Sunday, 29 November 2020

Adab Dalam Perbincangan Ilmu : Pastikan Bekalan Cukup


Aku ingat lagi dulu tahun lepas, apabila ada orang bising pasal hadis kucing Muezza tu tak sahih. Kita minta dia bawa bukti bahawa ia sahih, dia kata ada hadisnya. Tapi, apa yang dia buat adalah dia bawa kisah ulama. Bukannya hadis sepertimana dia dakwa ada. Bila kena tegur adanya beza antara hadis dengan kisah ulama, dia berdalih. Ringkasnya, katanya :

"Apa nak rumitkan lagi, kita tak jumpa nabi, kita masih ikut apa pewaris nabi buat.. contohilah pewaris nabi dari segi potongan jubah dan jahitan jubah dan pakai jubah, kita patut mencontohi ulama sebab hadis nabi kata ulama tu pewaris nabi?".

Sekarang ini, tak sangka rupanya kita lihat perangai seperti ini juga berlaku sekali lagi. Tak sia-sia aku sematkan peristiwa tahun lepas ini dalam ingatan. Alhamdulillah.

Antara adab dalam diskusi ilmu adalah bersedia dan berbekal. Pastikan lengkap dan cukup semua yang diperlukan. Jangan main lempar, lepas tu tengah-tengah dialog, nampak tak pernah buat ulangkaji atau semak terlebih dahulu. Membabi buta sebegitu. Ini jangan sembang adab lagi lah.

Pengajarannya adalah walau kau tak puas hati dikritik, pastikan sabit dulu rujukan. Jangan cakap bila belum pasti walaupun tahu ada atau tak ada akses untuk rujukan. Tahu ada, belum tentu pasti ada dan ingat di mana.

Kadang, kes orang yang nak membantah sebelum pasti ada dan tak ingat dimana, tengok lah apa jadi. Bila minta mana hadisnya, dia kata dia lupa kat mana dia tengok dan kat mana rujukan. Tapi, tu pun tak malu lagi melalak macam yakin sangat ia betul. Kalau terlupa di mana, pastikan bagi ingat dulu dan tahu di mana ambil rujukan. Jangan main lepas tembak je.

Bila tak ada akses, nanti bagi alasan outstation laa, kitab kat kampung laa.. macam-macam. Tak boleh bagi sekarang katanya. Tapi, selalunya diakhiri buat-buat lupa. Apa benda sebenarnya dia nak buktikan? Buat semak ada lah.

No comments:

Post a Comment