Thursday, 26 November 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 19 : Mikasa Ackermann


Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Mikasa Ackermann

>Mikāsa (مِكَاسًا). Ia adalah maṣdar (gerund) dari perkataan Mākasa - Yumākisu (مَاكَسَ يُمَاكِسُ). Ia bermaksud

a) Nābaḏza Wa Ḥājja (نَابَذَ وَحَاجَّ), iaitu # berbalah (dengan seseorang) #

b) Jika disebutkan Mākasa Fī al-Bayʿ (مَاكَسَهُ فِي البَيْعِ), ia bermaksud Ṭolaba Minhu An Yanqiṣa aṯs-Ṯsaman (طَلَبَ مِنْهُ أَنْ يَنْقُصَ الثَّمَنَ), iaitu # Meminta diskaun #

>Ackerman. Kalau yang terdekat, ia adalah "Akroman" sepertimana dalam al-Qurʾān :

فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ

Lalu, dia berkata: "Tuhanku telah memuliakan aku". (Surah al-Fajr 15)

Rujukan : Al-Muʿjam al-Wasīṭ

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

No comments:

Post a Comment