Monday, 1 June 2020

Pengidolaan Terhadap Tokoh Dan Keakraban Sebagai Sahabat

Ya. Saya suka kenyataan ini :

"When you study with scholars in public lessons with hundreds of other students you rarely - if ever - get an opportunity to see their character and personality. Unfortunately many students in such settings tend to idolize their teachers or develop an unhealthy characterization of them.

If you privately study with teachers for a few years, especially one on one, and become more than just a student: a friend, a confidante and a colleague, you begin to see the human side of your teachers. Yes they may be very well studied and have excellent character, but just like any other human being, they will have flaws in their personalities, knowledge and behavior".

Petikan : https://www.facebook.com/theusuli/posts/1432591480281265


Bila baca ini, teringat masa saya merapati arwah Ustaz Adlan Abdul Aziz yang baru sahaja meninggal dunia pada awal tahun ini, hari yang sama Dr. Maszlee letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Saya mula-mula kenal beliau semasa beliau menjadi penyampai kuliah di masjid kawasan saya kira-kira 8 tahun dulu. Masa itu, beliau mengajar Sunan Abu Daud, kemudian Sunan Abu Daud + Sunan Tirmizi (bab doa). Masa itu, belum ada lagi markaz Tirmidhi Centre yang beliau sendiri asaskan beberapa tahun kemudian. Kemudian, kuliah beliau tidak dapat diteruskan. Cuma, saya masih mengikuti ceramah beliau di Youtube.

Masa itu, arwah sudah menyerlah dan popular sebelum Dr. Rozaimi dan Dr. Kamilin Jamilin. Masa itu, yang menjadi pakar rujuk ilmu hadis masih kurang dan belum cukup popular sepertimana agamawan dalam bidang lain. Rasanya, lebih awal sebelum kemunculan Dr. Khafidz Soroni. Kalau saya tidak keterlaluan, beliau agak underrated dalam penonjolan sebagai antara yang jaguh dalam bidang hadis. Yang otai-otai lama sahaja akan kenali kewibawaannya.

Selepas beberapa tahun kemudian, beliau mengasaskan Tirmidhi Centre dan saya lebih berminat untuk hadiri daurah yang dikelola oleh arwah. Walaupun jauh, saya tetap akan usaha untuk pergi kerana beliau antara asatizah yang berkualiti untuk diikuti. Pada suatu hari, saya memilih untuk bermalam di markaz sana disebabkan faktor jauh dan penjimatan kos. Masa itu, beliau pun turut bermalam di sana bersama sahabatnya.

Apabila saya duduk dengannya, barulah saya kenali sudut lebih dalam terhadap beliau. Kalau bergaul dengan beliau, memang tidak akan dapat berhenti gelak berdekah-dekah sebab beliau memang suka berjenaka dan buat lawak. Tidak sepertimana yang saya dapat gambaran dalam Youtube dan penulisannya atau melalui Facebook miliknya. Personalitinya sangat berbeza. Kuliahnya memang sudah ada unsur jenaka, tetapi tidak sangka beliau lebih ekstrim dalam pergaulan biasa. Saya tidak lagi memandangnya sebagai guru semata-mata, tetapi sebagai teman dan sahabat. Jurang yang saya memandangnya sebagai tokoh dan sahabat semakin rapat.

Apabila saya membaca penulisan itu daripada The Usuli tersebut, saya agak mengertinya. Mungkin mereka yang sudah lama berdamping dengan arwah ustaz Adlan Abdul Aziz atau mereka yang lain lebih mendalam mengertinya. Kadangkala, kita mengidolakan seseorang, tetapi belum bersuhbah dan melihat pelbagai sudut kemanusiaan yang lain terhadap seseorang itu. Ini bukan berlaku pada para ilmuwan, tetapi pada rakan-rakan media sosial kita juga.

Kita lihat mereka berwacana penuh padu dan tuntas sehingga seolah-olah inilah ikon atau contoh yang dimahukan. Namun, apabila kita ketahui sudut yang pelbagai daripadanya, kita pecah hati dan hampa setelah mendapat tahu hakikat yang sebenar (kadangkala bukan hal yang buruk pun, cuma tidak seperti yang disangka). Kita hanya mencipta sifat seorang tokoh daripada idealistik kita, tetapi tidak melihat secara realistik.

Apabila kita sedar hal ini, barulah kita tahu bahawa manusia bukanlah sempurna (walaupun kita tahu hal ini, tetapi belum masuk dalam tahap kesedaran). Sekurang-kurangnya ia merubah daripada mengidolakannya kepada menghormatinya sebagai seorang insan. Sangat tidak sama nilai yang dipandang sebagai guru dengan sebagai sahabat bagi seseorang itu.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3504820149568553&set=a.344595828924350&type=3&theater

No comments:

Post a Comment