Tuesday, 2 June 2020

Terlanjur Bukan Bermakna Segala Harapan Telah Terputus

“Aku wanita terlanjur dan dicemari. Tak layak aku…….”

Aku kadang malas nak argue. Ye lah. Dah memilih untuk berputus asa sangat. Apa boleh buat lagi?

Tapi kadang aku geram jugak. Kalau kau terlanjur atau ternoda, lalu kau rasa itu menghilangkan segala makna dalam kehidupan kau sama ada makna penerimaan hidayah atau harga maruah atau nilai kesucian, patut kau malu dengan perempuan ni.

image

Kalau minah ni fikir sama macam kau, tak ada minah ni nak bersemangat sangat merebut takhta dari suaminya. Nak tahu kenapa minah ni ada tekad yang membara? Sebab dia tak rasa kena kongkek tu adalah penghancur segala-galanya (tapi, tak de lah aku nak kata perbuatan itu tak tercela). “Sekotor-kotor” dia pun, dia masih percaya bahawa dia boleh menyerlah dan mengunggul.

Kau adalah apa yang kau fikir. Kalau kau fikir kau tak ada apa-apa erti lagi hanya sebab kau terlanjur, itulah kau. Teruslah merempat dalam kegelapan dan kenistaan. Jadilah seperti zombi yang sama ada diratah atau berkelana tanpa arah. Tapi, kalau kau fikir sama macam si minah ni, nantikanlah nikmat yang kau kecapi dalam perjuangan kau. Kau nak maknakan apa dalam hidup ni?

Takat hilang dara atau dah tidur dengan berpuluh lelaki, kalau kau fikir kau masih bernilai dan punya maruah serta jati diri yang sejati (tapi, mestilah kena ada taubat nasuha dan penebusan dosa), takkan ada apa lagi yang jadi penghalang dalam hidup. Kau yang pilih sama ada untuk buka pintu supaya kebaikan melimpah atau kau nak tutup.

=======

Nota : Dalam realiti sebenar, tak ada lah aku nak cakap macam ni bila berdepan kecuali suasana itu memang sesuai nak aku argue macam ni. Anggaplah yang ini sekadar sembang “membawang”. Tapi, kalau nak terasa pun tak apa.

======




No comments:

Post a Comment