Memanglah non-Muslim akan buat apa sahaja sama ada mengikut kepercayaannya atau bebas apa yang dia mahu. Takkan nak suruh Non-Muslim obligated untuk buat filem macam Muslim punya pulak? Awak dah tahu itu dari non-Muslim punya, memanglah “wabak” dan unsur yang selain daripada ajaran Islam punya akan menyerap masuk. Nak heran apa?
Aku ni sangat anti dengan censorship tak tentu pasal. Nak cut scene itu ini bagi filem yang masuk pawagam. Habis tu, pernah ke nak bincang pasal kurangkan harga tiket sebab kau “low”-kan kualiti punya plot? Kami bayar tiket mahal-mahal untuk filem yang beberapa bahagian dipotong? Tak adil lah.

Ya, aku tau ada suara-suara pasal desakan untuk censor yang ada di Netflix. Aku cakap macam ni lah: “Leave them alone la!”. Netflix bukan Muslim punya. Nak heran apa? Kau yang Muslim, apa yang kau boleh persembahkan sebagai alternatif dan pengganti untuk produk penghasilan mereka?
Netflix nak masuk Malaysia dan cari kawasan negara Muslim. Memanglah, bagi dia nak untung je. Dia tak de nak kira patuh syariah atau tak sebab dia bukan Muslim, memanglah tak de nak obligated sangat dengan semua tu. Dan dia pun akan buat sebebasnya selagi boleh dapat untung. Apa nak heran? Seolah-olah nak paksa restoran non-Muslim diharamkan hidangkan Bah Kut Teh.
Yang Muslim tu apa boleh tawarkan? Mereka berusaha untuk capai objektif mereka, tak kira lah siapa pun dia. Kita pun kena lah ada usaha juga. Takkan asyik nak bersikap totalitarian terhadap this nature of society? Orang “jahat” memang akan wujud dan berusaha untuk realisasikan “kejahatan” mereka. Kita yang “baik” pun kena lah berusaha. Ni lah hakikat dunia yang kita kena terima. Takkan semua nak tunggu tuah je sambil menaburkan cemuhan? “Baik” mana pun kita, tetap akan kalah kalau kita tidak usaha. Ni hakikat dunia.
Aku tak kata boleh biarkan sahaja berleluasa, tapi apa idea bagi Muslim untuk kekal relevan dalam isu tersebut? Be creative and stop just spouting more damnation. Kes ini sama macam :
Takkan kita nak sekadar menyalahkan restoran non-Muslim yang hidangkan Bah Kut Teh? Kan bodoh tu. Memanglah depa hidangkan makanan tak halal sebab dia bukannya ada bebanan dengan hukum syariah. Depa non-Muslim dan depa akan buat apa sahaja untuk kaut untung serta luaskan pasaran demi mencapai keuntungan itu. Tak kiralah pelanggan tu siapa. Asal boleh buat untung, sudah memadai buat mereka.
Yang Muslim apa boleh buat? Sediakanlah restoran halal dan kembangkannya sebagai kualiti pilihan untuk Muslim. Barulah betul. Ni lah yang aku nak cerita panjang ni.
########
Tak ada kaitan, tapi berkaitan jugaklah!
Aku pernah dengar komentar terhadap pandangan Micheal H. Hart tentang Nabi Muhammad SAW yang berkata “Tak perlu baca sebab ulasan dia hanya memandang baginda sebagai politican sahaja, bukan kenabian”.
Apa punya mangkuk komen macam ni? Memanglah dia tidak memandang baginda sebagai nabi sebab dia bukan Muslim. Nak hairan apa? Kalau dia mengakui kenabian, dah lama dia jadi Muslim dah. Bangang. Takkanlah kau nak cuba samakan cara orang non-Muslim dalam memandang isu kewahyuan mesti sama dengan Muslim punya?
Sekarang berbalik kepada celoteh panjang aku. Itulah perkaitan yang tiada kaitan.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3058806410836598&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater
No comments:
Post a Comment