Kadangkala kalau kita minta rekomendasi atau pendapat daripada seseorang, kita akan terima cadangan seperti itu tanpa bicara. Namun, bukan semua yang kita boleh dapat semudah dengan carian di Google.
Antara yang boleh dicadangkan untuk dicari di Google adalah :
a) Pengetahuan umum atau perkara yang telah tersebar secara meluas. Contohnya, isu pimpinan DAP yang ditangkap kerana perkaitannya dengan LTTE. Yang ini kalau ada orang mahu informasi, boleh cadang seperti ini sebab memang berlambak sumber untuknya.
b) Sesuatu yang jelas spesifik dan mudah dicari. Contohnya, kau nak cari apa cerita The Patriots dalam sesuatu isu dan kau tahu apa artikelnya atau kau yakin ia boleh ditemui apabila di-Google, maka dipersilakan untuk ke Google atau cadangkan seseorang untuk ke sana.
Apapun, ada pandangan daripada orang boleh membantu untuk direct kau ke tempat yang lebih power daripada apa yang boleh diindekskan dalam Google.
Tetapi, apa yang sukar (bukannya tidak boleh langsung) untuk dicadangkan dengan carian di Google adalah :
a) Isu-isu teknikal yang kompleks dan kritikal. Contohnya, kalau komputer kau berlaku jahanam atau kereta kau bermasalah. Contoh yang lain adalah kau ingin tahu motor yang sesuai dengan bajet kau. Yang ini tidak perlu terangkan kenapa. Sebab ini memang perlu pertanyaan atau perbincangan secara langsung daripada mereka yang berkeahlian atau berpengalaman.
b) Pembelajaran yang memerlukan bertahap-tahap. Contohnya, kau ingin belajar bahasa Arab dan kau perlu mencari sesawang yang boleh mengajar kau dari mula. Masalahnya adalah kau sendiri tak tau mana nak mula dan bagaimana untuk capai tertib pembelajaran dengan betul. Bersepah sana ini walaupun katanya untuk pemula. Tetapi, masing-masing ada tertib yang saling berbeza antara satu sama lain untuk capai apa yang kau nak. Ia boleh ganggu proses pembelajaran kau dan untuk kau merancang kerangka jalan yang macam mana patut kau tempuh untuk sampai ke destinasi.
Terlalu banyak pilihan juga akan mewujudkan suasana Pilihan Paradoks (Paradox of Choice). Walaupun kau dah dapat apa yang kau nak dan kau boleh keep on the track, tetapi kau mungkin ada rasa ingin tahu apa yang ada pada lain. Pilihan Paradoks menyebabkan kau fikir "barangkali ada rumput yang lebih hijau berbanding di sini" sampai kau asyik berfikir dan mengelamun berpanjangan. Akhirnya, kau mula rasa tidak puas hati dengan apa yang ada sekarang dan kau menjadi lesu sebab overwhelmed by too much choices. Lesu ini boleh menggangu fokus pembelajaran kau.
Untuk hal ini, memang lebih baik dapatkan pandangan dan bimbingan daripada orang yang selayaknya. Kenapa? Untuk elakkan Pilihan Paradoks. Contohnya, kau cuba satu laman ini untuk belajar. Tiba-tiba mari waswas untuk kau fikir lebih-lebih apa yang ada pada laman yang lain. Orang tersebut akan beri nasihat sama ada kau betul-betul sedang belajar di laman yang sesuai untuk kau atau tidak. Bila sesuai, orang tersebut boleh yakinkan kau. Tetapi, kalau tidak, ia memudahkan pertimbangan kau. Kurang tarik-menarik dalam keputusan kau.
No comments:
Post a Comment