2012? Lama gila. 8 tahun kot. Cemana ntah dia boleh jumpa. Aku pun dah tak ingat apa cerita aku dulu dengan syiah masa tu.
Tapi, ni aku nak cakap.
Aku takkan terima mana-mana pelawaan untuk berdebat atau diskusi untuk polemik agama selagimana tidak bawakan teks Arab beserta rujukan, khususnya untuk hadis atau atsar. Tak kiralah dari salafi, Aswaja, syiah, liberal atau mana-mana. Tak ada terjemahan pun tak apa. Bawa teks Arab dan rujukan sudah cukup. Kalau nak rajin, bawa terjemahan.
Malah, kalau nak tanya soalan sebegini pun, sama ada minta kepastian atau mahu berhujah, bawakan teks Arab dan rujukan. Contoh :
Betulkah begitu begini?
(Lampirkan fail / pautan / petikan / gambar. Mesti ada teks Arab dan rujukan. Contoh kalau ia berkaitan tentang para sahabat nabi lari dari medan perang, bawakan teks Arab dan rujukan)
Kalau tidak ada teks Arab dan rujukan, aku buat tidak tahu dan tidak layan. Malah, aku sampai takkan anggap ia adalah hujah. Bawa teks Arab dan rujukan, aku cuba bagi respons. InsyaAllah.
Aku malas nak layan benda macam ni lagi. Bergantung juga pada mood. Kalau rasa nak, aku masuk. Kalau tak, maaflah ya. Hari-hari dah cukup sibuk nak babitkan diri lagi dengan benda ni. Kalau ada teks bahasa Arab dan rujukan, aku beri lebih perhatian dan keutamaan berbanding yang tidak.
Kalau aku tak respons, maaflah. Carilah orang lain yang boleh berinteraksi.
Nota: Kenapa walaupun untuk minta kepastian, aku tetap suruh untuk bawakan teks Arab dan rujukan?
(a) Bukan semua aku tahu.
(b) Mudahkan urusan.
(c) Aku kalau boleh tak nak layan dari benda yang desas-desus. Berbalik kepada (a) dan (b). Kalau ia desas-desus dan ia adalah sesuatu yang aku tak tahu, sudah bertambah kerja untuk memastikannya betul atau salah. Aku sudah cukup sibuk dan penat nak tambah kerja yang lain. Dan aku nak yang bertanya pun teliti terlebih dahulu. Jangan semua lontar pertanyaan sedang mereka boleh periksa terlebih dahulu. Dan tak usah sangat peduli dengan desas-desus jika tidak ada apa-apa kepentingan.
Contoh yang lain seperti hadis. Kenapa nak layan dakwaan tentang hadis sedang kita belum pasti rujukan dan keabsahannya? Sama ada cari terlebih dahulu kalau berminat atau abaikan sahaja dan tak perlu menyibuk. Dah jumpa, baru tanya "benarkan pemahaman hadis seperti itu ini?", kemudian bawakan teks Arab hadis tu dan rujukan.
No comments:
Post a Comment