Sunday, 29 November 2020

Rujukan Untuk Senarai Kitab Muktamad Mazhab Dan Tertibnya


Tidak tahu apa kitab muktamad mazhab? Pening apa tertib perujukan pendapat dalam mazhab?

Risalah "Garis Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia" telah membantu mereka yang musykil dan tidak tahu. Rujuk di sini :

https://www.facebook.com/photo?fbid=3802712319779333&set=a.3012013212182585

Selepas ini, janganlah kata orang tidak ikut mazhab ašy-Šyāfiʿiyy sebab tidak membaca kitab al-Umm atau menukil pendapat mazhab dalam kitab syurūḥ hadis. Jika kita ingin berlaku tahqiq atau saksama, maka rujuklah tempat yang sebetulnya.

Bukannya rujukan tersebut tidak membantu atau tidak bermanfaat. Ia membantu untuk memberi pendedahan, tetapi jika ingin perujukan sebenar, perlu lihat kitab mazhabnya. Kita juga perlu bezakan pendapat imam mazhab, aṣḥāb mazhab dan pendapat mazhab itu sendiri.

Bayangkan orang menuduh pengikut mazhab tertentu sebab tidak sama seperti yang tertera dalam karya imam mazhab atau menukil perbezaan pandangan yang diambil dari kalangan aṣḥāb. Akhirnya, kita akan jadi bahan ketawa kepada pelajar, ahli ilmu dan ahli tahqiq mazhab itu sendiri.

No comments:

Post a Comment