Sunday, 29 November 2020

Tahqiq Kitab Yang Aku Benci



Ni pasal aku benci dan menyampah pentahqiq ambil kesempatan atau salah guna nama "tahqiq" untuk membuat syarah, hasyiah atau ta'liq yang tak diperlukan. 

Kitab yang asalnya nipis dan simple, jadi tebal dan berjela-jela sebab penerangan yang tak diperlukan.

Kau ada opinion pada kalam muallif? Yeah? Kau fikir aku kisah?

Biarlah aku nak ambil istifadah dari kitab macam mana pun. Aku nak berinteraksi secara langsung dengan kalam muallif dan tak nak kau menyemak suka-suka atau nampak macam kau nak orang lain faham kalam penulis asal sepertimana kau faham.

Kau nak buat komentar pun, sekadar takhrij hadis, letak baris atau bagi penerangan perkataan yang sukar difahami oleh orang Arab biasa tu cukuplah. Aku tak mintak pun apa pandangan kau.

Kalau gatal sangat nak syarah, buat kitab lain, bukan buat semak kat kitab original yang bukan kau punya.

Aku tak tau apa pasal kitab al-Imām Aḥmad bin Ḥanbal ini perlu kau babitkan dengan Ibn Baṭṭoh dan Ibn Taymiyyah yang belum lahir lagi. Untuk apa? Seolah-olah macam al-Imām Aḥmad seolah-olah ambil idea daripada orang yang terkemudian yang belum lahir lagi atau diterhadkan kalam al-Imām Aḥmad perlu difahami macam yang kau mahu.

Kalau kitab Ibn Baṭṭoh dan Ibn Taymiyyah kau nak masukkan syarah al-Imām Aḥmad tak apa lagi.

No comments:

Post a Comment