Thursday, 26 November 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 20 : Noriaki Kakyoin


Nota
 : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Noriaki Kakyoin

>Noriaki. Ia dipecahkan kepada dua. Pertama adalah Nūr (نُور) yang telah pun maklum maknanya, iaitu cahaya. Kedua, Yaqī (يَقِي). Kata kerja berkala kini (present tense) (fiʿl al-Muḍōriʿ) dari perkataan "Waqō" (وَقَى), iaitu :

(a) Ṣōnahu ʿAn al-Aḏzā Wa Ḥamāhu (صَانَهُ عَنْ الْأَذَى وَحَمَاهُ), iaitu # Melindungi (seseorang) daripada kesakitan #

(b) Aṣlaḥa (أَصْلَحَ), iaitu # Memperbaiki / mengelokkan #

> Kakyoin. Mohon ampun. Tidak jumpa persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab

Rujukan : Al-Muʿjam al-Wasīṭ

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

No comments:

Post a Comment