Hebat kitab ini. Sampai imam Masjidil Haram buat qasidah memuji habis untuk penulis ini. Qasidah itu boleh dilihat di belakang kitabnya jilid 1 atau boleh cari di Google (tetapi, saya tidak tahu sudah ada yang diterjemahkan).
Malah, ada yang memujinya sampai berkata penulis ini telah membayar mahar syurga dengan kitabnya yang ini!!
Penulis ini sememangnya boleh dikira ultra-salafi atau secara spesifiknya, ultra-wahabi (memang pun, dia ada karang tiga buku yang khas bersungguh dalam mempertahan Muḥammad bin ʿAbdul Wahhāb dan buku ini adalah salah satunya).
Rasanya kalau salafi hari ini yang hidup pada zaman itu, memang kebanggaan habis. Buku ini khas dalam mempertahan dakwah wahabi dan gerak dakwah Najdiyy serta menghentam syeikh syiah, Muḥsin al-Amīn habis-habisan.
Akan tetapi, polemik dengan Aswaja pun ada sisip dalam ini seperti isu sifat al-ʿUluww, Istawā Allah, tasybih dan tajsim di sini.
Tambah menarik lagi, jilid 2 untuk buku ini mencapai lebih 800 muka surat sahaja fokus bab istighasah dan tawassul secara tuntas!! Dahsyat!! Memang semua isu dua-dua ini ada terkumpul dalam ini. Kalau ASWAJA mahu membantah wahabi dalam isu ini, boleh rujuk kitab ini dan lihat bagaimana penghujahannya.
Cuma, disebabkan penulisan kitab ini mengikut cara tahun 1900-an, mungkin catatan nota kaki atau pembentangan ala-tesis yang berilmiah tidak begitu menonjol. Rasanya, mungkin tidak menarik perhatian mereka yang hidup di zaman cara pembentangan 2000-an atau zaman penulisan gaya tesis dan jurnal telah mapan. Akan tetapi, ia tidak menafikan ketinggian nilai pada kitab ini. Lagi-lagi yang telah sebati dengan penulisan tahun 1900-an.
Apapun, disebabkan kesungguhan penulis ini, ia mendapat julukan yang agung buat salafi. Ikon yang dijulang dan disambut dengan penuh takzim pada zaman itu. Boleh kata kitab ini semacam mewakili pasukan elit dari dalam mendepani serangan terhadap wahabi. Bahkan, saya ada menemukan bahawa dia digelar Ibn Taymiyyah masa ini kerana kecerdasannya dan kewibawaannya.
Malangnya, akhir hayat penulis ini menjadi ateis. Bermacam-macam versi cerita saya tengok mengapa akhirnya dia lepaskan Islam yang dipertahankan bermati-matian dalam hidupnya.

Apapun, tidak diketahui kisah taubatnya daripada penyimpangan itu kerana dia tidak pernah menceritakan secara spesifik kenapa berlakunya peralihan. Yang tinggal hanyalah spekulasi sahaja.
Walaupun kita tidak sefahaman dan tidak sealiran, kita tetap merasa hiba dan sedih jika ada saudara ditimpa malapetaka sebegini, lebih-lebih lagi dari ulama ternama. Ia suatu kehilangan walaupun ia adalah seteru. Kita sangat berharap apa sahaja bencana yang terjadi pada saudara seagama kita walaupun orang yang kita berbalah dengannya, bukanlah bencana seperti ini yang menghanyutkannya.

Malah, kemurtadannya menyebabkan beberapa daripada ateis mengeksploitasi nama ini kerana kononnya umat Islam masih buta akan agama yang dianuti. Pemergiannya sememangnya menjadi cabaran hebat kepada umat Islam secara keseluruhan, beban yang berat untuk para penganutnya dan musibah yang menggoncangkan golongan yang sudah nipis keimanannya.
Itu kalau dari ulama yang kenamaan. Kita pula bagaimana? Kita yang kadangkala ambil mudah dalam urusan Islam pula bagaimana? Tidakkah kita lebih terdedah dalam jerlusan ini? Kita boleh mengutuk dia kerana dia beraliran wahabi dan musuh seteru kita, tetapi adakah kita berani mendabik dada bahawa kita terbebas daripada malapetaka ini?
Sebab itu, janganlah lupa dan sentiasa mensyukuri nikmat Islam dan iman walaupun kita ini pendosa. Selagimana tidak syirik, Yang Maha Pengasih akan mengampuni dosa kita. Sebanyak mana pun dosa kita, jangan putus asa. Sentiasalah berdoa agar ditetapkan dalam Islam dan iman.
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
"Wahai tuhan kami! Janganlah engkau palingkan hati kami setelah mana engkau anugerahi kami petunjuk dan anugerahkanlah kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau sememangnya Maha Penganugerah". [Surah Āli ʿImrān ayat 8].

No comments:
Post a Comment