Sunday, 29 November 2020

Benarkah al-Karkẖiyy Menyatakan Makruh Bagi Isteri Memakai Celana Saat Tidur Bersama Suaminya?


Tersebar nukilan ini.

Setakat carian saya, tidak ditemui nukilan ini dalam kitab mazhab ataupun mana-mana penulisan Arab.

Kalau carian di Google, nukilan ini berlegar di laman sosial atau laman sesawang Nusantara. Harap-harap ia bukan yang diada-adakan oleh warga Nusantara.

Kemudian, siapa al-Karkẖiyy? Sama ada merujuk kepada Maʿrūf al-Karkẖiyy, wali Allah yang masyhur atau Abū al-Ḥasan al-Karkẖiyy, tokoh fiqh mazhab Ḥanafiyy. Kemungkinan merujuk kepada yang Abū al-Ḥasan.

Mengapa saya sebut ini? Sebab ada orang menghamburkan celaan yang tidak sepatutnya kerana keberatan mendengar pendapat ini (walhal ia belum dipastikan lagi).

Sudahlah nukilan ini tidak dipastikan, kemudian nama tokoh ini dieksploitasi, lalu terjebak dalam serangan yang melukakan nama baik tokoh ini.

Cukuplah.

No comments:

Post a Comment