Tuesday, 2 June 2020

Mengapa Kita Menentang Ajaibism?

Agamawan berfahaman ajaibism (aku akan kupas istilah ini) serta maudhu’-ist (penyebar hadis palsu), merepekist (tukang merepek), penglipur lara dan kaki sembang ni wajar dijauhi oleh sesiapapun.
Dalam bab mimpi ini, kami tak nafikan pun mimpi yang...

Agamawan berfahaman ajaibism (aku akan kupas istilah ini) serta maudhu’-ist (penyebar hadis palsu), merepekist (tukang merepek), penglipur lara dan kaki sembang ni wajar dijauhi oleh sesiapapun.

Dalam bab mimpi ini, kami tak nafikan pun mimpi yang istimewa dan unik ini. Kalau baca kitab Siyar A'lam an-Nubala’ karya az-Zahabi, bersepah kisah mimpi para ulama’ dan solihin. Tak larat nak kutip satu persatu.

Tapi, apa dinding yang memisahkan antara kami dan mereka? Kita tak jadikan mimpi serta kisah keramat ni sebagai sebab untuk sakralkan seseorang atau sesuatu golongan. Dengan kata lain, we don’t put someone or some creed to pedestal or sanctified group just because they’ve something or experiencing uniquely peculiar than mass commoner. Ingat poin penting ini.

Ini juga berbeza men-sakral-kan individu atau sesuatu pihak dengan menghormati kesarjanaan, ketokohan dan kesolehan yang ada pada mereka. Ini pun poin penting yang perlu diberi perhatian.

Inilah yang aku maksudkan fahaman ajaibism. Kisah keajaiban dijadikan sebagai batu asas untuk mencipta imej seseorang secara sakral. Lalu, dengan imej itu ia membentuk pengaruh dalam pertimbangan kebenaran dan kebatilan.

Aku tak ada lah alergik dengan mimpi istimewa atau pengalaman penuh keajaiban ini. Kalau dipilih Allah, merasalah saat itu. Tapi, adakah apabila kita memperoleh pengalaman itu atau kita mendapat tahu ada seseorang mengalami pengalaman itu justifikasi untuk kita :

(a) Membenarkan bid'ah dengan mengada-adakan fadilat perkara ghaib atau praktik amalan syariat yang tiada asalnya daripada agama, malah bertentangan dengan prinsip agama. Bab ghaib ini tidak diketahui melainkan wahyu je. Ya, aku tak nafikan ada hadis tentang perkhabaran gembira melalui mimpi orang soleh. Tapi, adakah mimpi itu akan setaraf dengan keimanan kepada rasul, kitab dan malaikat yang kalau kita enggan mempercayainya, kita akan jadi kufur?

Aku rephrase soalan itu. Ok, bila Raslullah SAW khabarkan tentang fadilat, lalu kita enggan untuk mempercayainya, maka ini termasuk dalam kekufuran. Kalau individu selain baginda? Adakah dengan kita enggan mempercayainya, maka ini termasuk kekufuran?

Soalan kasar adalah adakah tak nak percaya mimpi tok syeikh kau tu kufur? Kalau tak kufur, so what? Maksudnya, ia tidak ada ada nilai yang setara dengan wahyu sehingga kau boleh jazam seolah-olah itulah dia yang dijanjikan daripada alam ghaib, apatah lagi nak justifikasikan pensyariatan baru atau bercanggah dengan dasar agama.

Dalam kes praktik amalan syariat, ada si tolol bagi alasan ada je syariat mewujud yang berpunca darpada mimpi seperti pensyariatan azan. Bahkan, para nabi dulu ada mimpi. Lalu, dia kemukakan persoalan, habis tu, takkan nak tolak mimpi pulak? Tapi, masalahnya itu adalah mimpi individu yang hidup di zaman yang telah pun jauh dengan hari kewafatan Rasulullah SAW.

Kalau aku nak pakai bahasa kasar, mimpi tok syeikh kau yang dah jauh dari zaman Nabi SAW tu sama ke dengan mimpi para sahabat RA yang hidup pada zaman Nabi SAW? Bodoh ke apa nak samakan mimpi hari ini dengan mimpi yang dulu? Tak cukup bebal kah nak samakan mimpi tok syeikh dengan mimpi Nabi SAW?

Sekarang ni kalau kau dapat mimpi macam tu, siapa akan sahkannya? Ada individu lain selain Nabi SAW miliki autoriti untuk sahkan ia boleh jadi suatu amalan atau perkhabaran yang setara dengan wahyu?

(b) Membekukan akal untuk bersikap rasional dan berfikir. Tak de salah pun nak dengar mimpi dan pengalaman yang pelik ini. Manusia ni kan suka berkongsi cerita. Sebahagiannya memang menginspirasikan dan beri kita pelajaran dalam hidup atau mencapai kefahaman yang kita idamkan. Tapi, takkanlah yang merepek dan batil pun nak ditelan juga? Ada sempadan antara jadi dungu dan waras.

Ni sampai nak mengesahkan kesahihan hadis hanya dengan menggunakan mimpi. Kalau hadis boleh disahihkan dengan sokongan mimpi, ini bermakna hadis boleh dilemahkan juga dengan mimpi! Atau dengan kata lain, hadis Sahih al-Bukhari boleh dilemahkan jika ada mimpi yang menyatakan sebaliknya! Nak tak nak, ini kesan domino yang perlu diterima kalau kita nak pakai manhaj ilmu gila ini. Sebab itu jangan dibuat main dengan mimpi. Inikan pula mimpi dijadikan suatu jazam yang pasti sama dengan wahyu untuk menjustifikasikan fadilat dari alam ghaib.

Sebab itu ajaibism ini wajar ditentang. Longgokkan beratus-ratus kisah mimpi ajaib dan cerita-cerita keramat untuk apa? “Saja nak cerita je, buat halwa telinga”. Ok lagi lah alasan macam tu. Tapi, apa yang ingin dibentuk pada audiens dengan cerita macam tu? Persoalan ini perlu direnungkan.

Tapi, selalunya ajaibist akan guna cerita ini untuk cipta persepsi. “Ini tok wali besar ni. Banyak karamah. Hang jangan nak buat main dengan dia”. Kemudian, bina pemikiran “Takkan lebai nak menipu?” Lepas tu, bila “tok wali” tu sembang merapu dan riwayatkan hadis yang tak ada dasar, bahkan terbukti palsu, bila ditegur, modalnya adalah “Apa ni nak lawan ulama?”. Padahal dia panggil ulama’ sebab karakternya lembut dan ada banyak karomah, bukan sebab benar-benar berilmu yang berkualiti.

Ajaibist ni akan cabul dan khianat ilmu yang dia pelajari. 5 syarat kesahihan hadis yang dipelajari awal dalam ilmu hadis boleh dicampak macam sampah. Hanya dengan berbekalkan “sangka baik”, hadis yang disampaikan tok wali tu boleh jadi sahih walaupun tok wali tu langsung tak membawa rujukan dan sandaran. Selama ni kau belajar syarat bersambungnya sanad untuk apa? Untuk kau perlakukan macam tu? Celaka orang ini. Tak layak dia nak kata dia memartabatkan ilmu dan memperjuang kebenaran. Ilmu yang dia belajar letak di bawah tapak kaki. Boleh tendang macam bola kalau nak.

Bermula dengan kisah ajaib ini, lalu ditambah dengan perwatakan yang lunak, terciptalah persepsi dan membawa pengaruh “takkan lebai nak menipu?”. Bukan untuk menjadikan Muslim produktif dan progresif, celik akal dan mantap ilmu serta kefahaman, tapi sekadar romantisme untuk sakralkan individu. Yang merepek pun nak ditelan. Yang menyalahi manhaj ilmu pun nak dibela hanya berteraskan sangka baik serta dasarnya adalah banyak karomah dan personaliti yang baik, bukan atas disiplin ilmu yang sebenar. Sebab itulah ajaibist ni perlu dibasmi kerana mereka adalah anti kepada ilmu dan intelektual.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3028338893883350&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment