkannya di tangan itu Allah itu sendiri. Seperti itu takwil Hajarul Aswad. Sebenarnya ia adalah memuliakan Hajarul Aswad, mengagungkannya dan menetapkan tangan kanan yang Maha Pengasih dan tangan kanan-Nya, bukannya nikmat sepertimana dakwaan aṯ-Ṯsaljiyy yang jahil dalam takwilnya. Sepertimana Dia mampu bersama setiap orang yang berbisik dari atas Arasy, seperti itu jua Dia mampu untuk tangan-Nya berada di atas tangan mereka di atas Arasy. [m/s 366].

Ketiga, hadis tentang "Dua tangan-Nya adalah yang kanan". Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ ، عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ ، الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا

"Sesungguhnya orang yang saksama di sisi Allah berada di atas mimbar-mimbar daripada nur darpada tangan kanan Yang Maha Pengasih ʿAzza Wa Jalla, sedangkan dua tangan-Nya adalah yang kanan. Mereka adalah yang bersikap adil dalam penghukumnnya, keluarganya dan pemerintahan mereka. [Ṣoḥīḥ Muslim].

Katanya ketika membantah aṯs-Ṯsaljiyy:

فَادَّعَى الثَّلْجِيُّ أَنَّ النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم - تَأَوَّلَ كِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ أَنَّهُ خَرَجَ مِنْ تَأْوِيلِ الغُلُولِيِّينَ أَنَّهَا يَمِينُ الأَيْدِي، وَخَرَجَ مِنْ مَعْنَى اليَدَيْنِ إِلَى النِّعَمِ يَعْنِي بِالغُلُولِيِّينَ: أَهْلَ السُّنَّةِ، يَعْنِي أَنَّهُ لَا يَكُونُ لِأَحَدٍ يَمِينَانِ، وَلَا يُوصَفُ أَحَدٌ بِيَمِينَيْنِ، وَلَكِنْ يَمِينٌ وَشِمَالٌ بَزَعْمِهِ. قَالَ أَبُو سَعِيدٍ: وَيْلَكَ أَيُّهَا المُعَارِضُ! إِنَّمَا عَنَى رَسُولُ الله - صلى الله عليه وسلم - بِاليَدَيْنِ مَا قَد أُطْلِقَ عَلَى التِي في مُقَابَلَة اليَمِينِ بِالشِّمَال، ولَكِنْ تَأْويلَه وكِلْتَا يَدَيْه يَمِين: أَي مُنَزَّه عَن الضَّعْف كَما في أَيْدِينَا الشِّمَال مِنَ النَّقْص، وعَدَمِ البَطْش فَقَالَ: «كِلْتَا يَدَيِ الرَّحْمَنِ يَمِينٌ» إِجْلَالًا لله وَتَعْظِيمًا أَنْ يُوصَفَ بِالشِّمَالِ،

Aṯs-Ṯsaljiyy mendakwa bahawa bahawasanya sabda Nabi SAW menerangkan "Dua tangan-Nya adalah yang kanan" bahawasanya ia keluar dari takwil al-Ġhulūliyyīn bahawasanya ia adalah bahagian kanan pada anggota tangan dan ia keluar daripada makna dua tangan kepada nikmat. Dia maksudkan pada al-Ġhulūliyyīn adalah ahli sunnah. Dia maksudkan bahawa bukanlah dua tangan kanan itu pada satu daripada dua kanan dan tidak disifatkan salah satu daripada dua kanan, tetapi kanan dan kiri melalui dakwaannya. Berkata Abū Saʿīd: Celaka engkau wahai penyangkal! Sebenarnya Rasulullah SAW maksudkan "dua tangan" yang telah pun ditetapkan atas yang berlawanan kanan dengan kiri. Akan tetapi, takwilnya "Kedua-dua tangan-Nya adalah kanan", iaitu menyucikan daripada kelemahan sepertimana pada tangan-tangan kita yang kiri yang berupa kekurangan dan ketiadaan kegagahan. Baginda bersabda: "Dua tangan Yang Maha Pengasih adalah kanan" kerana membesarkan Allah dan mengagungkan-Nya kerana disifatkan dengan kiri. [m/s 327].

Kontroversi al-Imām ad-Dārimiyy

Para pelampau ini juga mengemukakan sebab mengapa mereka menuduh al-Imām ad-Dārimiyy yang tidak baik terhadapnya yang tidak pernah didahuluinya selama 900 tahun selepas kewafatannya, baik daripada al-Ašhʿariyy atau yang lain. Walaupun tampak berasas, tetapi sebenarnya itu adalah salah faham mereka atau ketidakmapanan mereka dalam memahami manhaj salaf yang sebenarnya.

Cuma, di sini saya tidak ingin menjawab satu-persatu tuduhan yang dilemparkan oleh mereka yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana sarjana sebelum mereka. Sebab kalau mahu dikira kontroversi, boleh dikatakan hampir keseluruhan kandungan kitab ini boleh menjadi kontroversi buat mereka yang tidak memahami manhaj salaf. Malah, rasanya boleh membuat judul khas untuk Ḥāšhiyah atau at-Taʿlīq untuk kitab ini jika ingin menerangkan kepada orang yang masih kabur dengan manhaj salaf.

Saya sekadar memaparkan sahaja dan tidak mahu membahaskannya secara mendalam kecuali jika saya menginginkannya. Lebih utama, seseorang perlu membaca terlebih dahulu karya beliau yang ini serta membaca juga penjelasan Ibn ʿAbdil Barr dalam at-Tamhīd tentang isu naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah kerana penjelasan mereka berdua saling berkaitan serta biasakan dengan kalam salaf seperti membaca karya mereka yang ada kaitan dengan penolakan terhadap Jahmiyyah seperti ar-Rodd ʿAlā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya al-Imām Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya ʿAbdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-Kẖollāl, Kẖolq Afʿāl al-ʿIbād karya al-Imām al-Bukẖōriyy dan al-Ikẖtilāf Fī al-Lafẓ Wa ar-Rodd ʿAlā al-Jahmiyyah Wa al-Mušhabbihah karya Ibn Qutaybah. Jika tidak, sukar untuk merapatkan jurang kefahaman antara capaian kita dengan pemahaman al-Imām ad-Dārimiyy.

Sekali lagi saya ingatkan bahawa kontroversi yang saya paparkan ini bukan ingin menatijahkan penghukuman mujassim sepertimana pelampau celaka lakukan. Saya ingin mengajak pembaca sekalian supaya merenungkan semula sejauh mana ketepatan kita dalam memahami manhaj salaf yang sebenarnya. Jika sukar untuk menghadamnya, boleh jadi kita belum tahqiq dalam kefahaman terhadap manhaj salaf. Saya hanya paparkan teks yang menjadi kemusykilan dan kekalutan mereka yang membaca karya ini, kemudian kita membuat renungan.

Kontroversi Pertama : Sepakat Kalangan Muslim Bahawa Allah Itu Dilingkungi Had?

Kata beliau :

وَقَدِ اتَّفَقَتِ الْكَلِمَةُ مِنَ الْمُسْلِمِينَ وَالْكَافِرِينَ أَنَّ اللَّهَ فِي السَّمَاءِ، وَحَدُّوهُ بِذَلِكَ إِلَّا الْمَرِيسِيَّ الضَّالَّ وَأَصْحَابَهُ

"Telah pun sepakat ketetapan daripada para Muslimin dan kafir bahawasanya Allah di langit dan mereka meletakkan had-Nya di situ kecuali al-Marīsiyy yang sesat dan sahabat-sahabatnya". [m/s 78].

Beliau tidak bersendiri dalam hal ini. Kenyataan yang sama, iaitu isbat had bagi Allah juga pernah disebutkan oleh Ibn al-Mubārok:

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ الصَّبَّاحِ الْبَزَّارُ الْبَغْدَادِيُّ، ثنا عَلِيُّ بْنُ الْحَسَنِ بْنِ شَقِيقٍ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ، أَنَّهُ سُئِلَ: بِمَ نَعْرِفُ رَبَّنَا؟ قَالَ: «بِأَنَّهُ فَوْقَ الْعَرْشِ، فَوْقَ السَّمَاءِ السَّابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ، بَائِنٌ مِنْ خَلْقِهِ» قَالَ: قُلْتُ: بِحَدٍّ؟ قَالَ: «فَبِأَيِّ شَيْءٍ؟» قَالَ أَبُو سَعِيدٍ رَحِمَهُ اللَّهُ: وَالْحُجَّةُ لِقَوْلِ ابْنِ الْمُبَارَكِ رَحِمَهُ اللَّهُ قَوْلُ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: {وَتَرَى الْمَلَائِكَةَ حَافِّينَ مِنْ حَوْلِ الْعَرْشِ} [الزمر: 75] . فَلِمَاذَا يَحُفُّونَ حَوْلَ الْعَرْشِ إِلَّا لِأَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فَوْقَهُ، وَلَوْ كَانَ فِي كُلِّ مَكَانٍ لَحَفُّوا بِالْأَمْكِنَةِ كُلِّهَا، لَا بِالْعَرْشِ دُونَهَا، فَفِي هَذَا بَيَانٌ بَيِّنٌ لِلْحَدِّ، وَأَنَّ اللَّهَ فَوْقَ الْعَرْشِ، وَالْمَلَائِكَةَ حَوْلَهُ حَافُّونَ يُسَبِّحُونَهُ وَيُقَدِّسُونَهُ، وَيَحْمِلُ عَرْشَهُ بَعْضُهُمْ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: {الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ، وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ} [غافر: 7] .

Al-Ḥasan bin aṣ-Ṣobbāḥ al-Bazzār al-Baġhdādiyy telah bercerita kepada kami: ʿAliyy bin al-Ḥasan bin Šhaqīq telah bercerita kepada kepada kami, daripada Ibn al-Mubārok, bahawasanya dia ditanya: "Melalui apa kita mengenali tuhan kita?". Dia berkata: "Melalui bahawasanya Dia di atas Arasy, di atas langit yang tujuh lapisan lagi terpisah daripada ciptaan-Nya". Dia berkata; Aku berkata: "Melalui had?". Dia berkata: "Melalui apa lagi?". Berkata Abū Saʿīd -roḥimahullah-: "Hujah adalah pada pendapat Ibn al-Mubārok roḥimahullah. Firman Allah Tabāroka Wa Taʿālā: {Engkau melihat para malaikat melingkari sekeliling Arasy} [Surah az-Zumar ayat 75]. Bagaimana mereka melingkari sekeliling Arasy melainkan kerana Allah ʿAzza Wa Jalla di atasnya? Kalaulah Dia berada di setiap tempat, pasti mereka melingkari di setiap tempat secara keseluruhannya, bukan di bawah Arasy. Pada ini, terdapat keterangan yang jelas tentang had. Sesungguhnya Allah di atas Arasy dan malaikat melingkari sekelilingnya bertasbih dan menyucikannya serta sebahagian mereka menanggung Arasy-Nya. Allah Taʿālā berfirman: {Mereka yang memikul Arasy dan yang bertasbih dengan memuji tuhan mereka di sekelilingnya} [Surah Ġhōfir ayat 7]". [Ar-Rodd ʿAlā al-Jahmiyyah, m/s 98]

Kontroversi Kedua : Allah Itu Bergerak?

Kata beliau :

وَأَمَّا دَعْوَاكَ: أَنَّ تَفْسِيرَ "الْقَيُّومِ" الَّذِي لَا يَزُولُ مِنْ مَكَانِهِ وَلَا يَتَحَرَّكُ، فَلَا يُقْبَلُ مِنْكَ هَذَا التَّفْسِيرُ إِلَّا بِأَثَرٍ صَحِيحٍ، مَأْثُورٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَوْ عَنْ بَعْضِ أَصْحَابِهِ أَوِ التَّابِعِينَ؛ لِأَنَّ الْحَيَّ الْقَيُّومَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ وَيَتَحَرَّكُ إِذَا شَاءَ، ويهبط ويرتفع إِذا شَاءَ، وينقبض وَيَبْسُطُ وَيَقُومُ وَيَجْلِسُ إِذَا شَاءَ؛ لِأَنَّ أَمَارَةُ مَا بَيْنَ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ التَّحَرُّكَ. كُلُّ حَيٍّ مُتَحَرِّكٌ لَا مَحَالَةَ. وَكُلُّ مَيِّتٍ غَيْرُ مُتَحَرِّكٍ لَا مَحَالَةَ.

"Adapun, dakwaan engkau bahawa tafsir al-Qoyyum adalah yang tidak berganjak dari tempatnya dan tidak bergerak, maka tidak diterima tafsir ini daripada engkau melainkan melalui aṯar yang sahih lagi diriwayatkan daripada Rasulullah SAW atau sebahagian sahabatnya atau tabiin kerana Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri berbuat apa yang Dia kehendaki, bergerak apabila Dia kehendaki, turun dan naik apabila Dia kehendaki, menggenggam, membentang, berdiri dan duduk apabila Dia kehendaki. Ini kerana indikasi pada antara yang hidup dan mati adalah pergerakan. Setiap yang hidup bergerak yang tanpa sangsi lagi. Setiap yang mati tidak bergerak yang tanpa sangsi lagi". [m/s 71].

Kata beliau lagi :

وَلَوْ قَدْ صَحَّتْ رِوَايَتُكَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ: "الْقَيُّومُ: الَّذِي لَا يَزُول" نستنكره وَكَانَ مَعْنَاهُ مَفْهُوم وَاضِحًا عِنْدَ الْعُلَمَاءِ، وَعِنْدَ أَهْلِ الْبَصَر بِالْعَرَبِيَّةِ أَنه مَعْنَى "لَا يَزُولُ" لَا يَفْنَى وَلَا يَبِيدُ، لَا أَنَّهُ لَا يَتَحَرَّكُ وَلَا يَزُولُ مِنْ مَكَانٍ إِلَى مَكَانٍ، إِذَا شَاءَ، كَمَا كَانَ يُقَالُ لِلشَّيْءِ الْفَانِي: هُوَ زَائِلٌ، كَمَا قَالَ لَبِيدُ بْنُ ربيعَة:

أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللَّهَ بَاطِلٌ # وَكُلُّ نَعِيمٍ لَا محَالة زائل

يَعْنِي فان، لَا أَنَّهُ مُتَحَرِّكٌ، فَإِنَّ أَمَارَةَ مَا بَيْنَ الْحَيِّ، وَالْمَيِّتِ التَّحَرُّكُ، وَمَا لَا يَتَحَرَّكُ فَهُوَ مَيِّتٌ، لَا يُوصَفُ بِحَيَاةٍ، كَمَا وَصَفَ اللَّهُ تَعَالَى الْأَصْنَامَ الْمَيِّتَةَ فَقَالَ: {وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَا يَخْلُقُونَ شَيْئاً وَهُمْ يُخْلَقُونَ، أَمْوَاتٌ غَيْرُ أَحْيَاءٍ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ} ، فَالله الْحَيّ الْقَيُّومُ الْقَابِضُ الْبَاسِطُ، يَتَحَرَّكُ إِذَا شَاءَ وَيَفْعَلُ مَا يَشَاءُ، بِخِلَافِ الْأَصْنَامِ الْمَيِّتَةِ الَّتِي لَا تَزُولُ حَتَّى تُزَالَ.

Kalaulah sahih riwayatmu daripada Ibn ʿAbbās bahawasanya dia berkata: "Al-Qoyyūm adalah yang Lā Yazūlu", kami meminta kefahaman padanya. Maknanya difahami secara jelas di sisi ulama dan sisi ahli yang celik dengan bahasa Arab bahawa makna "Lā Yazūlu" adalah tidak binasa dan tidak sirna, bukannya Dia tidak bergerak atau tidak beranjak dari suatu tempat ke tempat yang lain apabila Dia kehendaki sepertimana dikatakan sesuatu yang binasa: "Ia adalah Zāʾil". Sepertimana kata Lubayd bin Robī*ah:

"Ingatlah! Setiap sesuatu selain Allah adalah batil # Setiap keselesaan adalah zāʾil tanpa sangsi".

Maksudnya binasa. Bukannya Dia tidak bergerak. Ini kerana indikasi antara yang hidup dan yang mati adalah pergerakan. Apa yang tidak bergerak, maka ia mati. Tidak disifatkan kepada yang hidup sepertimana Allah Ta*ālā menyifatkan berhala sebagai yang mati. Firman-Nya: {Mereka yang berdoa selain Allah tidaklah menciptakan sesuatu, tetapi mereka diciptakan dan mati yang bukan hidup serta tidak menyedari semenjak bila ia dibangkitkan}. Maka Allah adalah Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri, Yang Maha Menyempitkan dan Yang Maha Membentangkan. Bergerak apabila Dia kehendaki dan berbuat dengan apa yang Dia kehendaki. Berbeza dengan berhala yang mati yang tidak beranjak sehingga dianjakkan. [m/s 126].

Kontroversi Ketiga : Kalau Allah Kehendaki, Allah Menetap Di Belakang Nyamuk?

Beliau berkata :

وَلَوْ قَدْ شَاءَ لَاسْتَقَرَّ عَلَى ظَهْرِ بَعُوضَةٍ فَاسْتَقَلَّتْ بِهِ بِقُدْرَتِهِ وَلُطْفِ رُبُوبِيَّتِهِ، فَكَيْفَ عَلَى عَرْشٍ عَظِيمٍ أَكْبَرَ مِنَ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَالْأَرَضِينَ السَّبْعِ

"Kalau Dia begitu berkehendak, pasti Dia menetap atas belakang nyamuk, lalu bersendiri dengannya dengan kemampuan-Nya dan kehalusan ketuhanannya. Bagaimana pula atas Arasy yang besar yang lebih besar daripada langit yang tujuh lapisan dan bumi yang tujuh lapisan?". [m/s 173].

Sebenarnya, kita perlu melihat konteks bicaranya. Dalam penjelasan sebelumnya, ketika disebut Allah beristawā di atas Arasy, ada orang bertanya dengan mengejek bahawa sama ada Arasy yang lebih besar daripada Allah. Lalu, mereka sendiri berkata kalau Allah itu Maha Besar, maka Dia lebih besar daripada Arasy. Kalau Arasy lebih kecil, maka Allah tidak disebutkan Dia Maha Besar.

Sesungguhnya tidak ada daripada mana-mana salaf pun berfahaman sedemikian apabila menegaskan Allah beristawā di atas Arasy. Semuanya sepakat bahawa Dia terpisah daripada makhluk-Nya. Maknanya, tidak ada kaitan keberadaan Allah di atas Arasy sepertimana jisim dalam jisim di atas jisim. Bagaimana mungkin boleh ditanyakan sedemikian? Ini adalah ejekan dari orang yang tidak faham penyebutan ahli ilmu.

Namun, al-Imām ad-Dārimiyy buat kelainan dalam menepis ejekan itu. Lalu, beliau pun berkata sedemikian. Maksudnya, kalaulah Allah itu dalam lingkungan makhluk sepertimana yang disalahfahami oleh para pengejek, maka tidak semestinya hanya terpuruk pada Arasy, tetapi boleh juga di atas nyamuk jika itu yang Dia kehendaki. Tujuannya untuk mengatakan apabila disebutkan Allah Maha Besar, tidak ada kena mengena dengan saiz pun. Dan apabila disebutkan Dia di atas Arasy, tidak ada kena mengena pun dengan saiz. Kalau Dia menetap di atas nyamuk sekali pun, tetapi tidak hilang sifat Maha Besar bagi diri-Nya. Inilah yang beliau maksudkan.

Kontroversi Keempat : Arasy Mengangkat Allah?

Katanya :

وَكَيْفَ يُنْكَرُ أَيُّهَا النفاج أَن عَرْشه يقلهُ

"Bagaimana mungkin diingkari wahai sang berlagak bahawasanya Arasy-Nya mengangkat-Nya?". [m/s 173].

Kontroversi Kelima : Orang Yang Berada Di Puncak Bukit Lebih Dekat Dengan Allah Berbanding Mereka Di Kaki Bukit?

Kata beliau dan kata-kata beliau ini diambil sokongannya daripada Ibn al-Mubārok :

ثُمَّ أَكَّدَ الْمُعَارِضُ دَعْوَاهُ فِي أَنَّ اللَّهَ فِي كُلِّ مَكَانٍ بِقِيَاسٍ ضَلَّ بِهِ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيل. فَقَالَ: أَلا ترى أَن مَنْ صَعَدَ الْجَبَلَ لَا يُقَالُ لَهُ: إِنَّهُ أَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ؟ فَيُقَالُ لِهَذَا الْمُعَارِضِ الْمُدَّعِي مَا لَا عِلْمَ لَهُ: مَنْ أَنْبَأَكَ أَنَّ رَأْسَ الْجَبَلِ لَيْسَ بِأَقْرَبَ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنْ أَسْفَلِهِ؟؛ لِأَنَّهُ مَنْ آمَنَ بِأَنَّ اللَّهَ فَوْقَ عَرْشِهِ فَوْقَ سَمَوَاتِهِ عَلِمَ يَقِينًا أَنَّ رَأْسَ الْجَبَلِ أَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ مِنْ أَسْفَلِهِ، وَأَنَّ السَّمَاءَ السَّابِعَةَ أَقْرَبُ إِلَى عَرْشِ اللَّهِ تَعَالَى مِنَ السَّادِسَةِ، وَالسَّادِسَةَ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنَ الْخَامِسَةِ، ثُمَّ كَذَلِكَ إِلَى الْأَرْضِ. كَذَلِكَ رَوَى إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ أَنَّهُ قَالَ: "رَأْسُ الْمَنَارَةِ أَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ مِنْ أَسْفَلِهِ وَصَدَقَ ابْنُ الْمُبَارَكِ؛ لِأَنَّ كُلَّ مَا كَانَ إِلَى السَّمَاءِ أَقْرَبُ كَانَ إِلَى اللَّهِ أَقْرَبَ. وَقُرْبُ اللَّهِ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ أَقْصَاهُم وأدناهم وَاحِد لَا يَبْعُدُ عَنْهُ شَيْءٌ مِنْ خَلْقِهِ. وَبَعْضُ الْخَلْقِ أَقْرَبُ مِنْ بَعْضٍ عَلَى نَحْوِ مَا فَسَّرْنَا مِنْ أَمْرِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، وَكَذَلِكَ قُرْبُ الْمَلَائِكَةِ مِنَ اللَّهِ، فَحَمَلَةُ الْعَرْشِ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيعِ الْمَلَائِكَةِ الَّذِينَ فِي السَّمَوَاتِ، وَالْعَرْشُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنَ السَّمَاءِ السَّابِعَةِ، وَقُرْبُ اللَّهِ إِلَى جَمِيعِ ذَلِكَ وَاحِدٌ هَذَا مَعْقُولٌ مَفْهُومٌ إِلَّا عِنْدَ مَنْ لَا يُؤْمِنُ أَنَّ فَوْقَ الْعَرْشِ إِلَهًا وَلِذَلِكَ سَمَّى الْمَلَائِكَةَ الْمُقَرَّبِينَ وَقَالَ: {إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ}، فَلَوْ كَانَ اللَّهُ فِي الْأَرْضِ كَمَا ادعيت الْجَهْمِيَّةُ مَا كَانَ لِقَوْلِهِ: {الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ} مَعْنًى، إِذْ كُلُّ الْخَلْقِ عِنْدَهُ وَمَعَهُ فِي الْأَرْضِ بِمَنْزِلَةٍ وَاحِدَةٍ، مُؤْمِنُهُمْ وَكَافِرُهُمْ، وَمُطِيعُهُمْ وَعَاصِيهِمْ وَأَكْثَرُ أَهْلِ الْأَرْضِ مَنْ لَا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَا يَسْجُدُ لَهُ. وَلَوْ كَانَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَمَعَ كل أحد لَمْ يَكُنْ لِهَذِهِ الْآيَةِ مَعْنًى؛ لِأَنَّ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ لَا يُؤْمِنُ بِهِ وَلَا يَسْجُدُ لَهُ وَيَسْتَكْبِرُ عَنْ عِبَادَتِهِ فَأَيُّ منقبة إِذا فِيهِ لِلْمَلَائِكَةِ إِذْ كُلُّ الْخَلْقِ عِنْدَ الْجَهْمِيَّةِ فِي مَعْنَاهُمْ فِي تَفْسِيرِ هَذِهِ الْآيَةِ.

Kemudian, si penyangkal ini menegaskan dakwaannya pada Allah di setiap tempat dengan qiyas yang terpesong dari jalan yang lurus disebabkannya. Lalu, dia berkata: "Adakah engkau engkau melihat orang yang mendaki bukit tidak dikatakan kepadanya bahawa dia lebih dekat kepada Allah?". Dikatakan kepada penyangkal ini yang mendakwa sesuatu yang tidak ada ilmu terhadapnya: Siapakah yang mengkhabarkan puncak bukit tidak lebih dekat kepada Allah Taʿālā berbanding di bawahnya? Ini kerana dia beriman dengan Allah di atas Arasy-Nya di atas langit-langitNya. Dia mengetahui dengan yakin bahawa puncak bukit lebih dekat kepada Allah berbanding di bawahnya dan bahawasanya langit lapisan ketujuh lebih dekat kepada Arasy Allah Taʿālā berbanding lapisan keenam. Lapisan keenam lebih dekat kepada-Nya berbanding lapisan kelima. Kemudian, seperti itu ke bumi. Sedemikian Isḥāq bin Ibrōhīm al-Ḥanẓōliyy meriwayatkan daripada Ibn al-Mubārok, bahawasanya dia berkata: "Puncak menara lebih dekat kepada-Nya daripada di bawahnya". Benarlah Ibn al-Mubārok. Ini kerana setiap apa yang ke langit lebih dekat yang keberadaannya kepada Allah adalah paling dekat. Kedekatan Allah kepada segenap ciptaan-Nya; yang paling penjuru dan yang yang paling dekat dari kalangan mereka adalah sama yang tidak ada sesuatu yang jauh daripada-Nya. Sebahagian makhluk-Nya lebih dekat daripada sebahagian yang lain melalui sudut yang kami tafsirkan tentang keadaan langit-langit dan bumi. Sedemikian kedekatan para malaikat kepada Allah. Maka, yang menanggung Arasy lebih dekat kepada-Nya berbanding keseluruhan para malaikat di segenap langit. Arasy lebih dekat kepada-Nya berbanding langit lapisan ketujuh. Kedekatan Allah pada setiap itu adalah sama.

Ini boleh dimengerti lagi difahami melainkan menurut orang yang tidak beriman bahawasanya di atas Arasy ada tuhan. Kerana itu dinamakan malaikat al-Muqrrobūn (yang didekatkan). Dia berfirman: {Sesungguhnya yang di sisi tuhanmu tidak menyombongkan diri dari beribadah kepada-Nya, sentiasa bertasbih kepada-Nya dan sentiasa bersujud} [Surah al-Aʿrōf ayat 206]. Kalaulah Allah itu di bumi sepertimana Jahmiyyah dakwa, tidak ada makna pada firman-Nya Taʿālā: {Sesungguhnya yang di sisi tuhanmu} ketikamana yang di sisi-Nya dan yang bersama-Nya di bumi di tempat yang sama; orang yang beriman, orang yang kafir, orang yang taat dan orang yang derhaka. Yang terbanyak dari penduduk bumi adalah orang yang tidak bertasih dengna memuji-Nya dan tidak bersujud. Kalaulah Dia di setiap tempat, tidak ada makna untuk ayat ini kerana yang terbanyak penduduk di bumi adalah orang yang tidak beriman, tidak bersujud kepada-Nya dan sombong untuk beribadah kepada-Nya. Keluhuran yang manakah pada malaikat memandangkan setiap makhluk di sisi Jahmiyyah pada makna mereka dalam tafsir ayat ini? [m/s 193-194].

Cukuplah dengan apa yang nyatakan di sini. Saya tidak mahu memperpanjangkan lagi hal ini. Apapun, jika perlukan tahqiq untuk kefahaman salaf, dipersilakan menelaah karya para salaf yang soleh seperti yang telah dinyatakan tadi. Kemudian, bandingkan apa yang disebutkan al-Imām ad-Dārimiyy. Semoga itu merapatkan jurang kefahamannya.

No comments:

Post a Comment