Tuesday, 2 June 2020

Usah Ambil Peduli Pendapat Orang Yang Tidak Mahu Bertanggungjawab Atas Kata-Katanya

Kau tak payah nak ikut sangat apa orang kata. Mereka ini berani sembang sebab mereka tidak bertanggungjawab apa-apa yang berlaku pada kau lepas tu. Kalau kau ditimpa masalah, merekalah paling awal cabut lari dulu. Semua nak cari dalih untuk sekurang-kurangnya mengaku salah, apatah lagi nak tebus kesalahan mereka buat.

Kau nak buat majlis kahwin grand dan mega. Habis duit berpuluh ribu kat situ sampai berhutang bagai. Sebab tak nak orang mengata kita ni berkira sangat dengan tetamu. Tapi, bila akhirnya suami kesempitan nak tanggung nafkah untuk isteri dan anak akibat tanggungan hutang banyak majlis perkahwinan, cuba kau ingat muka-muka yang mengata tu, ada dia nak tolong kau bila kau ditimpa macam tu? Bagi sikit-sikit je kalau baik pun. Tapi, bila majlis, amboii mintak demand bukan main lebih macam raja punya. Nenek ke, makcik ke, pay no respect untuk dengar bawang-bawang mereka. Lantak dioranglah.

image

Contoh lain, kau pakai tali harness kat anak kecil untuk elakkan anak berkeliaran entah ke mana sampai hilang atau ditimpa musibah. Orang mengata macam-macam. Sekat kebebasan anak. Nampak zalim kepada anak. Bersoseh-soseh tak ke sudah. Tapi, bila anak kau hilang, yang dok soseh-soseh tu ada nak tolong cari? “Tak pe lah. Bukan anak aku hilang. Syukur alhamdulillah”. Butoh jari tengah!

Contoh yang lain ialah tidak perlu dengar pendapat anti-vaksin. Katakan jika anak kau terkena polio, ada mereka mahu tolong? Merekalah paling awal cabut lari dan berlepas diri. Mereka juga akan cari alasan dan menuding jari bahawa mereka tidak bertanggungjawab apa-apa. Namun, mereka sembang semacam mereka pembela kesihatan. Mereka tidak peduli pun dengan kau bila kau sakit. Mereka mahu orang percaya dakyah mereka dan hasutan mereka terhadap perubatan hospital, tetapi mereka sendiri tidak boleh menjadi tempat untuk masyarakat mencari alterantif yang terbaik. Akhirnya, yang ubat Yahudi dan big pharma yang mereka kutuk yang sanggup kutip dan jaga pesakit yang mereka masing-masing menolak untuk ambil tanggungjawab.

Tak payah sibuk sangat nak ambik tahu apa orang kata, apa lagi nak terasa sangat. Diorang ni kadang pandai sembang je. Nak dengar pendapat pun, cari orang yang betul-betul bertanggungjawab dengan kata-katanya. Takat jadi orang yang berani berdiri di tepi longkang je nak bagi pendapat, buang je ke longkang semua soseh-soseh tu.

Kita pun sama. Jangan nak dok mengata sangat. Pelik macam mana pun yang kita lihat, adalah lebih baik kita diam sahaja dan sibuk hal sendiri jika ia bukan sesuatu yang memudaratkan orang sekeliling.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2994943740556199&set=pb.100001218067654.-2207520000.1571478160.&type=3&theater

No comments:

Post a Comment