Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.
Nama : HazukiHazuki. Gabungan dari perkataan Ḥāzu (حاز) dan Ki (كِ).
Hāzu (حاز), diambil daripada fiʿl māḍī (past tense), lalu dijadikan sebagai ism al-ʿalam (kata nama khas). Ia bermaksud :
a) Ḍomma Wa Malaka (ضَمَّ وَمَلَكَ), iaitu # mengumpul milik (sesuatu) #
b) Sāqo (حاز سَاقَ), iaitu # mengiringkan #
Manakala, Ki (كِ) adalah kata ganti nama diri kedua khusus (engkau, kamu, kau, mu) untuk seorang perempuan.
Keseluruhan makna Ḥazuki boleh dimaknakan sebagai "mengumpul milikmu" atau "mengiringkanmu".
Rujukan : Al-Muʿjam al-Wasīṭ
Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.
Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.
No comments:
Post a Comment