Thursday, 26 November 2020

Zikir Sebelum Tidur Yang Warid Daripada Rasulullah SAW

Nota

1) Boleh dilakukan tanpa mengikut turutan dan boleh tidak mengamalkan kesemuanya.

2) Sebahagian rujukan hadis barangkali ada yang berbeza lafaznya daripada apa yang saya kongsikan. Apa yang saya kutip di sini adalah pilihan yang menepati lafaz dari buku kecil Ḥisn al-Muslim. Tidak ada masalah untuk mengambil dan mengamalkan lafaz yang berbeza.

3) Boleh jadi ada rujukan lain yang menambahkan lagi beberapa amalan sebelum tidur, tetapi saya tidak memasukkannya di sini. Antara salah satu sebab saya tidak memasukkannya adalah faktor pemilihan hadis. Apapun, tidak ada masalah untuk mengamalkannya jika diyakini ia adalah sahih.

a) Membaca surah al-Kāfirūn.

Dalil daripada Farwah bin Nawfal, Rasulullah SAW bersabda :

اقرأْ : قُلْ يا أَيُّها الكافِرُون عند مَنامِك ، فإِنَّها بَراءَةٌ من الشِّرْك "

Bacalah surah :

قُلْ يا أَيُّها الكافِرُون

"Katakanlah: Wahai orang kafir!"

ketika di tempat tidurmu. Sesungguhnya ia pembebasan daripada syirik. (Musnad Aḥmad).

b) Satukan kedua-dua tangan, kemudian hembuskan pada kedua-duanya. Lalu baca Surah al-Ikhlāṣ, Surah al-Falaq dan Surah an-Nās pada tangan tersebut. Kemudian, sapukan kedua-duanya pada badan semampunya yang bermula daripada kepala, wajah dan yang paling belakang badan. Lakukannya sebanyak tiga kali.

Dalil daripada ʿĀisyah RA :

أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ، ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا، فَقَرَأَ فِيهِمَا: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

"Bahawasanya Nabi SAW apabila pergi ke katilnya setiap malam, baginda menyatukan kedua-dua tangannya, lalu menghebuskan pada kedua-duanya. Lalu, baginda membaca surah pada kedua-dua tangannya:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

"Katakanlah: Dialah Allah yang Esa"

وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ

"Katakanlah: Aku berlindung kepada tuan waktu subuh"

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ

"Katakanlah: Aku berlindung kepada tuan para manusia"

Kemudian, baginda menyapukan kedua-duanya pada mana yang mampu di badannya. Bermula dengan kepala, wajah dan yang paling belakang badan. Baginda lakukannya sebanyak tiga kali. (Sahih al-Bukhāriy).

c) Baca ayat al-Kursiy

Dalil daripada Abū Hurairah RA :

وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ، فَقُلْتُ: لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ، فَقَالَ: " إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ ".

Rasulullah SAW menugaskan aku untuk menjaga zakat Ramadhan. Lalu, datanglah seseorang untuk mencuri makanan. Aku pun menangkapnya, lalu aku berkata: "Aku akan bawa engkau kepada Rasulullah SAW". Lalu, dia menyebutkan hadisnya. Dia berkata: "Apabila engkau menuju ke tempat tidurmu, bacalah ayat al-Kursiy. Pasti tidak luput jagaan Allah daripada engkau dan syaitan tidak akan mendekati engkau sehingga subuh". Berkata Nabi SAW: "Benarlah engkau. Padahal dia pembohong besar. Dia itu adalah syaitan". (Sahih al-Bukhāriy).

d) Surah al-Baqarah ayat 285-286.

Dalil daripada Abū Masʿūd al-Badriy RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الْآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ مَنْ قَرَأَهُمَا فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

"Dua ayat terakhir daripada Surah al-Baqarah yang barangsiapa membacanya pada waktu malam, nescaya kedua-duanya mencukupkannya". (Sahih al-Bukhari).

e) Lafaz Musnad Ahmad :

اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَبِاسْمِكَ أَمُوتُ

"Ya Allah! Dengan nama-Mu kami hidup dan dengan nama-Mu kami mati".

f) Lafaz Sahih al-Bukhari :

بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ، إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

"Dengan nama-Mu, wahai tuanku. Aku meletakkan sisiku dengan dengan sebab-Mu aku mengangkat-Nya. Jika engkau mengenggam diriku, maka kasihanilah ia. Jika engkau memulangkannya, maka peliharalah dengan peliharaan-Mu terhadap hamba-Mu yang soleh".

g) Lafaz an-Nasāʾiy dalam as-Sunan al-Kubrā :

اللَّهُمَّ أَنْتَ خَلَقْتَ نَفْسِي ، وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا ، لَكَ مَمَاتُهَا وَمَحْيَاهَا ، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا ، وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْ لَهَا ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ

"Ya Allah! Engkau menciptakan diriku dan engkau mematikannya. Milik-Mu tempat matinya dan tempat hidupnya. Jika engkau menghidupkannya, maka peliharalah. Jika engkau mematikannya, maka ampunilah ia. Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kesihatan kepada-Mu".

h) Lafaz Musnad Aḥmad :

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا إِلَّا إِلَيْكَ ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

"Ya Allah! Aku serahkan diriku kepada-Mu, aku menghadap wajahku kepada-Mu, aku serahkan kuasa penuh kepada-Mu, aku sandarkan belakangku kepada-Mu dalam keadaan sukacita dan gerun kepada-Mu. Tidak ada tempat naungan dan selamat melainkan kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab-Mu yang Engkau turunkan dan nabi-Mu yang engkau utuskan".

i) Lafaz Musnad Aḥmad :

اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ

"Ya Allah, lindungilah kami daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-Mu".

j) Lafaz Sahih Muslim :

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الْأَرْضِ ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ ، اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

"Ya Allah! Tuhan langit dan bumi. Tuan singgahsana yang agung. Tuan kami dan Tuan segala sesuatu. Pembelah benih dan bijian. Yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan segala sesuatu. Engkau yang menggenggam ubunnya. Ya Allah! Engkau adalah Maha Awal. Tiada sesuatu pun sebelum-Mu. Ya Allah! Engkau adalah Maha Akhir. Maka, tiada sesuatu pun yang sesudah-Mu. Engkau adalah Maha Nyata. Maka, tiada sesuatu pun yang lebih nyata daripada-Mu. Engkau adalah Maha Batin. Maka, tiada sesuatu pun lebih halus daripada-Mu. Lunaskanlah hutang kami dan cukupkanlah kami daripada kefakiran".

k) Lafaz Sunan at-Tirmiḏziy :

اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ

"Ya Allah! Yang Mengetahui hal ghaib dan nyata. Yang mula-mula menciptakan langit dan bumi. Tuan segala sesuatu dan Penguasa-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, kejahatan syaitan dan sekutunya".

l) Lafaz Sahih Muslim :

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَكَفَانَا وَآوَانَا ، فَكَمْ مِمَّنْ لَا كَافِيَ لَهُ وَلَا مُؤْوِيَ

"Segala puji bagi Allah yang memberikan kami makan, yang memberikan kami minum, yang mencukupkan kami dan memberikan tempat tinggal kami. Entah berapa ramai mereka yang tidak ada pencukup untuknya dan pemberi tempat tinggal".

m) Subḥanallah (33x) Alḥamdulillah (33x) Allāhuakbar (34x).

Dalil daripada ʿAliy bin Abū Ṯōlib:

أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام أَتَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْأَلُهُ خَادِمًا ، فَقَالَ : أَلَا أُخْبِرُكِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكِ مِنْهُ ؟ تُسَبِّحِينَ اللَّهَ عِنْدَ مَنَامِكِ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ ، وَتَحْمَدِينَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ ، وَتُكَبِّرِينَ اللَّهَ أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ

Bahawasanya Fāṭimah AS datang kepada Nabi SAW untuk memohon pembantu. Lalu, baginda berkata : "Tidak mahukah aku memberitahumu sesuatu yang lebih baik untukmu daripadanya? Engkau bertasbih 33 kali ketika di tempat tidurmu, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali". (Sahih al-Bukhāriy).

n) Baca Surah as-Sajdah dan Surah al-Mulk.

Dalil daripada Jābir RA :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ: الم تَنْزِيلُ وَتَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

"Bahawasanya Rasulullah SAW dahulu tidak tidur sehingga baginda membaca Alif-Lam-Mim Tanzil dan Tabārokallaḏzi Biyadih". (Riwayat al-Bayhāqiy dalam ad-Daʿawāt al-Kabīr).



No comments:

Post a Comment