Sunday, 29 November 2020

Al-Kursiyy : Tempat Letak Kaki


Firman Allah :

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ

"Meluas kursiy-Nya ke langit dan bumi". (Surah al-Baqarah ayat 255).

Salah satu makna "al-Kursiyy" adalah tempat letak kaki (Nota: Jangan terkejut dengan penafsiran ini. Ia ada dalam tafsir-tafsir klasik yang muktabar!)

Pada mulanya, aku pun tidak faham bagaimana kerusi yang tempat orang letakkan punggung untuk duduk boleh dimaknai dengan tempat letak kaki.

Selepas tengok gambar ini, aku dapat idea dan gambaran.

Ia adalah kerusi yang mana kita letakkan kaki kita untuk renggangkan kaki kita atau selesakan kaki kita, tetapi dalam masa yang sama ada fungsi untuk kita duduk di atasnya.

Begitulah yang boleh difahami.

Nota : Di sini saya tidak ingin bahas sama ada sabit atau tidak riwayat tersebut, benar atau tidak penafsiran tersebut dan jika ia benar, apakah takwilannya.

Saya cuma mahu berkongsi kefahaman apabila bertemu dengan kalam penafsir apabila disebutkan "al-Kursiy adalah tempat letak kaki".

No comments:

Post a Comment