Tuesday, 2 June 2020

Sindiran Untuk Asatizah Yang Suka Meriwayatkan Hadis Palsu

Haha..,, memang bagus pun ajar agamawan jenis macam ni. Heran aku boleh dikekalkan tauliahnya, jadi selebriti, siap bukak madrasah lagi.
Anda tak perlu jadi Salafi nak bertegas dengan hadis palsu dan riwayat yang tiada sandaran ni. Riwayat tentang...

Haha..,, memang bagus pun ajar agamawan jenis macam ni. Heran aku boleh dikekalkan tauliahnya, jadi selebriti, siap bukak madrasah lagi.

Anda tak perlu jadi Salafi nak bertegas dengan hadis palsu dan riwayat yang tiada sandaran ni. Riwayat tentang peringatan pendustaan terhadap Nabi SAW ini mutawattir. Pembelajaran syarat kesahihan hadis itu adalah ilmu yang dipelajari awal dalam ilmu hadis. Tak cukup lagi kah ini menjadi cetusan untuk sedar kepentingan berjaga-jaga dan berdisiplin dalam meriwayatkan hadis?

Kadang ada orang suka main slogan “Jangan memalsukan hadis yang tidak palsu atau diperselisihkan statusnya” atau “Jangan memalsukan hadis dha'if” atau seumamanya. Tapi, sebenarnya ia lebih sekadar retorik sahaja. Hakikatnya, golongan yang suka main slogan ni adalah golongan paling ramai asatizahnya yang kantoi meriwayatkan hadis batil dan tak berasas. Kebetulankah? Golongan ini juga tak begitu ambil berat dengan status hadis. Wahabi bersuara baru nak bukak kitab dan cari rujukan dan buat semakan. Kalau tak, main sebar je. Bagus jugak wujud wahabi ni, boleh berfungsi sebagai pengimbang.

Golongan ini juga pun tak begitu bertegas dengan bahaya hadis palsu. Sebab itu aku tak heran kalau asatizah dari golongan ini akan kantoi dalam penyebaran hadis palsu dan tak berasas. Kau nak jumpakah ceramah dan penulisan golongan ini berkaitan dengan hadis palsu? Atau sekurang-kurangnya ilmu hadis diketengahkan dan diajari secara meluas dalam ceramah atau penulisan? Begitu terpencil dan itu pun tidak diambil berat. Kadang langgar je apa yang diajar.

Ya. Ada hadis diperselisihkan statusnya. Tapi, yang kadang mereka tak sedar atau sengaja ketepikan adalah sebahagian perselisihan status hadis itu seputar dha'if ringan, dha'if berat atau palsu, bukan sahih dan palsu! Nampak tak licik mereka bermain kata “hadis ini diperselisihkan statusnya” seolah-olah macam perselisihan antara sahih dan dha'if.

Nak riwayatkan hadis dha'if pun, beritahulah statusnya. Jangan sembunyikan. Ini jaja sana sini macam nak meyakinkan orang ramai macam hadis itu sahih. Bila ditegur dan ditentang hebat, baru nak cakap hadis itu dha'if. Kalau tak ditegur, tak ada dia nak bagitau secara eksplisit.

Perangai ni sama macam si Jemin pada bab kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (atau dalam bahasa mudahnya kadar pertumbuhan saiz ekonomi negara) dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Bila ditegur Najib dan diperbetulkan oleh Malaysia Institute of Economic Research (MIER) bahawa kita perlukan kadar pertumbuhan 7-8% setahun untuk mencapai saiz ekonomi RM3.4 trilion, bukannya 4.7% macam si Jemin kata, si Jemin mula berdalih bahawa itu adalah kira-kira unjuran saiz ekonomi dalam angka nominal termasuk inflasi, padahal sebelum ni tak sertakan sekali dengan inflasi. Nampak tak manipulasinya? Kalau tak ditegur, yakin sangat 4.7% tu. Macam tu lah agamawan tu buat kat hadis dha'if tu.

Bila wahabi ungkit bab ni, mereka kata wahabi mengelirukan masyarakat, walhal mereka juga terbabit mengelirukan masyarakat dengan menampakkan hadis yang dijaja itu macam sahih yang sesungguhnya. Alergik dengan “disahihkan / didho'ifkan al-Albani”, tapi tak alergik dengan main lepas cerita tentang hadis. Wahabi tu walaupun pentaqlid al-Albani, sekurang-kurangnya mereka cari juga sumber yang meyakinkan yang boleh dijadikan pegangan.

Ni yang bukan wahabi, asal dapat je terus jaja. Patut malulah sikit. Kalau dakwa ada manhaj ilmu yang jadi amalan, persembahkan. Jangan menampakkan macam orang yang sekadar mengambil dan menyebar ilmu secara lewa.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3026182760765630&set=pb.100001218067654.-2207520000.0.&type=3&theater

No comments:

Post a Comment