Sunday, 29 November 2020

Hukum Mencintai Negara

Syeikh Muḥammad bin ʿUmar Bāzimūl berkata :

حب الوطن فطرة طبيعية في الإنسان، لا ينكرها إلا من غلبته الأهواء والضلالات.

والمذموم في حب الوطن أن يقع في ذلك مخالفة ، كأن يقدم على الدين، ويكون الولاء والبراء عليه لا على الدين، فإذا لم تكن مخالفة شرعية فالوطن حبه مشروع .

تذكر ما أخرجه الترمذي تحت رقم (3925) عن عبد الله بن عدي بن حمراء، قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم واقفا على الحزورة فقال: "والله إنك لخير أرض الله، وأحب أرض الله إلى الله، ولولا أني أخرجت منك ما خرجت".

انظر حبه لوطنه.

ولما اشتاق الصحابة لمكة بعد الهجرة لم يذمهم عليه الصلاة والسلام ولم ينههم.

والله الموفق.

Mencintai negara adalah fitrah kebiasaan dalam manusia. Tidak ada yang mengingkarinya melainkan orang yang terdominasi hawa nafsu dan kesesatan.

Yang tercela pada cinta negara adalah terjadinya pelanggaran pada hal itu seolah-olah mendahulukannya melebihi agama dan menjadikannya kesetiaan (al-Walāʾ) dan berlepas diri (al-Barrōʾ) kerananya, bukan kerana agama. Apabila tidak ada pelanggaran syariat, maka mencintai negara adalah disyariatkan.

Disebutkan dalam hadis riwayat at-Tirmiḏziyy bernombor (3925), daripada ʿAbdullah bin ʿAdiyy bin Ḥamrōʾ, beliau berkata: Aku melihat Rasulullah SAW berhenti di Ḥazwaroh**, lalu berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya engkau benar-benar sebaik-baik tanah Allah dan tanah Allah yang paling disukai Allah. Kalaulah bukan sebab aku diusir daripadamu, nescaya aku tidak akan keluar".

Lihatlah kepada kecintaanya kepada tanah airnya.

Ketikamana para Sahabat rindu dengan Makkah selepas berhijah, tidaklah baginda mencelanya ʿalayhi aṣ-Ṣolāh Wasallam dan baginda tidak menegah mereka.

Allah jualah pemberi taufik.

**Salah satu daerah Makkah.

Sumber : https://www.facebook.com/mohammadbazmool/posts/3308285729289890


No comments:

Post a Comment